Kredit foto: Instagram Nadeera Zaini , Facebook Nadeera Zaini

    

Siapa Nadeera Zaini? Farah Nadeera Zaini merupakan salah seorang daripada 14 peserta dalam rancangan realiti, Big Stage Musim 5. Nadeera, seorang penyanyi ini, akan bersaing dalam pertandingan nyanyian edisi 2023 itu bersama-sama dengan beberapa bintang 'BBNU' (Budak Baru Nak Up) lain seperti Naufal Azrin, Puteri Khareeza, Meer Nash, Firdaus Rahmat, Isaac Voo, Aufahanie, Putera Muhammad, Dem Lepak Boyz (duo) dan Coex (Kumpulan).

Empat peserta lagi yang mewakili negara Korea Selatan, Indonesia, Singapura dan Brunei Darussalam masih dirahsiakan pada masa ini.

Big Stage musim 5 dijadualkan untuk bersiaran pada 7 Mei 2023, setiap hari Ahad pada pukul 9 malam di Astro Ria dan Astro Go.

      

Biodata

Nama sebenar: Farah Nadeera binti Zaini

Nama komersial: Nadeera Zaini, Nadeera

Umur: 30 tahun (2023)

Tarikh lahir: 18 September 1993

Tempat lahir / Asal: Mersing, Johor, Malaysia

Keluarga: Zaini Muda (bapa)

Pendidikan: Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Mersing, Johor

Kerjaya: Penyanyi

Instagram (IG): @nadeerazaini

   

Latar Belakang

1. Bakat penyanyi ini telah diperlihatkan pada usia 19 tahun melalui penyertaannya dalam pertandingan nyanyian Vokal Bukan Sekadar Rupa Musim 2 pada tahun 2012. Walaupun demikian, dia hanya berjaya melangkah sehingga peringkat separuh akhir. Begitu juga dalam pertandingan Mentor Legend yang disertai pada tahun 2014 sebagai anak didik penyanyi Zainal Abidin, dia hanya berjaya melepasi setakat peringkat separuh akhir.

2. Meskipun begitu, penglibatannya dalam program realiti Lagu Cinta Kita Musim 2 (2020/2021) bersama pasangan duet, Khareez atau nama sebenarnya, Khareez Kasbulah, telah menghasilkan kemenangan apabila mereka berjaya menjadi juara dalam pertandingan nyanyian anjuran TV3 tersebut.

3. Selain itu, beliau juga telah menjejak ke pusingan akhir dalam program All Together Now Malaysia Musim 2 (2022/2023).

4. Usaha awalnya dalam seni nyanyian, beliau pernah dinobatkan sebagai juara dalam pertandingan Keroncong dan juara Bintang Idola pada peringkat Johor.

5. Beberapa lagu yang telah dirakamkan oleh beliau sebagai seorang penyanyi termasuklah Hasrat Hati, Nyawa, Panah, Tentang Kita (bersama Khareez), Duka (bersama Dany Seth) dan Eyo (bersama Khenobu).

    

Fakta Menarik

1. Beliau merupakan anak bongsu dalam keluarga yang mempunyai dua orang adik-beradik.

2. Pendidikannya diperoleh di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Mersing, Johor.

3. Beliau mempunyai tubuh badan yang kecil dan genit.

4. Merupakan sahabat baik kepada penyanyi terkenal, Aina Abdul.

5. Minatnya dalam bidang nyanyian bermula sejak usia kecil lagi.

6. Dikenali sebagai seorang penyanyi yang mahir dalam membawakan lagu-lagu bernada tinggi.

7. Beliau juga terkenal dengan kebolehan dalam mendendangkan pelbagai genre muzik seperti keroncong dan lagu-lagu asli.

8. Selepas tamatnya Mentor Legend, beliau pernah diambil sebagai anak angkat oleh mentornya, Zainal Abidin dan turut tinggal bersama keluarga penyanyi itu atas sebab kediamannya yang jauh.

      

Baca: Akademi Fantasia (AF) Kembali Di Tahun 2023?

     

Baca: Biodata Penyanyi Naufal Azrin, Peserta Big Stage 2023 (Musim 5)

Baca: Biodata Penyanyi Puteri Khareeza, Peserta Big Stage 2023 (Musim 5)

Baca: Biodata Penyanyi Meer Nash, Peserta Big Stage 2023 (Musim 5)

Baca: Biodata Penyanyi Firdaus Rahmat, Peserta Big Stage 2023 (Musim 5)

Baca: Biodata Penyanyi Isaac Voo, Peserta Big Stage 2023 (Musim 5)

Baca: Biodata Penyanyi Aufahanie, Peserta Big Stage 2023 (Musim 5)

Baca: Biodata Penyanyi Putera Muhammad, Peserta Big Stage 2023 (Musim 5)

Baca: Biodata Penyanyi Kumpulan Coex, Peserta Big Stage 2023 (Musim 5)

Baca: Biodata Penyanyi Kumpulan Dem Lepak Boyz, Peserta Big Stage 2023 (Musim 5)  

Baca: Biodata Penyanyi Waode (Indonesia), Peserta Big Stage 2023 (Musim 5)

Baca: Biodata Penyanyi Farhan Shah (Singapura), Peserta Big Stage 2023 (Musim 5)

Baca: Biodata Penyanyi HoonDoo (Korea Selatan), Peserta Big Stage 2023 (Musim 5)

       

Baca: Biodata Rina Nose, Pengacara Big Stage 2023 (Musim 5)

      

Maklumat mengenai format penjurian, hadiah dan butiran penuh rancangan Big Stage Musim 5, rujuk artikel: Info Penuh Program Big Stage Musim 5 (2023)

         

Gambar

nadeera zaini

nadeera big stage

lagu nadeera zaini

umur nadeera zaini

nadeera

big stage 2023

big stage 63

nadeera zaini ig

big stage 2022 996

peserta big stage 2023

konsert big stage 2023

Kredit foto: Instagram Nadeera Zaini , Facebook Nadeera Zaini

   

Video

Kredit video: ALL TOGETHER NOW MALAYSIA MUSIM 2 | NADEERA | MINGGU 1

   

Sumber:

1. Nadeera Zaini terus mara jual bakat

2. Sokongan buat Nadeera teruja

3. Isteri Tidak Cemburu Zainal Abidin Ambil Protege Jadi Anak Angkat




Hakcipta iluminasi.com (2017)