Oleh pada 28 Sep 2022 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

Aiman ​​Hakim Ridza dan Zahirah Macwilson membintangi Tiada Maaf Buatmu dalam drama bersiri baharu berdasarkan novel "Maaf, Saya Tak Sengaja" karya Akira Dorayaki.

Tonton slot MegaDrama terbaru ini bersiaran menggantikan Ash Dan Aish mulai 28 September 2022.

tiada maaf buatmu drama

Kredit foto: Instagram Aiman Hakim Ridza

Sinopsis

Adaptasi novel ini mengisahkan tentang Aina Cempaka (Zahirah Macwilson), seorang gadis yang menjadi mangsa keadaan - akibat perbuatan abangnya yang tidak melangsaikan hutang dengan pemilik kelab malam.

Hidup Aina Cempaka musnah dan dia mengalami kemurungan selama berbulan-bulan.

Pada suatu hari, dia berlari ke jambatan untuk melepaskan geram tetapi terjatuh dan kepalanya terhantuk pada kayu. Hidupnya bertambah sengsara apabila hilang ingatan.

Namun khabar angin yang bertiup kencang mengatakan dia telah meninggal dunia.

Aina Cempaka membina kehidupan baharu bersama Suzy (Sofia Dendroff) di Kuala Lumpur dan menerima tawaran sebagai setiausaha kepada Faiz Iqbal (Aiman Hakim Ridza) di Ibunda Corporation.

Sejak kedatangan Aina Cempaka, kerja Faiz Iqbal lebih terurus.

Aina Cempaka dikenali sebagai seorang yang menjaga solatnya.

Berasa selamat di sisi Aina Cempaka yang berperwatakan lasak dan mempunyai kemahiran mempertahankan diri, Faiz Iqbal jatuh cinta tanpa mengesyaki kaitan mereka berdua sebelum ini.

Hakikatnya, Aina Cempaka hanyalah mangsa dari sejarah hitamnya.

Siapa Faiz Iqbal kepada Aina? Bolehkah mereka menerima realiti sejarah silam masing-masing?

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Roti Cicah Susu (Astro Ria)

sinopsis tiada maaf buatmu

Kredit foto: Instagram Zahirah Macwilson

Pelakon / Cast

Drama sensasi ini mengimbau kembali gandingan romantik pasangan drama 'Curi Curi Cinta', Aiman Hakim Ridza dan Zahirah MacWilson yang kini bergelar suami isteri.

Turut membintangi, ialah Hafreez Adam, Wanns Ahmad, Sofia Dendroff, Zamarul Hisham, Wan Raja, Ummar Dzariff, Josiah Hogan, Datuk Jalaluddin Hassan, Watie Sadali, Haleeda, Wan Nor Azlin, Rabi Adawi dan Hilal Azman.

Watak Pelakon

Aiman Hakim Ridza sebagai Faiz Iqbal

Zahirah Macwilson sebagai Aina Cempaka

Hafreez Adam sebagai Mohsin

Wanns Ahmad sebagai Black

Sofia Dendroff sebagai Suzy

Zamarul Hisham sebagai Dato Mazlan

Wan Raja sebagai Burn

Ummar Dzariff sebagai Faiz

Josiah Hogan sebagai Rashid

Watie Sadali sebagai Mariam

Haleeda sebagai Mak Safiah

Dato Jalaludin Hassan sebagai Tan Sri Berahim

Hilal Azman sebagai Pak Malek

maaf saya tak sengaja

Kredit foto: Instagram Zahirah Macwilson

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Drama terbitan Suhan Movies & Trading Sdn Bhd ini diarahkan oleh sutradara Idora Abdul Rahman, mengikut naskhah skrip yang dihasilkan oleh penulis Azilah Wahab dan Intan Zarina Mohd Yasin.

Lagu Tema (OST)

Kredit video: Hael Husaini - Sama Seperti Dulu (Official Music Video)

Tajuk: Sama Seperti Dulu

Penyanyi: Hael Husaini

Komposer: Hael Husaini & Iqie Hugh

Penulis lirik: Hael Husaini

tiada maaf buatmu episod

Kredit foto: Instagram Bambam Studios

   

Waktu Siaran

Drama sebanyak 24 episod itu secara rasminya menemui penonton bermula 28 September 2022 di slot MegaDrama, Astro Ria (saluran 104) pada setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 10 malam dan juga boleh distrim online melalui On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro Go untuk pilihan yang lebih fleksibel.

   

Kredit video: [TAYANGAN PERDANA] Tiada Maaf Buatmu Episod 1




Hakcipta iluminasi.com (2017)