Oleh pada 06 Jul 2022 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

    

Slot Megadrama, slot drama bersiri berbahasa Melayu tampil dengan judul baharu, Jodohku Babysitter yang akan disiarkan secara eksklusif di Astro Ria.

Ditayangkan setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam, drama ini menampilkan plot cerita menarik yang diadaptasi daripada novel popular berjudul sama karya Nureen Ahmad untuk mengikuti siri Setelah Terlafaznya Akad Musim 2 yang melabuhkan tirai.

jodohku babysitter drama

Kredit foto: Instagram Hadith Omar

Sinopsis Drama Novel Berepisod Jodohku Babysitter

Adam (Aliff Aziz) kini duda anak tiga selepas bercerai dengan Atikah (Yuna Rahim) kerana kecewa apabila mendapat tahu isterinya curang di belakang — dengan kawan baiknya sendiri Amri (Ellyas Abdullah).

Apabila hak penjagaan anak berpihak kepadanya, Adam mengambil Adel (Intan Najuwa) sebagai pengasuh di rumah.

Adel yang berpenampilan tomboy sering menjadi mangsa buli Adam, namun wanita itu hanya menerima sikap Adam kerana penat bertukar kerja.

Berjaya memenangi hati anak kecilnya, Adam mengambil keputusan untuk menjadikan Adel sebagai pengasuh tetap selepas melepasi tempoh percubaan.

Sementara itu, Adam bimbang dengan penerimaan anak-anaknya terhadap rancangan Atikah dan Amri untuk mendirikan rumah tangga tidak lama lagi.

Pengalaman lama yang masih berbekas di hatinya menyukarkan Adam membuka pintu hatinya untuk berumah tangga, namun kehadiran Adel berperanan menggembirakan hati dan anak-anaknya semula.

Adam melihat sisi lembut Adel selepas menziarahinya di rumah anak yatim. Bermula dari benci, mereka kini berdampingan sebagai bakal suami isteri.  

Namun, dalam tempoh persiapan untuk mendirikan rumah tangga, syak wasangka Adel terhadap perubahan Adam menduga hubungan mereka.

Permulaan perkahwinan mereka bahagia sehinggalah satu rahsia yang tersimpan dalam kamus hidup Adam menerbitkan tanda tanya dan titik tolak curiga buat Adel.

    

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod The Maid 2 (Astro Ria)

jodohku babysitter episode

Kredit foto: Instagram Aliff Aziz

Pelakon / Cast

Watak Adam Farhan dilakonkan oleh penyanyi Aliff Aziz yang digandingkan dengan bintang Intan Najuwa sebagai Adelia Faranisa, selain disokong oleh barisan pelakon pembantu terkenal seperti Yuna Rahim, Ellyas Abdullah, Natasha Elyzza, Isaac Iman, Nina Juren, Sharifah Shahora, Aleza Shadan dan Tasha Nazira.

Watak Pelakon

Aliff Aziz sebagai Adam Farhan

Intan Najuwa sebagai Adelia Faranisa

Yuna Rahim sebagai Atikah

Isaac Iman sebagai Adib

Ellyas Abdullah sebagai Amri

Natasha Nazira sebagai Airisya

pelakon jodohku babysitter

Kredit foto: Instagram Sharifah Shahora

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Jodohku Babysitter merupakan adaptasi daripada novel Nureen Ahmad yang dibawa ke kaca TV oleh produksi Juita Viden Sdn Bhd menggunakan khidmat pengarah Hadith Omar.

Lagu Tema (OST)

Tajuk: Tetap Disini

Penyanyi: Aliff Aziz feat Bella Astillah

jodohku babysitter sinopsis

Kredit foto: Instagram Bambam Studios

Waktu Siaran

Drama bersiri 20 episod berinspirasikan novel ini akan mengisi slot MegaDrama Astro Ria (saluran 104) mulai 6 Julai 2022, setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 10 malam dan juga akan disiarkan melalui perkhidmatan penstriman Astro GO dan On Demand, secara online.

Baca: 10 Drama Adaptasi Novel Melayu Terbaru Yang 'Best' (2021 / 2022), Boleh Tonton Secara Online!

Kredit video: Tak Sangka! Intan Najuwa Terer Bawak Motor Jodohku Baby Sitter Bersama Aliff Aziz | Nabil & Erra | Episode 1 Pada 6 Julai 2022




Hakcipta iluminasi.com (2017)