Oleh pada 04 May 2023 kategori

Kredit foto: Instagram @alternate.my_

   

Big Stage, platform untuk bakat-bakat muda 'BBNU' (Budak Baru Nak Up) mempamerkan bakat mereka, kembali lagi dengan edisi kelima.

Pertandingan kali ini akan sekali lagi dihangatkan dengan persaingan hebat para pesertanya yang memiliki kekuatan vokal yang luar biasa.

Pelbagai perubahan bakal dilakukan, termasuklah barisan juri, pengacara dan pemilihan peserta.

Musim ini bukan sekadar menampilkan bakat nyanyian barisan bintang, malah juga kepelbagaian latar belakang karier seni mereka. Tujuannya adalah untuk membangkitkan persaingan yang lebih sengit di atas pentas, apatah lagi dengan suntikan elemen dan genre yang baharu.

     

big stage 2023 990

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

    

Musim kelima Big Stage bakal menghuni pentas utama dengan siaran sulung pada 7 Mei 2023, setiap hari Ahad, secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam.

Sebelum ini, Big Stage telah memahkotakan empat juara, iaitu Sarah Suhairi (2018), Hanbyul (2019), Azzam Sham (2020) dan Elica Paujin (2022).

    

konsert big stage 2023 minggu

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

    

Konsep

Big Stage adalah sebuah program pertandingan nyanyian yang memberi peluang kepada bakat-bakat muda dan baharu, atau lebih dikenali sebagai 'BBNU', untuk bersaing di atas pentas yang lebih kompetitif.

Rancangan realiti ini terkenal kerana menampilkan penyanyi muda yang berbakat dan berpengaruh di media sosial, termasuk dalam industri muzik.

Penyanyi-penyanyi yang dahulunya lebih dikenali di platform digital, kini berpeluang untuk menonjolkan bakat mereka di pentas realiti TV, dengan menyanyi secara langsung di hadapan juri.

    

Peserta

Peserta-peserta Big Stage 5 adalah antara bintang muda yang berbakat dan semakin popular. Mereka telah berjaya menarik perhatian ramai dengan kebolehan dan pencapaian mereka.

Sebanyak 13 peserta Big Stage 5 ini terdiri daripada 10 penyanyi Malaysia dan tiga penyanyi antarabangsa dari Indonesia, Singapura dan Korea Selatan.

Ini juga merupakan edisi sulung yang membuka peluang kepada peserta berkumpulan dan duo untuk bersaing. Ia sekaligus akan memberi lebih ruang kreativiti dan versatiliti kepada mereka dalam setiap persembahan, untuk merebut takhta juara.

13 peserta Big Stage 5 telah diperkenalkan, iaitu Naufal Azrin, Meer Nash, Nadeera Zaini, Isaac Voo, Firdaus Rahmat, Puteri Khareeza, Putera Muhammad, Aufahanie, HoonDoo (duo/Korea), Waode (Indonesia), Farhan Shah (Singapura), Dem Lepak Boyz (duo) dan COEX, sebuah kumpulan M-pop wanita yang terdiri daripada Mikaela Qistina, Amy Loh, Dalini, Eyqa Shahidan dan Elysha Khan.

    

Baca: Biodata Penyanyi Nadeera Zaini, Peserta Big Stage 2023 (Musim 5)

Baca: Biodata Penyanyi Putera Muhammad, Peserta Big Stage 2023 (Musim 5)

Baca: Biodata Penyanyi Naufal Azrin, Peserta Big Stage 2023 (Musim 5)

Baca: Biodata Penyanyi Firdaus Rahmat, Peserta Big Stage 2023 (Musim 5)

Baca: Biodata Penyanyi Puteri Khareeza, Peserta Big Stage 2023 (Musim 5)

Baca: Biodata Penyanyi Meer Nash, Peserta Big Stage 2023 (Musim 5)

Baca: Biodata Penyanyi Aufahanie, Peserta Big Stage 2023 (Musim 5)

Baca: Biodata Penyanyi Isaac Voo, Peserta Big Stage 2023 (Musim 5)

Baca: Biodata Penyanyi Kumpulan Coex, Peserta Big Stage 2023 (Musim 5)    

Baca: Biodata Penyanyi Kumpulan Dem Lepak Boyz, Peserta Big Stage 2023 (Musim 5)

Baca: Biodata Penyanyi Waode (Indonesia), Peserta Big Stage 2023 (Musim 5)

Baca: Biodata Penyanyi Farhan Shah (Singapura), Peserta Big Stage 2023 (Musim 5)

Baca: Biodata Penyanyi HoonDoo (Korea Selatan), Peserta Big Stage 2023 (Musim 5)

        

peserta big stage 2023 402

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

      

Juri

Barisan panel juri atau pengkritik musim ini telah dirombak dengan kehadiran Aina Abdul, seorang penyanyi ikon yang telah memberikan inspirasi kepada bintang-bintang muda. Selain itu, komposer berpengalaman Ajai, dikekalkan sebagai juri yang diumumkan semasa konsert minggu pertama untuk melengkapkan panel juri tetap.

