Oleh pada 14 Sep 2021 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

Drama berepisod The Hotel adalah kandungan baru dalam slot Megadrama yang dibintangi oleh pelakon popular Mira Filzah, MK K Clique, Sean Lee, Eina Azman, Nabil Aqil, Natasha Elyzza, Daler Yusuf, Alif Hadi, Asha Merican dan Yasmin Hani.

Mula bersiaran pada 15 September ini di saluran Astro Ria (CH 104) pada pukul 10 malam.

Berikut 10 fakta menarik mengenai siri yang dijangka bakal meletuskan fenomena di kalangan peminat drama melayu ini.

the hotel drama

Kredit foto: Instagram Bambam Studios

1. Siri ini bukanlah sebuah karya ciplak atau diinspirasikan dari drama popular Korea Selatan, Hotel Del Luna dan The Penthouse, seperti yang didakwa ramai.

the hotel movie

Kredit foto: Instagram Mira Filzah

2. Idea penghasilannya terbit sejak PKP 1 yang mana ketika itu menyaksikan ramai orang kaya menetap dan 'berkurung' di dalam hotel, justeru kisah tentang kejadian di dalam hotel dicetuskan.

sinopsis the hotel

Kredit foto: Instagram Yasmin Hani

3. Bersesuaian dengan tajuknya, drama ini hanya menjalani penggambaran di satu lokasi sahaja iaitu sebuah hotel ternama yang terletak di Port Dickson.

the hotel astro ria

Kredit foto: Instagram Alif Hadi

4. Antara tarikannya termasuk karakter watak yang ditampilkan yang penuh berwarna-warni seperti watak wanita psiko, penggoda serta 'anak ikan'.

   

pelakon the hotel

Kredit foto: Instagram Helmi Yusof

5. Mengangkat isu sosial dan skandal yang merupakan isu normal di kalangan masyarakat, namun kurang diketengahkan secara jelas di kaca TV.

the hotel mira filzah

Kredit foto: Instagram Mira Filzah

6. Mira Filzah hanya mengetahui tentang drama 'Hotel Del Luna' selepas dakwaan yang mengatakan siri lakonannya ini kononnya meniru karya popular itu.

7. Mira menyerlahkan sisi berbeza menerusi watak seorang wanita psiko bernama Raisa yang mempunyai kecelaruan dalam personalitinya.

the hotel drama melayu

Kredit foto: Instagram Mira Filzah

8. MK akui sangat pemalu berhadapan dengan wanita hinggakan Mira menggesa dia bertentang mata ketika pertama kali mereka berdialog.

9. MK mengejutkan Michael Ang dengan peningkatan lakonan dari hari pertama di set penggambaran. Menurut Michael, MK mempamerkan begitu banyak improvement!

10. Datin Eina Azman yang baru bebas daripada jangkitan Covid-19 tetap komited melangkah ke sesi penggambaran yang sebelum ini terhenti susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Meskipun bimbang, dia memilih untuk tidak menyusahkan pihak produksi.

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod The Hotel 2: Jiwa Yang Kau Puja (Slot Megadrama)

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod The Hotel (Slot Megadrama Astro)

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Hotel Del Luna (Korea)

    

Kredit video: [EPISOD PENUH] THE HOTEL - Episod 2

   

Sumber:

1. The Hotel Tak Ciplak Hotel Del Luna, Bukan Copy Penthouse

2. Tak sangka MK K-Clique malu-malu dengan perempuan, takut tenung mata Mira Filzah

3. Trauma dijangkiti Covid-19, Eina Azman bimbang masuk set penggambaran The Hotel - “Gembira dapat bekerja tapi saya masih dalam ketakutan”

4. The Hotel berani bertempat

   




Hakcipta iluminasi.com (2017)