Kredit foto: Instagram Wanns Ahmad

    

Wanns Ahmad merupakan antara pelakon yang menjayakan drama bersiri, Seindah Tujuh Warna Pelangi adaptasi novel tulisan E-Man Sufi yang bersiaran di slot Akasia TV3 sejak 24 Februari lalu.

Siri arahan Eoon Shuhaini itu turut menampilkan Aeril Zafrel, Nabila Razali, Hun Haqeem, Raja Afiq, Aidil Aziz, Elly Mazlein, Wanna Ali, Riz Amin dan ramai lagi.

     

Biodata

  • Nama sebenarnya, Wan Nursalam Wan Ahmad.
  • Menggunakan nama komersial, Wanns Ahmad.
  • Berumur 30 tahun.
  • Anak kelahiran Pasir Mas, Kelantan.
  • Berkecimpung dalam dunia hiburan sebagai pelakon, penyanyi, komposer dan pengacara.
  • Laman sosial Instagramnya atas nama @wannsahmad_official sehingga kini mempunyai lebih 60,000 pengikut. 

    

Fakta Menarik

  • Pernah menghoskan program masakan Aroma Tradisi di TV3 dan merakamkan single Terus Mencintaimu pada 2014, selain muncul dalam telefilem Khalifahkah Aku yang bersiaran di TV3.
  • Mempunyai fobia dikenali sebagai Astrafobia sejak kecil iaitu ketakutan terhadap kilat atau petir di mana beliau akan berhenti memandu atau sekiranya berada di luar bangunan, akan menyorok di bawah meja dan tempat tertutup.
  • Wajah dan perwatakannya dikatakan iras pelawak Zizan Razak.
  • Pernah mencuba nasib dalam ujibakat beberapa program realiti, namun gagal menempatkan diri ke pusingan seterusnya.
  • Pernah menjadi artis Pencil Pictures & Records, namun kini selesa mengendalikan kerjayanya sendiri tanpa bernaung di bawah mana-mana syarikat.
  • Berkemampuan mencipta lagu.
  • Meminati dunia seni suara sejak kecil di mana beliau sering membabitkan diri dalam pertandingan nyanyian sejak zaman persekolahan.
  • Pernah bekerja sebagai pekerja belakang tabir di sebuah syarikat produksi, selain bermula sebagai pelakon tambahan.

    

Foto

wanns ahmad

pelakon seindah 7 warna pelangi

sinopsis seindah 7 warna pelangi

instagram wanns ahmad

wikipedia wanns ahmad

wanns ahmad adik zizan razak

Kredit foto: Instagram Wanns Ahmad

     

Video

Kredit video: Wanns Ahmad - Terus Mencintaimu (Official Music Video)

    

Sumber:

1. Wanns Ahmad tak mahu bayangan Zizan

2. Wanns Ahmad bukan ‘tangkap muat’

3. Wanns Ahmad hidap Astrafobia sejak kecil

4. Pesan buat ibu, sahabat

5. Hos terlebih ramah, wanita berusia buka hal peribadi

6. Apahal semua hitam ni Wanns

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)