Biodata

Nama penuh: Nur Amira Izzati binti Rosli

Nama popular: Amyra Rosli

Tarikh lahir: 24 Ogos 1991

Umur: 27 tahun

Kelahiran: Shah Alam, Selangor, Malaysia

Pekerjaan: Pelakon, duta, model, pengacara dan penyanyi

Media sosial: Instagram @aamyrarosli

Fakta Menarik

1. Dikatakan mempunyai iras wajah aktres Indonesia, Nia Ramadhani.

2. Berketinggian 1.6 meter.

3. Anak sulung daripada empat adik-beradik.

4. Anak kepada pasangan Noor Zaridah Ahmad dan Rosli Ahmad. Ibunya pernah berkhidmat sebagai Pengurus A&R di syarikat rakaman Warner Music Malaysia. Manakala bapanya pula pemuzik dan penggubah lagu.

5. Pernah menetap di London bersama keluarga.

6. Mendapat pendidikan di The Camden School of Girl di London selama 6 tahun sebelum pulang ke tanah air apabila urusan kerja bapanya selesai.

7. Berkelulusan Diploma Teater daripada Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA).

8. Pada tahun 2009, karier seninya bermula menerusi rancangan TV Pendidikan (yang sudah tidak lagi beroperasi) milik Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia.

9. Drama lakonan pertamanya ialah Supermak, gandingan bersama pelakon-pelakon handalan seperti Nasha Aziz, Azhan Rani dan Zul Yahya, bersiaran di saluran TV3 pada tahun 2011.

10. Diikuti beberapa drama popular lain, antaranya Jodoh, Oh My English! Musim 3, Suamiku Encik Sotong, Cik Bunga Encik Sombong, Tersuka Tanpa Sengaja, Isteri Tuan Ihsan, Cinta Di Langit Cardiff, Nur dan Kan Ku Kejar Cinta Kamu.

11. Pernah bergelar tunangan kepada pelakon Dazrin Kamarudin sebelum ikatan itu terputus.

12. Akhirnya mendirikan rumah tangga dengan pelakon Amar Baharin pada 11 November 2016. Perkahwinan mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Aqeef Anaqi. 

Foto

biodata amyra rosli pelakon drama kan kukejar cinta kamu 2

biodata amyra rosli pelakon drama kan kukejar cinta kamu 3

biodata amyra rosli pelakon drama kan kukejar cinta kamu 4

biodata amyra rosli pelakon drama kan kukejar cinta kamu 5

biodata amyra rosli pelakon drama kan kukejar cinta kamu 6

Video

Kredit:

1. Wikipedia

2. Mstar

3. Instagram Amyra Rosli




Hakcipta iluminasi.com (2017)