Oleh pada 28 Jun 2021 kategori

Kredit foto: Astro Gempak

Ratu Ten Pin merupakan sebuah siri televisyen Malaysia 2021 yang diarahkan oleh sutradara Azman Yahya (Jinggo).

Memulakan tayangan pada 28 Jun 2021, drama ini menampilkan pelakon Elisya Sandha, Nazim Othman, Fify Azmi dan Syaidatul Afifah.

sinopsis ratu ten pin

Kredit foto: Instagram Sheila Rusly

Sinopsis

Tiga gadis berusia 18 tahun hadir daripada latar belakang yang berbeza, namun menyimpan satu hasrat yang sama - bergelar Ratu Tenpin Negara!

Norma (Elisya Sandha), seorang remaja kampung yang dibesarkan dengan kehidupan susah, cukup gilakan sukan bowling dan sering menghabiskan zaman kanak-kanaknya dengan bermain permainan tradisi botol kaca kosong (sebagai pin) dan kelapa tua (sebagai bola bowling).

Dia yang boleh dikatakan 'champion' dalam permainan bowling kampung itu kemudiannya berhijrah ke Kuala Lumpur demi mengubah nasib keluarga.

Sementara, Reesz (Fify Azmi) yang datang daripada keluarga sederhana pula, dilahirkan serta dibesarkan di ibu kota oleh ibunya, Maznah, seorang bekas juara kebangsaan sukan bowling.

Minat Reesz lebih ke arah bidang peragaan pakaian (cat walk), namun Maznah tetap menaruh harapan untuk melihat anaknya itu mengikut jejak langkahnya suatu hari nanti.

Manakala Alessandra (Syaidatul Afifah) pula cukup bertuah kerana keluarganya bukan sahaja berada, malah berpengalaman dalam sukan bowling, turun temurun.

Kerana sering memenangi pertandingan bowling kategori remaja, laluan Alessandra mendapat tempat dalam pasukan bowling kebangsaan dilihat mudah di mata ramai.

Keceriaan dan keyakinan tinggi yang dimiliki, mengaburi mata insan sekeliling tentang tekanan sebenar yang dihadapi dalam menjadi yang terbaik.

drama ratu ten pin

Kredit foto: Instagram Wani Kayrie

Pelakon / Cast

Dijayakan Elisya Sandha, Nazim Othman, Fify Azmi, Syaidatul Afifah (bekas pemain boling kebangsaan) dan Sheila Rusly.

Lakonan bersama Haziq Nazimuddin / Hazeeq Dean (Hero Remaja 2020), Wani Kayrie, Dazrin Kamarudin, Akhmal Nazri, Nasz Sally, Aleeza Kasim, Datuk Seri Eizlan Yusof, Lisdawati dan Esma Daniel.

Baca: Biodata Elisya Sandha

Baca: Biodata Nazim Othman

Baca: Biodata Fify Azmi

Baca: Biodata Syaidatul Afifah

Baca: Biodata Sheila Rusly

Baca: Biodata Haziq Nazimuddin (Hero Remaja 2020)

Baca: Biodata Wani Kayrie

Baca: Biodata Akhmal Nazri

Baca: Biodata Aleeza Kasim

Baca: Biodata Eizlan Yusof

ratu ten pin episod

Kredit foto: Instagram Syaidatul Afifah

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Hasil kerja produksi JS Pictures Sdn Bhd, di bawah arahan Azman Yahya atau lebih dikenali sebagai Jinggo.

Lagu Tema (OST)

Kredit video: Gemuruh - Faizal Tahir

   

Tajuk: Gemuruh

Penyanyi: Faizal Tahir

Komposer: Aubrey Suwito

Penulis lirik: Shatezz Tinta

Tajuk: Kuasa Juara

Penyanyi: KRU

Komposer: Norman Abdul Halim & Archie Nasution

Penulis lirik: Norman Abdul Halim

pelakon ratu ten pin

Kredit foto: Instagram Fify Azmi

Waktu Siaran

Ke udara selama 16 episod di saluran Astro Ria, dari Isnin hingga Khamis, jam 11 malam bermula 28 Jun 2021.

Juga boleh ditonton di aplikasi Astro Go dan platform On Demand.

Kredit video: [TAYANGAN PERDANA] Ratu Ten Pin Episode 1 - Bermula 28 Jun, 11 Malam di Astro Ria

Sumber:

1. [Promo] Drama Ratu Ten Pin | Akan Datang Astro Ria

2. Astro Gempak




Hakcipta iluminasi.com (2017)