Oleh pada 03 Nov 2021 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

Tikam merupakan sebuah siri televisyen Malaysia 2021 (bukan adaptasi novel) menampilkan senarai pelakon popular antaranya Fahrin Ahmad, Ben Amir, Intan Najuwa dan Yuna Rahim.

Drama ini akan menggantikan siaran siri 3 Gadis Manis Musim 3 menerusi tayangan episod 1 yang dijadualkan ke udara pada 3 November 2021 di saluran Astro Ria.

drama tikam

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

  

Sinopsis

Strategi, konspirasi dan fail merah... Siapakah di antara mereka adalah pembelot?

Kisah dunia korporat yang keparat penuh saspens dan plot twist mengenai sekumpulan pekerja pejabat melakukan kegiatan 'songlap' duit syarikat, demi mengaut wang yang lumayan.

Konflik tercetus apabila ada di kalangan mereka yang sanggup membelot! Adakah nyawa melayang kerana kecewa atau ada yang main tikam belakang?

    

tikam episod

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

  

Pelakon / Cast

Watak-watak ditampilkan oleh pelakon Fahrin Ahmad, Ben Amir, Intan Najuwa, Yuna Rahim, Jasmin Hamid, Michael Ang, Ellyas Abdullah dan Josiah Lim.

Baca: Biodata Ben Amir

Baca: Biodata Intan Najuwa

Baca: Biodata Yuna Rahim

Watak Pelakon

Fahrin Ahmad sebagai Shahrol

Ben Amir sebagai Nik Johan

Intan Najuwa sebagai Akma

Yuna Rahim sebagai Ika 

Jasmin Hamid sebagai Madam Joan

Michael Ang sebagai Mike

Ellyas Abdullah sebagai Sap

Josiah Lim sebagai Ed

sinopsis tikam

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

  

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Arahan kerjasama antara sutradara prolifik, Michael Ang bersama dengan Hadith Omar terbitan syarikat produksi Juita Viden Sdn Bhd.

    

Panel penulis skrip dibarisi oleh Sham Hashim, Akmal Nahar, Lemuel Ong dan Rehal Nuharis.

   

Lagu Tema (OST)

Kredit video: Killa Driz, LastKhalif - Berserah (Official Lyric Video) ft. A-Kid, Sabbala

Tajuk: Berserah

Penyanyi: Killa Driz, LastKhalif ft. A-Kid, Sabbala

Komposer & Penulis lirik: Killa Driz, A-Kid, Sabbala 

    

tikam astro ria

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

  

Waktu Siaran

Mula ditayangkan pada 3 November 2021, setiap hari Rabu, pukul 9.30 malam di saluran Astro Ria (CH 104) di bawah jenama Gempak Original Series.

Kesemua lapan episod penuh juga boleh ditonton secara online di portal hiburan Gempak dan aplikasi Astro Go, juga platform On Demand.

Untuk lebih info dan sinopsis drama-drama melayu terkini, klik >> Iluminasi Kategori Drama

Kredit video: TIKAM OFFICIAL TRAILER | Gempak Original Series

Sumber:

1. TIKAM OFFICIAL TRAILER | Gempak Original Series

2. Astro Gempak

3. Fahrin Ahmad, Ben Amir & Intan Najuwa, Kawan Tikam Kawan?

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)