Biodata

1. Pemilik nama penuh Sherin Amiri binti Karim Amiri. Mahu dikenali sebagai Sherin Amiri.

2. Lahir pada 16 Februari 1995. Berusia 24 tahun (2019).

3. Berasal dari Selangor.

4. Berdarah campuran Rusia dan Iran.

5. Anak pertama daripada empat adik-beradik.

6. Berketinggian 160 sentimeter dan mempunyai berat badan 52 kilogram.

7. Laman Instagramnya, @sherinamiri.

8. Pernah bekerja sebagai pramugari syarikat penerbangan antarabangsa, Singapore Airlines. Berhenti daripada pekerjaan itu kerana ingin menumpukan perhatian terhadap pelajaran.

9. Sedang mengikuti pengajian dalam jurusan Komunikasi di peringkat Sarjana Muda.

10. Seorang gadis yang aktif. Suka bermain papan luncur, kickboxing, Muay Thai dan beberapa lagi aktiviti yang rata-ratanya diminati kaum lelaki. 

11. Mengambil tahu perkembangan pelbagai jenis sukan.

12. Ingin menginspirasikan orang ramai supaya mencuba pelbagai aktiviti menarik dalam hidup.

13. Memiliki wajah yang eksotik. Namun percaya kecantikan sebenar datang daripada dalaman, bukannya fizikal.

14. Suka menonton filem seram.

15. Takut dengan kegelapan. Beliau akan pastikan biliknya terang sewaktu tidur.

16. Segelintir netizen merasakan beliau lebih layak memegang takhta juara Dewi Remaja 2018/2019 berbanding Haneesya Hanee kerana jawapan dan persembahannya pada malam akhir program itu. Namun dirinya tetap bersyukur dan menganggap gelaran juara sudah menjadi rezeki Haneesya. Begitupun Haneesya yang juga pelakon itu terpaksa akur apabila kemenangannya dilucutkan rentetan video kontroversi yang tersebar sehari selepas siaran episod akhir program berkenaan. Dalam pada itu, pemenang lain masih dikekalkan pada kedudukan masing-masing.

Foto

biodata sherin amiri pemenang ketiga dewi remaja 20182019 2

biodata sherin amiri pemenang ketiga dewi remaja 20182019 3

biodata sherin amiri pemenang ketiga dewi remaja 20182019 4

biodata sherin amiri pemenang ketiga dewi remaja 20182019 5

biodata sherin amiri pemenang ketiga dewi remaja 20182019 6

Video

Kredit:

1. Dewi Remaja

2. Astro Gempak

3. Mstar

4. Instagram Sherin Amiri




Hakcipta iluminasi.com (2017)