Oleh pada 06 Dec 2021 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

'I Promise Janji Anaqi' yang merupakan sebuah drama adaptasi novel karya Acik Lana adalah sebuah siri televisyen Malaysia 2021 diterajui oleh gandingan pelakon Sharnaaz Ahmad dan Emma Maembong.

Ia bakal mengisi slot pukul 11 malam dan menggantikan siri Sihir di saluran Astro Ria mulai 6 Disember 2021.

novel i promise janji anaqi

Kredit foto: Instagram Bambam Studios

Sinopsis

Sejak mendirikan rumah tangga pada usia 19 tahun, Hayla (Emma Maembong) telah menjadi mangsa buli suaminya, Zafran (Talha Harith) yang gila kuasa dan keras menjunjung ego rentetan jurang usia antara mereka yang ketara.

Kerana tidak tahan dengan sepak terajang, Hayla nekad melarikan diri sebelum mengalami beberapa siri pertemuan dengan seorang jejaka yang 'tidak berperasaan'.

Terkejut Hayla bila mendapat tahu lelaki itu sebenarnya adalah 'tuan' yang mentadbir rumah agam tempat baru dia menumpang teduh.

Tetapi Anaqi (Sharnaaz Ahmad) bukanlah sembarangan orang, dia telah dilatih untuk menjadi lelaki yang hebat dan perkasa dalam menghadapi dunia.

Hanya selepas satu kemalangan yang tragis, kemasyhuran yang dibinanya selama ini hancur lalu meranapkan segala keyakinan yang ada.

Dia kini hanya bernafas untuk meneruskan hidup.

Cinta Hayla baginya tidak layak untuk disambut kerana lelaki sepertinya bukanlah lelaki yang baik, malah hubungan mereka akan menjadi ruang untuk musuh-musuhnya menghancurkan kebahagiaan yang dicipta.

Perjalanan cinta mereka tidaklah semudah seperti melafazkan sebuah janji.

drama i promise janji anaqi

Kredit foto: Instagram Bambam Studios

Pelakon / Cast

Gandingan Sharnaaz Ahmad dan Emma Maembong yang juga turut dibantu oleh barisan para pelakon terkenal seperti Talha Harith, Alicia Amin, Dayana Roza, Ellyas Abdullah, Ikhwan Khairudin, Ferqisha dan Isaac Iman.

Baca: Biodata Sharnaaz Ahmad

Baca: Biodata Emma Maembong

Baca: Biodata Talha Harith

Baca: Biodata Alicia Amin

Baca: Biodata Dayana Roza

Watak Pelakon

Sharnaaz Ahmad sebagai Anaqi

Emma Maembong sebagai Hayla

Talha Harith sebagai Zafran

Dayana Roza sebagai Aisyah

i promise janji anaqi episod

Kredit foto: Instagram Emma Maembong

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Daripada penerbit Michael Ang, siri ini mendapat sentuhan Hadith Omar selaku sutradara.

Sebuah naskhah nukilan penulis skrip Nazri M Annuar dan Amar Amir yang diterbitkan oleh syarikat produksi Juita Viden Sdn Bhd.

Lagu Tema (OST)

Tajuk: Janji Sampai Mati

Penyanyi: Hasif Upin

sinopsis i promise janji anaqi

Kredit foto: Instagram Hadith Omar

Waktu Siaran

Menemui peminat drama melayu pada setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 11 malam mulai 6 Disember 2021 - eksklusif di Astro Ria (saluran 104).

Juga dimuatkan secara online di aplikasi Astro Go dan On Demand untuk pilihan alternatif.

Untuk lebih info dan sinopsis drama-drama melayu terkini, klik >> Iluminasi Kategori Drama

Kredit video: Episod Penuh - I Promise Janji Anaqi Episod 1

Sumber:

1. Astro Gempak

2. Novel I Promise Janji Anaqi




Hakcipta iluminasi.com (2017)