Oleh pada 12 Apr 2021 kategori

Kredit foto: Instagram Bambam Studios

   

'Kisah Rumah Tangga' merupakan sebuah drama bersiri Malaysia 2021 yang memaparkan koleksi kisah perkahwinan yang pernah berlaku di Malaysia. Drama berbeza akan dipaparkan dalam setiap 5 episod (seminggu).

Dibintangi barisan pelakon ternama seperti Naqiu Boboy, Intan Najuwa, Hannah Delisha, Imam Shah dan ramai lagi.

Naskhah ini bakal memasuki tayangan kaca televisyen bermula 12 April 2021 di saluran Astro Ria.

   

mencantum cinta

Kredit foto: Instagram Naqiurious

Sinopsis

Mengangkat kisah perkahwinan dan isu keluarga yang lazimnya berlaku, umpamanya masalah kewangan, isu cemburu, ibu mertua, kerjaya dan lain-lain.

Masalah-masalah yang dibangkitkan adalah daripada aspek permasalahan psikologi yang kerapkali melanda pasangan muda.

Judul-judul kisah yang dipaparkan adalah Mencantum Cinta, Abah Kau Mak Kau Family Kita, Rindu Salah Alamat, Ramadan Pengantin PKP dan Azan Rumah Abah.

abah kau mak kau family kita

Kredit foto: Instagram Uchee Fukada

Pelakon

Antara wajah yang menghiasi siri ini termasuk Naqiu Boboy, Intan Najuwa, Hannah Delisha, Imam Shah, Shiqin Kamal, Yusuf Bahrin, Shaza Bae, Hafreez Adam, Faizal Hussein, Azad Jasmin dan Eira Syazira.

Baca: Biodata Naqiu Boboy

Baca: Biodata Intan Najuwa

Baca: Biodata Hannah Delisha

Baca: Biodata Imam Shah

Baca: Biodata Shiqin Kamal

Baca: Biodata Yusuf Bahrin

Baca: Biodata Shaza Bae

Baca: Biodata Hafreez Adam

Baca: Biodata Eira Syazira

rindu salah alamat

Kredit foto: Instagram Shah Iskandar

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Diarahkan sutradara Aziz M. Osman, Uchee Fukada dan Waan Hafiz. Sebuah karya daripada produksi Radius One.

Lagu Tema (OST)

Tajuk: Kisah Rumah Tangga

Penyanyi: Rian Shain

Komposer: Amylea

Penulis lirik: Amylea

    

ramadan pengantin pkp

Kredit foto: Instagram Eira Syazira

Waktu Siaran

Disiarkan dalam siri 25 episod mulai 12 April 2021, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7 petang di saluran Astro Ria.

Juga tonton di platform penstriman Astro Go dan On Demand.

Sumber:

1. Astro Gempak

2. Bambam Studios




Hakcipta iluminasi.com (2017)