Oleh pada 15 May 2023 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

    

Melangkah ke minggu ketiga, peserta-peserta program realiti Big Stage 2023 akan terus bertarung gigih untuk merebut tempat mereka di peringkat seterusnya.

Kali ini, konsert akan menghadirkan 12 penyanyi yang masih bertahan, iaitu Putera Muhammad, Nadeera Zaini, Firdaus Rahmat, Naufal Azrin, Aufahanie, Puteri Khareeza, Meer Nash, HoonDoo (duo Korea Selatan), Waode (Indonesia), Farhan Shah (Singapura), Dem Lepak Boyz (duo) dan kumpulan COEX.

Minggu ini, peserta-peserta akan berentap dalam tema 'Asmaraloka' di mana mereka dikehendaki untuk membawakan lagu-lagu yang mengangkat tema cinta.

Di bawah ini adalah senarai lagu tugasan yang perlu dipersembahkan pada konsert ketiga.

     

big stage 777

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

     

Senarai Lagu Peserta Konsert Big Stage 2023 (Musim 5) Minggu Ketiga

1. Waode - Sang Dewi (Lyodra & Andi Rianto)

2. Putera Muhammad - True Love (Dhany Katahati)

3. Nadeera Zaini - Rahmatun Lil'Alameen (Maher Zain)

4. Aufahanie - Anugerah Terindah (Alif Satar & The Locos)

5. Meer Nash - Hari Ini (Hael Husaini)

6. Naufal Azrin - Only (Lee Hi)

7. Puteri Khareeza - Satu (Dewa)

8. HoonDoo - Can't Help Falling In Love (Elvis Presley)

9. Coex - Touch (Little Mix)

10. Firdaus Rahmat - Diari Seorang Lelaki (Pretty Ugly)

11. Farhan Shah - Dari Mata (Jaz)

12. Dem Lepak Boyz - Inikah Cinta (ME)

     

Baca: Senarai Lagu Tugasan Peserta Konsert Big Stage 2023 Minggu 4 (Musim 5)

Baca: Keputusan Markah Peserta Konsert Big Stage 2023 Minggu 2 (Musim 5)

Baca: Cara Undi Peserta Big Stage 2023 (Konsert Mingguan Dan Akhir)

Baca: Biodata Rina Nose, Pengacara Big Stage 2023 (Musim 5)

Baca: Senarai Lagu Tugasan Peserta Konsert Big Stage 2023 Minggu 1 (Musim 5)      

Program yang disiarkan dengan pengemudi rancangan Elly Mazlein (Kak Lina Pom Pom) dan Rina Nose itu memberikan tanggungjawab penilaian kepada juri profesional yang terdiri daripada juri tetap, Aina Abdul dan Ajai, serta seorang juri jemputan setiap minggu.

Peranan 'Presiden Netizen' diamanahkan kepada selebriti undangan, yang akan membacakan komen-komen daripada netizen yang dikirim di laman Twitter.

Untuk butiran lengkap mengenai format penjurian, hadiah dan butiran penuh rancangan Big Stage Musim 5, rujuk artikel: Info Penuh Program Big Stage Musim 5 (2023)

Big Stage Musim 5 ditayangkan secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam, setiap hari Ahad pukul 9 malam di saluran Astro Ria (saluran 104).

Penonton yang ingin mengikuti secara dalam talian boleh memanfaatkan platform On Demand di Astro Box atau aplikasi Astro Go.

      

Kredit video: BIG STAGE 2023 LIVE + MINGGU 2

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)