Oleh pada 19 May 2021 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

Ahli Bapak Bapak Club merupakan sebuah siri televisyen Malaysia 2021 yang diletakkan di bawah jenama ‘Gempak Original Series’.

Arahan sutradara Tam Suhaimi ini menggunakan khidmat lakonan aktor Aiman Hakim Ridza, Shiqin Kamal, Uyaina Arshad, Luqman Hafidz, Hariz Hamdan, Amir Masdi dan ramai lagi.

drama ahli bapak bapak club

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

Sinopsis

Mengisahkan tiga orang lelaki bernama Joe (Aiman Hakim Ridza), Bob (Luqman Hafidz) dan Nik (Steve Yap) yang bersahabat baik, namun berlainan karakter serta berhadapan dengan masalah tersendiri dalam melunaskan tanggungjawab mereka sebagai bapa.

Joe telahpun bercerai dengan isterinya, Hana (Shiqin Kamal) yang merupakan seorang influencer terkenal. Namun imej Hana yang bertambah menarik selepas berpisah membuatkan Joe menyesal melepaskannya.

Bob pula seorang suami yang menganggur selepas syarikat tempat dia bekerja ditutup. Masalah itu bagaimanapun dirahsiakan daripada pengetahuan isterinya, Yem (Uyaina Arshad) yang merupakan seorang guru.

Rahsia Bob akhirnya terbongkar dan Yem terpaksa mengambil alih tanggungjawab untuk menyara keluarga. Namun sejauh manakah kesabaran Yem dapat bertahan?

Nik atau Nik Tan Abdullah pula seorang pakar motivasi berjaya yang bersikap penyayang dan cukup bergaya. Kehidupannya nampak sempurna bersama isteri, Fisha (Maria Farida), seorang jutawan kosmetik, walaupun turut mempunyai kesukaran tersendiri apabila dua anak tirinya tidak menyenangi kehadirannya sebagai suami kepada ibu mereka.

Nama Watak Dan Pelakon

Aiman Hakim Ridza sebagai Joe

Shiqin Kamal sebagai Hana

Uyaina Arshad sebagai Yem

Luqman Hafidz sebagai Bob

Steve Yap sebagai Nik

Maria Farida sebagai Fisha

Fizz Fairuz sebagai Qhadir

Amir Masdi sebagai Fir

Hariz Hamdan sebagai Abang Long

Ziela Jalil sebagai Mak Mer

Danish Iskandar sebagai Dhani

Zailin Aqeesha sebagai Andra

Faiz Shafie sebagai Hykal

Natasha Nazira sebagai Sarah

Edika Yusof sebagai Edika Yusof

Abd Manan sebagai Pak Ajai

ahli bapak bapak club sinopsis

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

   

Pelakon

Dibintangi Aiman Hakim Ridza, Shiqin Kamal, Uyaina Arshad, Luqman Hafidz, Maria Farida dan Steve Yap.

Lakonan bersama Hariz Hamdan, Amir Masdi, Fizz Fairuz, Zailin Aqeesha, Danish Iskandar, Edika Yusof, Ziela Jalil, Natasha Nazira, Faiz Shafie dan Abd Manan.

Baca: Biodata Aiman Hakim Ridza

Baca: Biodata Shiqin Kamal

Baca: Biodata Uyaina Arshad

Baca: Biodata Luqman Hafidz

Baca: Biodata Hariz Hamdan

Baca: Biodata Amir Masdi

Baca: Biodata Fizz Fairuz

ahli bapak bapak club episod

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Sebuah karya arahan Tam Suhaimi bersama produksi Global Station Sdn Bhd.

Lagu Tema (OST)

Kredit video: JEMSON - Pape Saje ft. Ag Coco (Official MV)

    

Tajuk : Pape Saje

Penyanyi : Jemson ft. AG Coco

Komposer : Najmi

Penulis lirik : Myo

pelakon ahli bapak bapak club

ahli bapak bapak club astro

Kredit foto: Instagram Astro Gempak & Instagram Fizz Fairuz

Waktu Siaran

Tayangan bermula 19 Mei 2021 pada setiap hari Rabu, jam 9:30 malam di saluran Astro Ria.

Juga terdapat di aplikasi dan laman sesawang Astro Go.

Kredit video: [TRAILER] AHLI BAPAK BAPAK CLUB

Sumber:

1. Astro Gempak

2. [TRAILER] AHLI BAPAK BAPAK CLUB




Hakcipta iluminasi.com (2017)