Oleh pada 11 Feb 2024 kategori

Kredit foto: Instagram Emma Maembong , Instagram Afzan A Rahman , Instagram Nasz Sally

        

"Takdir Itu Milik Aku", drama terkini dalam slot Megadrama, diterbitkan oleh SR One Sdn Bhd sebagai pilihan terkini untuk peminat drama Astro Ria.

         

takdir itu milik aku novel

Kredit foto: Instagram Emma Maembong

         

Slot Megadrama akan dihidupkan dengan drama adaptasi novel ini, menggantikan siri Layang Layang Perkahwinan.

         

Sinopsis

Drama ini mengisahkan tentang liku-liku kehidupan Dian Zara, seorang anak yatim piatu yang tinggal bersama neneknya, sambil menghadapi penyiksaan dari ibu tirinya, Kamsiah. Kehidupannya dicemari dengan kekejaman, kata-kata kesat dan penderitaan. Hasratnya untuk melanjutkan pengajian di universiti terhalang disebabkan campur tangan Kamsiah.

Dian menemui sinar harapan dalam hidupnya apabila diberi tugas menjadi orang gaji menggantikan tempat neneknya. Namun, semua berubah apabila Dian diperdaya oleh Zarif Adha, cucu majikannya, seorang juruterbang angkuh yang hanya mahu menggunakan Dian untuk memperoleh zuriat bagi mewarisi kekayaan keluarganya.

Datin Munirah, ibu Zarif, seorang yang tanpa belas kasihan, mengejar harta tanpa menghiraukan batas agama. Dalam kisah pahit ini, Dian menjadi mangsa ketamakan keluarga tersebut. Meskipun berkahwin dengan Zarif, hidup Dian umpama mimpi ngeri dengan kematian anaknya yang kurang upaya, kecurangan dan penghinaan Zarif.

Meskipun demikian, Dian bangkit semula dan akhirnya, Zarif menyedari kesilapannya selepas mengalami satu tragedi yang ngeri. Walaupun dihantui oleh ribuan penyesalan yang tak terlontar, semuanya sudah tidak lagi bermakna. Zarif terus bersungguh-sungguh untuk menunjukkan kesungguhan cintanya terhadap Dian.

         

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Hero Seorang Cinderella Musim 2 (Astro Ria)

Baca: 10 Filem, Drama Cinta Romantik Mesti Tonton, Juga Tersedia Online!

Baca: 10 Drama Melayu Astro (2024) Mesti Tonton, Juga Tersedia Online!

          

takdir itu milik aku drama

        

Pelakon / Cast

Dalam drama 'Takdir Itu Milik Aku', Emma Maembong dipasangkan bersama aktor Shaheizy Sam.

        

sinopsis takdir itu milik aku

Kredit foto: Instagram Afzan A Rahman

        

Juga disertakan dalam senarai kredit pelakon untuk drama ini ialah Liza Abdullah, Mustaqim Bahadon, Fauziah Nawi, Sharifah Husna, Riz Amin, Jasmin Hamid, Duerra Mitilda, Shakilla Khoriri, Rayyan Mikail, Nasz Sally, Mak Engku Fridah, Radhi Khalid dan Mahmud Alibashah.

        

Watak Pelakon

Emma Maembong sebagai Dian Zara

Shaheizy Sam sebagai Tuan Zarif Adha

Liza Abdullah sebagai Datin Munirah

Mustaqim Bahadon sebagai Arman

Fauziah Nawi sebagai Nek Tuk Hasnah

Jasmin Hamid sebagai Kamsiah

Riz Amin sebagai Rahman

Sharifah Husna sebagai Azura

Nasz Sally sebagai Maryam

Duerra Mitilda sebagai Elina

Shakilla Khoriri sebagai Adira

Rayyan Mikail sebagai Mohd Adif

Radhi Khalid sebagai Dollah Kutty

Mak Engku Fridah sebagai Nek Wan Hamimah

Mahmud Alibashah sebagai Dato Salleh

         

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Adaptasi drama dari novel 'Takdir Itu Milik Aku' terbitan produksi SR One Sdn Bhd ini dihasilkan melalui sentuhan pengarah ulung, Feroz Kader dan kreativiti skrip oleh Wan Mahani Wan Hassan. Karya ini termasuk dalam jajaran empat novel Siti Rosmizah Semail yang dipaparkan secara eksklusif di Astro, melalui perjanjian rasmi yang ditandatangani oleh penulis produktif ini dan platform penyiaran tersebut.

Tiga karya buku lain yang tercatat dalam senarai itu adalah Jangan Menangis Cinta, Andai Itu Takdirnya 1 dan 2.

         

Lagu Tema (OST)

Tajuk: Takdir Itu Milik Aku

Penyanyi: Liza Hanim

Komposer: Ejai Aziz, Afif Tirmizie, Kelana

Penulis lirik: Siti Rosmizah

         

Waktu Siaran

Siri ini diterbitkan sebagai sebahagian daripada slot Megadrama dan akan mula ditayangkan perdana di Astro Ria pada 26 Februari 2024, setiap hari Isnin dan Khamis, pukul 10 malam, menggantikan drama Layang Layang Perkahwinan.

        

takdir itu milik aku episod

Kredit foto: Instagram Nasz Sally

        

Drama yang bakal menjadi kegemaran ramai ini akan turut bersiaran di Astro Go dan Sooka, platform penstriman video Astro.

        

Tajuk cerita? Takdir Itu Milik Aku

Berapa episod? 40 episod

Setiap hari apa? Isnin hingga Khamis (Tarikh mula tayang 26 Februari 2024)

Bila bersiaran? Jam 10 malam

Tonton di mana? Astro Ria (saluran 104) dan platform online, Astro Go serta Sooka

         




Hakcipta iluminasi.com (2017)