Oleh pada 26 May 2024 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

        

Berdasarkan novel yang ditulis oleh Lila Vee, Astro Ria mempersembahkan siri terbaru dengan nama 'Cinta Untuk Sekali Lagi', sebuah drama yang akan menyinari slot Megadrama.

         

sinopsis cinta untuk sekali lagi

Kredit foto: Instagram Sooka Malaysia

         

Siri ini diperkenalkan sebagai naskhah yang mengusung genre "romantik komedi", mengangkat bakat-bakat muda dalam dunia lakonan tempatan seperti Meerqeen, Erysha Emyra, Haidar Hasanudin, Aiman Ameer, Malle Christian, Alyssa Dezek, Nik Rifaie dan beberapa lagi.

        

Sinopsis

Secara ringkasnya, 'Cinta Untuk Sekali Lagi' mengisahkan tentang cinta yang berputik semula antara pasangan yang sudah berpisah. Lima tahun adalah tempoh yang lama untuk melupakan cinta, namun kenangan dan perasaan itu sukar dipadamkan daripada memori. Adakah mereka mampu menerima cinta sekali lagi? Lemon Butter Cake menjadi pengikat rasa dalam kisah cinta ini yang penuh dengan liku-liku dan harapan.

        

Sinopsis lanjut:

Anne dan Alan telah berpisah selama lima tahun, namun takdir menemukan mereka semula apabila Anne terlibat dalam masalah saman di sekolah yang mencetuskan viral dan kecaman di media sosial. Fazlee, abang Anne dan kawan baik Alan, meminta Alan yang merupakan seorang peguam untuk membantu Anne. Dalam usaha untuk menyelesaikan kes ini, Alan melihat peluang untuk mendekati Anne semula, bertekad tidak mahu kehilangan cintanya buat kali kedua.

Pertemuan ini mengungkit kembali memori lama, membangkitkan perasaan yang pernah ada antara mereka. Anne yang sedang cuba untuk 'move on' dari kegagalan rumah tangganya berasa resah dengan kehadiran Alan yang semakin mendekati. Namun, Alan tidak putus asa dan terus berusaha menawan hati Anne sekali lagi, walaupun menghadapi pelbagai halangan termasuk daripada ibunya sendiri.

        

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Kiblat Ke Syurga (Astro Ria)

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Khilaf Yang Tertulis (Slot Samarinda TV3)

Baca: 10 Drama Melayu Terbaru TV3 Mesti Tonton (2024), Juga Tersedia Online!

Baca: 10 Fakta Biodata Yang Ramai Tak Tahu Mengenai Erysha Emyra, Pelakon Drama Berepisod Cinta Untuk Sekali Lagi

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Anggun Mikayla (Viu Malaysia)

Baca: 10 Filem, Drama Cinta Romantik Terbaru Mesti Tonton, Juga Tersedia Online!

        

cinta untuk sekali lagi drama

Kredit foto: Instagram Erysha Emyra

        

Pelakon / Cast

Karya drama yang bakal mempesonakan penonton dengan cerita yang menarik dan mengasyikkan ini memberi tumpuan kepada gandingan baharu sebagai watak utama, iaitu Meerqeen dan Erysha Emyra.

        

cinta untuk sekali lagi episod

Kredit foto: Instagram Hadith Omar

        

Juga menghimpunkan sebaris pelakon terkenal yang terdiri daripada Ozlynn Waty, Datin Nina Juren, Haidar Hasanudin, Aiman Ameer, Malle Christian, Alyssa Dezek, Nik Rifaie, Zarith Zalikha, Lydiawati, Esma Danial, Wan Nor Azlin, Zarynn Min dan Arash Mohamad.

        

Watak Pelakon

Meerqeen sebagai Idlan Zuhairi (Alan)

Erysha Emyra sebagai Anne Dahlia

Nik Rifaie sebagai Fazlee

Malle Christian sebagai Zu

Alyssa Dezek sebagai Eya

Haidar Hasanudin sebagai Cikgu / Ustaz Safuan

Ozlynn Waty Ismail sebagai Cikgu Shifa

Datin Nina Juren sebagai Hani (Mama Alan)

Zarith Zalikha sebagai Syafiqah

Arash Mohd sebagai Babah

Lydiawati sebagai Umi

Aiman Ameer sebagai Airil

Wan Nor Azlin sebagai Mak Safuan

          

Pengarah Dan Syarikat Produksi

"Cinta Untuk Sekali Lagi" yang dihasilkan oleh Playwright Pictures Sdn Bhd diterbitkan dengan arahan Hadith Omar dan skrip ditulis oleh Script Factory Studio.

Hafiz Abu Bakar, Bainun Waheeda, Adib Zaini, Baizura Kahar dan Keen menyokong peranan sebagai penulis.

        

Lagu Tema (OST)

Kredit video: Masih Ku Sayang

       

Tajuk: Masih Ku Sayang

Penyanyi: HoonDoo

Komposer: HoonDoo

Penulis lirik: Raja Zarin

       

Tarikh Dan Waktu Tayangan

Dalam jumlah 20 episod, drama ini akan memenuhi ruang slot Megadrama di Astro Ria (104) mulai 27 Mei 2024, setiap hari Isnin hingga Khamis pada jam 10 malam.

         

cinta untuk sekali lagi meerqeen

Drama adaptasi novel ini bakal mengambil alih tempat siri Takdir Itu Milik Aku. Kredit foto: Instagram Hadith Omar

        

Sementara itu, di platform digital menerusi Astro Go dan Sooka.

        

Tajuk cerita? Cinta Untuk Sekali Lagi

Berapa episod? 20 episod

Setiap hari apa? Isnin hingga Khamis

Bila tayang? Pukul 10 malam

Tonton di mana? Saluran Astro Ria (104) dan platform online, aplikasi Astro Go serta Sooka

        

Kredit video: Cinta Untuk Sekali Lagi : Trailer

        




Hakcipta iluminasi.com (2017)