Oleh pada 06 Jan 2021 kategori

   

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

   

'The Maid' merupakan sebuah siri televisyen Malaysia 2021 bergenre komedi thriller arahan sutradara Helmi Yusof.

Memulakan tayangan perdana pada 6 Januari 2021, drama siaran saluran Astro Ria ini mengetengahkan barisan pelakon ternama seperti Norman Hakim, Mira Filzah, Sherry Al Hadad dan Nabil Aqil (Hero Remaja).

   

drama the maid

Kredit foto: Instagram Sherry Alhadad

   

Sinopsis

Di mata masyarakat, Jay (Norman Hakim), seorang penulis novel ternama, kelihatan sempurna dan bahagia bersama empat orang isterinya, sedang realitinya, keempat-empat isterinya saling membenci antara satu sama lain.

Hanya pembantu rumah mereka yang tahu hakikat sebenar kehidupan yang dilalui.

Begitupun konflik mula tercetus apabila isteri keempat Jay iaitu Elisa (Mira Filzah) ditemui mati ketika Jay dan isteri-isterinya mengadakan majlis makan malam.

Suspek pembunuhan terarah kepada ketiga-tiga isteri Jay yang masih tinggal.

Sebaik penyiasatan dijalankan, pelbagai rahsia dalam kalangan isteri-isterinya yang mula terbongkar.

Misteri bertambah rumit dengan kehadiran Citra sebagai pembantu rumah baharu.

Siapakah punca di sebalik kematian Elisa?

   

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod The Maid Musim 2 (Astro Ria)

sinopsis the maid

Kredit foto: Instagram Norman Hakim

   

Pelakon

Lakonan Norman Hakim, Mira Filzah, Ezzaty Abdullah, Eina Azman dan Sherry Al Hadad.

Juga termasuk Nabil Aqil, Isha Norsham, Siti Khadijah Halim, Fad Anuar, Nadya Syahera, Zarina Zainoordin, Andy Teh dan Ieda Moin.

   

Baca: Biodata Mira Filzah

Baca: Biodata Ezzaty Abdullah

Baca: Biodata Eina Azman

Baca: Biodata Sherry Al Hadad

Baca: Biodata Nabil Aqil

Baca: Biodata Siti Khadijah Halim

Baca: Biodata Fad Anuar

Baca: Biodata Nadya Syahera

Baca: Biodata Zarina Zainoordin

   

the maid drama melayu

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

  

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Menggunakan khidmat arahan Helmi Yusof di bawah syarikat produksi Juita Viden.

   

Lagu Tema (OST)

Tajuk: Lenggang Kemari

Penyanyi: Syafiq Naser

Komposer: AmzarSabri, Danye on the beat, Muariffah

Penulis lirik: AmzarSabri, Muariffah

    

the maid astro gempak

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

   

Waktu Siaran

Tayangan 10 episod pada setiap Rabu, jam 9.30 malam di saluran Astro Ria - mulai 6 Januari 2021.

   

Kredit video: Trailer Drama The Maid | Gempak Original Series

  

Sumber:

1. Kecoh! Norman Hakim Bila Beristeri 4 Dalam The Maid

2. Astro Gempak

   




Hakcipta iluminasi.com (2017)