    

Format Penjurian

Big Stage 5 masih menggunakan format penjurian yang sama seperti sebelumnya, iaitu dibahagikan kepada dua peringkat. Pada peringkat pertama, persembahan mereka akan dinilai sepenuhnya oleh panel juri yang akan memberikan markah secara langsung melalui skrin LED, untuk tatapan umum.

Bagi peserta yang berada di tangga tiga terendah dalam markah, mereka akan menghadap proses penjurian kedua yang melibatkan undian online oleh peminat melalui laman web www.gempak.com/bigstage dan aplikasi SYOK, setelah konsert di penghujung.

Peserta yang mendapat undian paling rendah akan tersingkir pada minggu tersebut. Namun, barisan juri akan diberi ruang untuk memberikan pandangan mereka mengenai peserta yang tersingkir dalam segmen eksklusif selepas konsert utama.

     

peserta big stage 311

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

     

Hadiah

Peserta yang dinobatkan sebagai Juara Big Stage 5 akan membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM100,000 serta trofi sumbangan Astro sebagai penghargaan. Manakala tempat kedua dan ketiga pula akan mendapat hadiah wang tunai RM30,000 dan RM25,000 masing-masing serta trofi. Hadiah wang tunai RM15,000, RM5,000 dan RM5,000 berserta trofi akan diberikan kepada finalis yang mendapat tempat keempat, kelima dan keenam.

    

Lagu Tema

Edisi terbaru Big Stage 5 menampilkan sebuah lagu tema rancangan yang diterbitkan oleh PERSATUAN dan digubah oleh Shazee Ishak serta Audi Mok daripada Replay Music Sdn Bhd. Lagu ini menggunakan genre pop dan futuristik serta akan dinyanyikan oleh semua bintang Big Stage 5.

    

Penaja

Big Stage 5 dipersembahkan dengan sokongan daripada Wawa Cosmetics sebagai Penaja Utama, bersama kerjasama daripada Adabi.

   

Rakan Digital Dan Radio Rasmi

Edisi kelima ini turut dianjurkan melalui usaha sama dengan Rakan Digital Rasmi, Gempak dan ERA sebagai Rakan Radio Rasmi.

    

Tempoh Siaran

Rancangan ini akan mengambil slot siaran selama 10 minggu berturut-turut menerusi konsert mingguannya yang akan bersiaran secara langsung pada setiap hujung minggu.

    

Pengacara

Untuk mengacarakan rancangan ini di pentas utama, Elly Mazlein atau lebih dikenali sebagai Kak Lina Pom Pom menjadi hos baharu pada musim ini dan bergandingan dengan pelawak Indonesia, Rina Nose yang telah diumumkan pada konsert sulung.

    

Baca: Biodata Rina Nose, Pengacara Big Stage 2023 (Musim 5)

     

Waktu Siaran

Penyiaran Big Stage 5 bermula pada 7 Mei 2023, setiap hari Ahad pukul 9 malam, secara eksklusif di saluran 104, Astro Ria. Bagi penonton yang ingin menyaksikan secara online, kandungan ini dibawakan secara On Demand melalui platform Astro Box dan aplikasi Astro Go.

Program Buzz Big Stage akan mengisi slot selama 30 minit sejurus konsert utama setiap minggu, yang akan membawa kandungan eksklusif post-live show bersama barisan panel juri. Mereka akan berbincang dan memberikan pendapat tentang penyingkiran peserta.

Program Studio Big Stage selama 30 minit akan menyajikan kompilasi sorotan cabaran dan persediaan para peserta menjelang konsert mingguan. Program ini akan disiarkan setiap hari Sabtu pada jam 9 malam.

Setiap Jumaat, jam 9 malam pula, program Backstage Big Stage akan memaparkan klip-klip belakang tabir setiap persembahan mingguan. Aisha Retno, salah seorang finalis Big Stage musim keempat akan menjadi hos untuk kedua-dua program ini.

Menghadapi rancangan Big Stage musim kelima yang semakin hampir, program khas sempena Syawal pada 29 April dan 30 April ini bakal menemani penonton dengan menampilkan barisan peserta Big Stage 5 secara eksklusif di kaca TV anda.

Rancangan ini dinamakan sebagai Big Stage Bootcamp yang akan memaparkan sesi latihan intensif peserta sebelum mereka tampil di pentas konsert Big Stage. Rancangan ini diadakan di sebuah rumah bergelar The Big House, di mana para peserta akan menghadapi pelbagai latihan dan cabaran yang tidak hanya berkaitan dengan pertandingan Big Stage, tetapi juga mempersiapkan mereka untuk menghadapi dunia hiburan yang sebenar. Sesi latihan ini akan memperlihatkan personaliti unik peserta kepada penonton dan akan disiarkan pada jam 1 petang.

     

Baca: Akademi Fantasia (AF) Kembali Di Tahun 2023?

      




Hakcipta iluminasi.com (2017)