Kredit foto: Instagram Rina Nose
Siapa Rina Nose? Rina Nose merupakan seorang pengacara, pelawak, pelakon dan penyanyi wanita Indonesia yang kini adalah hos gandingan bersama Elly Mazlein dalam program realiti, Big Stage musim kelima.
Biodata
Nama sebenar: Nurina Permata Putri
Nama komersial: Rina Nose
Umur: 39 tahun (2023)
Tarikh lahir: 16 Januari 1984
Tempat lahir / Asal: Bandung, Jawa Barat, Indonesia
Keluarga: Abi Krisna (adik beradik)
Pendidikan: STSI Bandung angkatan 2002, SMA Pasundan 2 Bandung
Kerjaya: Pelakon, Pengacara, Pelawak, Penyanyi
Instagram (IG): @rinanose16
Latar Belakang
1. Rina memulakan kerjaya seninya dengan menyertai kumpulan Jurnal dalam Audisi Pelawak TPI (API) sesi 3, satu program mencari bakat yang memberi tumpuan kepada bintang-bintang baru dalam lapangan komedi.
2. Setelah tamatnya program tersebut, Rina menerima pelbagai tawaran untuk menghiasi rancangan televisyen dan lebih kerap membuat penampilan solo.
3. Beliau juga mengikuti Superstar Show 2007 bersama Ki Daus, di mana bakatnya dalam nyanyian telah ditonjolkan.
Namun sebenarnya, Rina sudah mempunyai status sebagai penyanyi sebelum menyertai API lagi. Minatnya dalam bidang nyanyian bermula sejak kecil.
4. Pada era 2000-an, Rina pernah mencuba nasibnya dalam ujibakat rancangan realiti Indonesian Idol dan Akademi Fantasi, tetapi percubaannya pada waktu itu tidak berjaya. Namun, setelah berduet bersama Ki Daus, peluang terbuka baginya untuk memulakan langkah dalam arena hiburan.
5. Beliau pernah membintangi filem Sehidup (Tak) Semati pada tahun 2010 dan Rumah Kentang (2012). Selain itu, beliau juga telah merekod beberapa lagu popular termasuk Maju Mundur Cantik, Ayank Mbeb, Cinta Kita, I Swear I Love You dan Move On.
6. Pada 12 Disember 2012, Rina mengakhiri zaman solonya dengan pasangan yang dipilih, Ridwan Feberani Anwar di Bali. Walau bagaimanapun, perkahwinan mereka tidak berjaya bertahan lama dan berakhir dengan perceraian pada tahun berikut, iaitu 2013. Kemudian, pada 22 Oktober 2019, Rina membina rumah tangga untuk kali kedua dengan Josscy Aartsen di Belanda.
Fakta Menarik
1. Memiliki ketinggian 1.65 meter.
2. Telah terlibat dalam dunia seni hiburan sejak tahun 2005.
3. Mempunyai jumlah pengikut sebanyak 27.7 juta di laman Instagram.
4. Meraih trofi kategori Komedian Wanita Terpilih di Anugerah Komedi Indonesia dan Komedian Wanita Terfavorit di Anugerah Komedi Indonesia.
Baca: Info Penuh Program Big Stage 2023 (Musim 5)
Baca: Akademi Fantasia (AF) Kembali Di Tahun 2023?
Baca: Biodata Penyanyi Nadeera Zaini, Peserta Big Stage 2023 (Musim 5)
Baca: Biodata Penyanyi Waode (Indonesia), Peserta Big Stage 2023 (Musim 5)
Baca: Biodata Penyanyi Farhan Shah (Singapura), Peserta Big Stage 2023 (Musim 5)
Baca: Biodata Penyanyi HoonDoo (Korea Selatan), Peserta Big Stage 2023 (Musim 5)
Baca: Biodata Penyanyi Kumpulan Dem Lepak Boyz, Peserta Big Stage 2023 (Musim 5)
Baca: Biodata Penyanyi Aufahanie, Peserta Big Stage 2023 (Musim 5)
Baca: Biodata Penyanyi Firdaus Rahmat, Peserta Big Stage 2023 (Musim 5)
Baca: Biodata Penyanyi Putera Muhammad, Peserta Big Stage 2023 (Musim 5)
Baca: Biodata Penyanyi Puteri Khareeza, Peserta Big Stage 2023 (Musim 5)
Baca: Biodata Penyanyi Naufal Azrin, Peserta Big Stage 2023 (Musim 5)
Baca: Biodata Penyanyi Meer Nash, Peserta Big Stage 2023 (Musim 5)
Baca: Biodata Penyanyi Isaac Voo, Peserta Big Stage 2023 (Musim 5)
Baca: Biodata Penyanyi Kumpulan Coex, Peserta Big Stage 2023 (Musim 5)
Gambar
Kredit foto: Instagram Rina Nose
Video
Kredit video: KUMPULAN RINA NOSE IMPERSONATE 25 ARTIS INDONESIA DAN BARAT
Sumber:
1. #BIGSTAGE5 : “Rina Dan Lina Nombor Syatu!!!" - Rina Nose Hos Bersama Kak Lina Pom Pom