Kredit foto: Instagram @idzham_ismail

Biodata

1. Nama sebenarnya, Muhammed Idzham bin Ismail.

2. Lahir pada 9 Ogos 1988 di Kajang, Selangor.

3. Berusia 31 tahun.

4. Berketinggian 1.89 meter.

5. Kediamannya terletak di Kuala Lumpur, Malaysia.

6. Bergiat dalam dunia seni sebagai pelakon sejak tahun 2009.

7. Mula mendapat perhatian selepas membintangi filem Juvana menerusi watak 'Panjang'.

8. Selain itu, namanya turut melonjak sejurus kemunculan dalam drama Bila Hati Berbicara, 7 Suami, Nasi Minyak Kuah Cinta dan Rintihan Nek Mis.

9. Antara lain, penampilannya di layar perak menerusi filem Chikaro.

10. Di layar kaca antaranya drama Kampung Jaguh, Blogger Boy, 3 Janji, My Sweet Lavender, Leftenan Zana dan Pia.

11. Juga telefilem Mengurai Rindu, Rebah Di Hujung Taubat, Langkah Bendul, Bayang dan banyak lagi.

12. Mendirikan rumah tangga dengan Siti Nur Abillah binti Shamsuddin atau nama panggilannya, Bella yang juga merupakan seorang pramugari. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Nur Sofea Inara.

       

Fakta Menarik

  • Asalnya merupakan seorang model sebelum terjun ke bidang lakonan.
  • Ketika awal pembabitan sebagai pelakon, beliau mendapat tunjuk ajar daripada pelakon dan pengarah senior seperti Datuk Rosyam Nor, Bront Palarae, Zahiril Adzim, Amie Maziah, Heykal Hanifah dan Zul Huzaimy.
  • Mengagumi bakat lakonan aktor Tom Hardy, Johnny Depp dan Robert De Niro.
  • Teringin bekerja di bawah arahan sutradara terkemuka seperti Datin Paduka Shuhaimi Baba, Bernard Chauly dan Osman Ali.
  • Sahabat rapat kepada pelakon Shukri Yahaya, Adam Shah dan Syazwan Zulkifli.

    

Foto

biodata idzham ismail pelakon drama pia 2

biodata idzham ismail pelakon drama pia 3

biodata idzham ismail pelakon drama pia 4

biodata idzham ismail pelakon drama pia 5

biodata idzham ismail pelakon drama pia 6

Kredit foto: Instagram @idzham_ismail

      

Sumber:

1. Wikipedia

2. BH Online

3. Harian Metro




Hakcipta iluminasi.com (2017)