Oleh pada 22 Nov 2022 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

Novel Biarkan Sepi Berlalu karya Damya Hanna dihasilkan kepada 20 episod siri drama original Sooka berjudul Sepi Tanpa Cinta.

Siri yang berasal dari platform penstriman itu, kini menjengah kaca televisyen buat julung kalinya pada 21 November 2022.

sinopsis sepi tanpa cinta

Kredit foto: Instagram Yuna Rahim

Sinopsis

Impian Haziqah (Yuna Rahim) untuk duduk bersanding di pelamin indah bersama lelaki yang dicintainya, Yusri (Zulhelmy) musnah apabila timbul fitnah yang mempersoalkan kesucian dirinya.

Tetapi jodoh telah menetapkan Haziqah untuk berkahwin dengan Fakrul (Nazim Othman). Ini kerana majlis itu perlu diteruskan dan apa yang penting, fitnah dapat dihentikan dan kesucian dirinya dapat dibuktikan.

Namun perkahwinan yang diwujudkan hanya menambahkan derita, dia diperlekehkan dan digantung tak bertali oleh Fakrul, yang tertutup pintu hatinya selepas Azura, gadis pertama yang dicintainya bertindak curang.

Fakrul hanya menyedari dia sangat menyayangi Haziqah ketika pertemuan kedua mereka, namun, mampukah dia meraih kembali cinta Haziqah yang sudah membeku, setelah puas hati wanita itu dihinanya.

Baca: Biodata Pelakon Jiha Sham

sepi tanpa cinta episod

Kredit foto: Instagram Nazim Othman

Pelakon / Cast

Menyaksikan gandingan serasi pelakon Nazim Othman dan Yuna Rahim. Juga dibintangi barisan aktor popular seperti Jihaa Sham, Zulhelmy, Asyiqin Zaed, Maria Farida, Fauziah Nawi, Maisarah Sufia, Adam Shadan, Sheila Mambo, Norlia Ghani, Fikri Bazli, Amy, Fateh, Rosnah Mat Aris, Haeriyanto Hassan, Kismah Johar dan Zaidi Omar.

Watak Pelakon

Yuna Rahim sebagai Haziqah

Nazim Othman sebagai Fakrul

Jiha Asham sebagai Sue

Zulhelmy sebagai Yusri

Asyiqin Zaed sebagai Radiah

Adam Shadan sebagai Idzham

Maria Farida sebagai Sakinah

Fauziah Nawi sebagai Aminah

Maisarah Sufia sebagai Zura

Sheila Mambo sebagai Haryati

Fikri Bazli sebagai Amirul

Amy sebagai Faremy

Fateh sebagai Hafiz

Rosnah Mat Aris sebagai Senah

Zaidi Omara sebagai Fuad

Norlia Ghani sebagai Mak Bedah

Kismah Johar sebagai Mak Doha

Haeriyanto Hassan sebagai Leman

novel sepi tanpa cinta

Kredit foto: Instagram Fauziah Nawi

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Sebuah karya arahan Rashid Sibir oleh syarikat produksi, Opera Klasik Sdn Bhd.

Penulisan skrip oleh Adib Zaini, Mike Alias, Shaza Talib, Ares Bahar, Dayang Noor dan Qawiem Hamizan, manakala konsep dan skrip adalah kerjasama antara Rashid Sibir, Basri Musa, Nora Rahim dan Shamsiah Tukijo.

Lagu Tema (OST)

Kredit video: Aina Abdul - Sepi (Official Music Video)

Tajuk: Sepi

Penyanyi: Aina Abdul

Komposer: Aina Abdul

Penulis lirik: Aina Abdul, Wan Zakaria

sepi tanpa cinta drama

Kredit foto: Instagram @djfateh.official

Waktu Siaran

Siri 20 episod ini dipertontonkan secara eksklusif di platform penstriman, Sooka sejak 8 April 2022 dan kini menemui penonton di Astro Ria (saluran 104) bermula 21 November 2022, bagi menggantikan drama Hantu Raya Pergi Perang. Bersiaran setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 11 malam. 

Untuk pilihan alternatif, Sepi Tanpa Cinta boleh distrim dalam talian (online) di platform Astro Go atau On Demand.

Kredit video: [ Full Episode ] Sepi Tanpa Cinta - Episod 1




Hakcipta iluminasi.com (2017)