Kredit foto: Instagram Halim Radzi

   

Siapa Halim Radzi? Abdul Halim Radzi Sapari atau nama popularnya, Halim Radzi merupakan antara pemain watak dalam drama berepisod adaptasi novel, Masih Ada Rindu yang bakal bersiaran di slot Akasia TV3.

Siri televisyen yang mengetengahkan pelakon Farid kamil dan Mimi Lana selaku bintang utama ini turut dijayakan Dayang Areeda, Aishah Ilias, Aleza Shadan, Fahmi Reza, Sri Idrina dan ramai lagi.

Biodata / Profile / Latar Belakang

1. Pemilik nama penuh Abdul Halim Radzi Sapari.

2. Menggunakan nama komersial, Halim Radzi.

3. Berumur 25 tahun.

4. Berasal dari Skudai, Johor.

5. Lahir pada 25 Mei 1996.

6. Anak bongsu daripada empat orang adik-beradik.

7. Berkelulusan dalam bidang juruteknik daripada Kolej Komuniti Bandar Penawar, Kota Tinggi, Johor.

8. Berkecimpung dalam dunia hiburan sejak tahun 2014 sebagai seorang pelakon, model dan pengacara.

9. Bakatnya dikesan daripada Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) 2014 yang meletakkannya sebagai salah seorang peserta ketika masih berusia 18 tahun.

10. Antara drama lakonannya seperti Dia Bidadari Dari Syurga, Masih Ada Rindu, Isteri Bukan Untuk Disewa, KL Gangster Underworld Musim 2, Setelah Ku Dimiliki, Kasih Tak Terungkap, Bila Aidil Ada Fitri, Tulus Cinta dan Ombak Rindu The Series.

11. Tidak ketinggalan, drama Cinta Ilahi, Jula Juli Bintang Cinta, Khalifahkah Aku, Kuntum, Husin Peningla dan Jalan Taubat. Penampilan di layar perak menerusi filem Langsuir.

12. Pengguna Instagram atas nama akaun @halimradzi yang sudah mempunyai lebih 41,000 pengikut.

Fakta Menarik

1. Mendedahkan dirinya mendapat banyak tunjuk ajar daripada pengarah Osman Ali.

2. Pernah memegang peranan sebagai pengacara dalam sebuah rancangan berbentuk dokementari.

3. Menjadikan pelakon senior, Bront Palarae, Beto Kusyairy dan Azhan Rani sebagai inspirasi dalam dunia lakonan.

4. Menyimpan impian untuk bekerjasama dengan Bront Palarae suatu hari nanti.

5. Akui namanya pernah ditolak syarikat produksi gara-gara tidak mempunyai pengikut Instagram (IG) yang ramai.

6. Asalnya tidak mempunyai niat untuk berlakon secara serius, namun tawaran diperolehnya selepas DFKL datang mencurah-curah.

7. Pernah berehat selama dua tahun daripada seni lakonan kerana sibuk menyambung pelajaran.

8. Bersikap tidak memilih dalam soal tawaran watak.

     

Baca: Biodata Pelakon Sharifah Husna

   

Gambar

halim radzi ig

halim radzi

masih ada rindu

halim radzi wikipedia

pelakon masih ada rindu

halim radzi umur 145

drama masih ada rindu

halim radzi dan sharifah husna bercinta

novel masih ada rindu

Kredit foto: Instagram Halim Radzi

Video

Kredit video: Bila crush kau jadi suami kau dalam drama

Sumber:

1. Halim Radzi idolakan Bront Palarae

2. Bersemangat bukti bakat

3. Berita Harian




Hakcipta iluminasi.com (2017)