Oleh pada 29 May 2023 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

     

Pertembungan antara 11 penyanyi muda berbakat yang diberi gelaran 'Budak Baru Nak Up' (BBNU) memanaskan pentas konsert keempat Big Stage musim kelima yang baru saja berlangsung.

Bertemakan 'Hari Jiwa Galau', peserta diuji dengan cabaran membawakan lagu-lagu yang mempunyai melodi dan lirik yang mengusik jiwa.

Penyanyi Indonesia, Waode mendominasi persaingan dengan mencapai markah 91.67% melalui penyampaian lagu Hurt yang dipopularkan oleh Christina Aguilera.

Sementara itu, Meer Nash yang membawakan lagu Rapuh nyanyian asal Nastia, terpaksa menguburkan impian untuk terus beraksi dalam konsert seterusnya setelah diumumkan sebagai peserta dengan undian terendah, di kalangan dua bintang lain dalam kedudukan 'bottom three', iaitu Firdaus Rahmat dan Farhan Shah, seperti yang diputuskan oleh juri profesional.

Berikut adalah kedudukan dan markah peserta berdasarkan pemarkahan juri.

     

big stage 2023 374

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

      

Carta Kedudukan Dan Markah Peserta Konsert Big Stage 2023 (Musim 5) Minggu Keempat

1. Waode (Hurt) - 91.67%

2. HoonDoo (Tak Ingin Usai) - 91.33%

3. Putera Muhammad (Kini) - 82.33%

4. Nadeera Zaini (Bunga Bunga Cinta) - 82.00%

5. Puteri Khareeza (Saat Hilang Cintamu) - 52.67%

6. Dem Lepak Boyz (Hingga Tua Bersama) - 51.00%

7. Aufahanie (Sisa Rasa) - 50.67%

8. Coex (Pulang) - 49.33%

9. Firdaus Rahmat (Galau) - 46.33%

10. Meer Nash (Rapuh) - 45.33%

11. Farhan Shah (Di Pintu Syurga) - 42.67%

     

Tersingkir - Meer Nash

     

Baca: Keputusan Markah Peserta Konsert Big Stage 2023 Minggu 5 (Musim 5)

Baca: Senarai Lagu Tugasan Peserta Konsert Big Stage 2023 Minggu 5 (Musim 5)

Baca: Cara Undi Peserta Big Stage 2023 (Konsert Mingguan Dan Akhir)

Baca: Biodata Rina Nose, Pengacara Big Stage 2023 (Musim 5)

     

Pada masa yang sama, Waode diumumkan sebagai penerima Anugerah Dominasi Persembahan Terbaik, dipilih oleh juri profesional. Beliau diberikan hadiah wang tunai bernilai RM3000. Manakala Anugerah Persembahan Paling Pa-Wa, ditentukan melalui undian penonton, diberikan kepada Dem Lepak Boyz. Pengiktirafan ini dibawakan oleh WAWA Kosmetik dengan hadiah wang tunai bernilai RM1000.

Kini tinggal 10 peserta yang akan melanjutkan perjuangan mereka untuk merebut tempat ke pusingan seterusnya. Bersama Waode, bintang-bintang yang masih berada dalam pertandingan ini ialah Putera Muhammad, Nadeera Zaini, Aufahanie, Firdaus Rahmat, Puteri Khareeza, HoonDoo (Korea Selatan), Farhan Shah (Singapura), Dem Lepak Boyz (duo) dan kumpulan COEX.

Konsert keempat Big Stage 2023 menyaksikan penampilan juri tetap, Aina Abdul dan Ajai, bersama juri undangan, Datuk Syafinaz Selamat. Acara ini dikendalikan oleh pasangan pengacara yang serasi, Elly Mazlein (Kak Lina Pom Pom) dan Rina Nose.

Manakala, pencipta konten Ceddy Ang mengambil tempat sebagai 'Presiden Netizen' yang bertindak mengemukakan komen-komen dari netizen melalui laman Twitter.

Untuk perincian mengenai format penjurian, hadiah dan butiran penuh rancangan Big Stage Musim 5, rujuk artikel: Info Penuh Program Big Stage Musim 5 (2023)

Siaran program ini tersedia di saluran TV Astro Ria (saluran 104) pada setiap hari Ahad, pukul 9 malam, secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam. Selain itu, terdapat juga penstriman dalam talian yang boleh diakses melalui Astro Box dan aplikasi Astro GO, memberikan penonton pilihan yang lebih fleksibel.

     

Kredit video: BIG STAGE 2023 LIVE + MINGGU 4

     




Hakcipta iluminasi.com (2017)