Oleh pada 26 Dec 2022 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

Menutup tirai 2022, slot 11 malam saluran Astro Ria menampilkan sebuah lagi drama bersiri terbaharu berjudul Nikah Cerai Rujuk khas untuk penonton bermula 26 Disember 2022!

Dibintangi oleh barisan pelakon hebat seperti Halim Radzi, Shaza Bae, Dynas Mokhtar, Dato’ Sri Eizlan Yusof, Noorkhiriah, Zarul Umbrella dan ramai lagi.

drama nikah cerai rujuk

Kredit foto: Instagram Zarul Umbrella

Sinopsis

Mengisahkan dugaan alam perkahwinan tiga pasangan - Dr. Alia (Dynas Mokhtar) dan Hisyam (Eizlan Yusof), Hanna (Shaza Bae) dan Adam (Halim Radzi) serta Sumaiyyah (Noorkhiriah ) dan Azlan (Zarul Umbrella).

Sumaiyyah, seorang suri rumah yang menjaga suami dan 3 orang anak, di mata kawan-kawannya, seorang ibu dan isteri yang sempurna, hakikatnya berhadapan dengan kisah kecurangan suaminya, Azlan yang jelas terlihat sehingga Sumaiyyah menjadi lali dengan kelakuannya.

Hanna Zulaikha dan Adam Hafiz merupakan pasangan bahagia di mata kasar orang sekeliling, walaupun hakikatnya tidak kerana Hanna mempunyai seorang ibu mertua yang mengongkong anaknya dan keluarga Adam juga tidak menyukai Hanna.

Hanna dan Sumaiyyah akhirnya bertemu dengan seorang kaunselor iaitu Dr Alia yang sering dijadikan contoh kepada pasangan muda yang baru berkahwin namun apa yang orang lain tidak tahu, Dr Alia juga sedang berhadapan dengan masalah bersama suaminya, Hisyam.

Alia mendapat tahu dia dimadukan tanpa pengetahuan selepas 20 tahun berkahwin, dengan Fatin, salah seorang pekerja di syarikat Hisyam, tetapi Alia mengambil keputusan untuk berpura-pura seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku.

pelakon nikah cerai rujuk

Kredit foto: Instagram Mimie Ara

Pelakon / Cast

Kisah yang penuh dengan liku-liku kehidupan berumah tangga ini dan pengajaran tentang perkahwinan menampilkan lakonan Halim Radzi, Shaza Bae, Dynas Mokhtar, Dato’ Sri Eizlan Yusof, Noorkhiriah Ahmad Shapie dan Zarul Umbrella sebagai enam tonggak utama serta disokong oleh Alif Hadi, Amanda Amry, Zarina Zainuddin, Salina Saibi, Mimi Ernida, Nasz Sally, Zizi Zulkifli, Mimie Ara dan Shahronizam (Sahronizam Noor).

Baca: Biodata Pelakon Halim Radzi

Baca: Biodata Pelakon Shaza Bae

Watak Pelakon

Halim Radzi sebagai Adam

Shaza Bae sebagai Hanna

Noorkhiriah sebagai Sumaiyyah

Amanda Amry sebagai Marsha

Dynas Mokhtar sebagai Dr Alia

Dato’ Sri Eizlan Yusof sebagai Hisyam

Zarul Umbrella sebagai Azlan

Alif Hadi sebagai Hakimi

Mimi Ernida sebagai Fatin

Salina Saibi sebagai Nadia

Nasz Sally sebagai Rozie

nikah cerai rujuk episod

Kredit foto: Instagram Dynas Mokhtar

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Drama ini mempunyai keistimewaan tersendiri apabila mendapat sentuhan dua pengarah gandingan bapa dan anak iaitu Jinggo Haji Azman Haji Yahya (Jinggo) dan Uzair Haqimy (Haq) serta diterbitkan oleh JS Pictures.

Lagu Tema (OST)

Kredit video: Dua Muka - Aishahanim (Official Music Video)

Tajuk: Dua Muka

Penyanyi: Aishahanim 

Komposer: Hanis Rafi, Firdaus Rahmat, Omar K

Penulis lirik: Hanis Rafi, Firdaus Rahmat, Omar K

  

sinopsis nikah cerai rujuk

Episod 1 Nikah Cerai Rujuk (naskhah bukan adaptasi novel) menemui penonton pada 26 Disember 2022 bagi menggantikan siri Sepi Tanpa Cinta. Kredit foto: Instagram Dynas Mokhtar

Waktu Siaran

24 episod ‘Nikah Cerai Rujuk’ akan ditayangkan pada setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 11 malam mulai 26 Disember 2022 secara eksklusif melalui Astro Ria (saluran 104) serta turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro Go untuk pilihan yang lebih fleksibel.




Hakcipta iluminasi.com (2017)