Kredit foto: Instagram Meer Nash & Facebook Meer Nash

Siapa Meer Nash? Pemilik nama sebenar Muhamad Shahmeer Mohd Nashrul ini merupakan penyanyi lelaki Malaysia yang melonjak naik selepas bertanding di rancangan realiti, I Can See Your Voice Malaysia (ICSYVMY) musim ketiga.

   

Biodata / Profile / Latar Belakang

1. Nama penuhnya, Muhamad Shahmeer Mohd Nashrul.

2. Menggunakan nama pentas, Meer Nash.

3. Berumur 26 tahun (2021).

4. Kelahiran negeri Pulau Pinang pada 20 November 1995.

5. Berketinggian 174 sentimeter (cm).

6. Berdarah kacukan Melayu dan Cina.

7. Beragama Islam.

8. Anak kedua daripada tiga orang adik beradik.

9. Bekas penuntut jurusan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan daripada Universiti Teknologi Mara (UiTM), Puncak Alam.

10. Namanya meledak selepas penyertaan dalam program realiti, I Can See Your Voice Malaysia (ICSYVMY) musim ketiga pada 2020.

11. Antara lagu yang mempopularkan namanya termasuk Jauh dan Saranghae.

12. Pemilik akaun Instagram (IG) dengan nama @meernash yang mempunyai lebih 120,000 pengikut.

Fakta Menarik

1. Mendapat jolokan 'Oppa Malay'.

2. Fasih berbahasa Hokkien dan Mandarin.

3. Mula berkomunikasi dalam bahasa Mandarin dari tahun satu berikutan menuntut di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC).

4. Raut wajahnya disamakan dengan anggota kumpulan BTS, Jimin. Meer yang menafikannya, bagaimanapun mendedahkan mereka berketinggian dan berkongsi usia yang sama!

5. Antara lain, beliau juga dikatakan iras Lucas NCT dan Kai EXO.

6. Pernah menganggotai kumpulan Votez yang popular menerusi lagu 'Mana Dulu' selama dua tahun, sebelum bergerak solo.

7. Gemar memasak.

8. Menyukai genre muzik K-pop kerana menganggap melodinya unik, segar dan tersendiri.

9. Single terbaharunya, 'Saranghae' merupakan percubaan sulungnya sebagai komposer dan penulis lirik.

10. Merakamkan 'Saranghae' dua kali kerana hasil rakaman pertama yang dirasakan kurang memuaskan.

11. Meminati kumpulan Dolla dan penyanyi Kpop, Henry, serta menyimpan hasrat untuk berkolaborasi dengan mereka suatu hari nanti.

12. Pernah merangkul kemenangan tempat kedua peringkat global, sewaktu berentap di Pertandingan The 16th World Chinese Bridge Chinese Proficiency Competition for Foreign College Students yang berlangsung di Changsha, China selama sebulan pada 2017.

13. Kejayaannya itu mendapat perhatian Datuk Seri Najib Razak yang merupakan Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu, menerusi ucapan tahniah dilayangkan di laman Twitter.

      

Baca: Akademi Fantasia (AF) Kembali Di Tahun 2023?

      

Baca: Biodata Penyanyi Nadeera Zaini, Peserta Big Stage 2023 (Musim 5)

Baca: Biodata Penyanyi Aufahanie, Peserta Big Stage 2023 (Musim 5)

Baca: Biodata Penyanyi Naufal Azrin, Peserta Big Stage 2023 (Musim 5)

Baca: Biodata Penyanyi Puteri Khareeza, Peserta Big Stage 2023 (Musim 5)

Baca: Biodata Penyanyi Putera Muhammad, Peserta Big Stage 2023 (Musim 5)

Baca: Biodata Penyanyi Firdaus Rahmat, Peserta Big Stage 2023 (Musim 5)

Baca: Biodata Penyanyi Isaac Voo, Peserta Big Stage 2023 (Musim 5)

Baca: Biodata Penyanyi Kumpulan Coex, Peserta Big Stage 2023 (Musim 5)

Baca: Biodata Penyanyi Kumpulan Dem Lepak Boyz, Peserta Big Stage 2023 (Musim 5)

Baca: Biodata Penyanyi Waode (Indonesia), Peserta Big Stage 2023 (Musim 5)

Baca: Biodata Penyanyi Farhan Shah (Singapura), Peserta Big Stage 2023 (Musim 5)

Baca: Biodata Penyanyi HoonDoo (Korea Selatan), Peserta Big Stage 2023 (Musim 5)

       

Baca: Biodata Rina Nose, Pengacara Big Stage 2023 (Musim 5)

      

Maklumat mengenai format penjurian, hadiah dan butiran penuh rancangan Big Stage Musim 5, rujuk artikel: Info Penuh Program Big Stage Musim 5 (2023)

      

Gambar

meer nash birthday

meer nash facebook

meer nash jauh

meer nash

meer nash ig

meer nash wikipedia

meer nash parents

meer nash i can see your voice

saranghae   

Kredit foto: Instagram Meer Nash & Facebook Meer Nash

Video

Kredit video: Penyanyi Sebenar Atau Penyamar - Muhamad Shahmeer | #ICSYVMY

Sumber:

1. Salam perkenalan daripada Meer

2. Mahu sertai program realiti nyanyian di China

3. Penuntut UiTM raih tempat kedua di China

4. Penyanyi Meer Nash, Nombor 2 Hebat Dunia

5. Melayu terbaik Cina

6. “Bukan Jimin BTS saja... ada yang cakap iras Lucas NCT dan Kai EXO” - ‘Oppa’ Malaysia, Meernash tak gentar diserang peminat K-pop, pasang impian kerjasama dengan ‘idol’

7. 'Meer Nash sama macam Jimin BTS? Taklah!'

8. 'Oppa Malay' sedia dikecam

9. ‘Oppa Malay’ Meer Nash Buka Cerita Sebalik Lagu Baru – “Terima Banyak Demo, Semua Okay Tapi Tak Kena Jiwa. Saya Nak Ala-Ala Kpop Sebab…”

10. Memang sasarkan peminat K-pop – Meer Nash




Hakcipta iluminasi.com (2017)