Kredit foto: Instagram Naufal Azrin

Denyut jantungku berdebar

Terasa Indahnya

Dunia ini kita yang punya

    

Itu antara lirik lagu yang sering kedengaran sebagai melodi latar kandungan di aplikasi TikTok sejak kebelakangan ini. Lagu yang dimaksudkan bertajuk Casablanca itu adalah duet antara dua bintang muda baharu iaitu Naufal Azrin dan Nuha Bahrin.

Lagu ciptaan Daqmie dan Wan Saleh yang mendapat sentuhan penulisan lirik oleh Daqmie bersama Abdulkarim Al Ali membawakan kisah sepasang kekasih yang sedang menikmati cinta pertama. Senikatanya berkisar tentang luahan perasaan mereka terhadap pasangan atau 'crush'.

Menggunakan gabungan lirik dalam bahasa Arab dan Melayu, lagu yang menempa kegemilangan sekelip mata di alam maya ini kini telah mencecah lebih 2 juta tontonan di YouTube.

Jom kenali penyanyi lelaki pemilik lagu Casablanca, Naufal Azrin.

     

Siapa Naufal Azrin? Jom semak biodatanya!

Nama sebenar: Ahmad Naufal Azrin

Nama pentas: Naufal Azrin

Umur: 23 tahun (2022)

Tarikh lahir: 7 September 1999

Asal: Kuala Lumpur

Keluarga: Norizan binti Yusof (ibu)

Pendidikan: Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

Sekolah: Maahad Tahfiz Imam Syafie (MATIS), Hulu Kelang, Selangor

Kerjaya: Penyanyi

Instagram (IG): @naufalazrin

Latar Belakang

Dia mula berkecimpung dalam bidang seni suara sejak berusia sembilan tahun, memilih genre nasyid sebagai muzik dendangan, sebelum disunting oleh label rakaman. Pada tahun 2019, Naufal menyertai kumpulan nasyid Zayne yang ditubuhkan sebagai anak didik kumpulan nasyid legenda, Inteam. Selain Naufal, Zayne turut disertai tiga anak muda iaitu Muhammad Furqan Fawwas Salleh Sani atau Furqan Fawwaz, 24, selaku ketua kumpulan, Matin Muzzamil Mohd Ya’acob (Mateen Yaaqub), 26 dan Abdul Basit Zulkipli (Abdul Basit), 27.

Barisan ahli Zayne berkelulusan dari Universiti Al-Azhar, Mesir dalam bidang Al-Quran dan Qiraat serta Usuluddin, lulusan Maahad Tahfiz, manakala seorang lagi masih menuntut di Universiti Kebangsaan Malaysia dalam jurusan Pengajian Islam Syariah. Kumpulan itu meraih kejayaan komersial menerusi single berjudul Ya Badratim, Rindu dan Kaulah Cinta, selain merakamkan lagu-lagu cover bersama penyanyi tempatan. Lagu Ya Badratim sebelum ini pernah dipopularkan oleh Naufal dengan kumpulan Qasidah Nurul Musthofa ketika kecil yang sudah mencecah 41 juta tontonan pada muzik video lagu tersebut di YouTube.

Zayne terkenal dengan penampilan bersahaja menerusi fesyen kasual yang sesuai dengan usia dan jiwa mereka. Nama 'Zayne' ialah perkataan Arab yang bermaksud perhiasan yang indah.

Terbaru, Naufal kembali ke persada hiburan tanah air dengan memasarkan sebuah lagu berjudul Casablanca, lagu duet bersama rakan penyanyi Nuha Bahrin. Dia mula mengumpulkan kumpulan peminatnya sendiri apabila lagu terbabit menjadi viral selepas sering dijadikan muzik latar dalam kebanyakan posting pengguna TikTok. Pengaruh yang telah mengharumkan namanya itu bukan sahaja popular di tanah air, malah turut mencetus gelombang fenomena di negara seberang, Indonesia.

Video muzik Casablanca setakat ini telah mencapai lebih 2 juta tontonan di YouTube sejak ia dilancarkan Mei lalu. Berikutan kejayaan single ini, dia merancang untuk bergerak sebagai penyanyi solo untuk mengembangkan lagi kerjaya muziknya, memandangkan ahli kumpulan Zayne yang lain juga mempunyai rancangan untuk membawa haluan mereka sendiri. Dia berharap diberi peluang merakamkan lagu solo dengan pelbagai genre muzik pada masa akan datang.

     

Fakta Menarik

1. Naufal secara peribadi menyukai lagu Dusk Till Dawn yang dipopularkan oleh bintang antarabangsa, Zayn Malik bersama Sia.

2. Bercita-cita melanjutkan pelajaran ke peringkat diploma dalam jurusan seni lukis yang diminatinya, namun fokusnya buat masa ini adalah mencari rezeki untuk keluarga.

3. Menyentuh kefasihan berbahasa Arab, Naufal menjelaskan dia tidak pandai berkomunikasi dalam bahasa itu, tetapi mampu menyebut perkataan dalam bahasa Arab kerana pengalaman mengalunkan syair Arab sejak berusia 14 tahun.

      

Baca: Akademi Fantasia (AF) Kembali Di Tahun 2023?

      

Baca: Biodata Penyanyi Nadeera Zaini, Peserta Big Stage 2023 (Musim 5)

Baca: Biodata Penyanyi Puteri Khareeza, Peserta Big Stage 2023 (Musim 5)

Baca: Biodata Penyanyi Meer Nash, Peserta Big Stage 2023 (Musim 5)

Baca: Biodata Penyanyi Firdaus Rahmat, Peserta Big Stage 2023 (Musim 5)

Baca: Biodata Penyanyi Isaac Voo, Peserta Big Stage 2023 (Musim 5)

Baca: Biodata Penyanyi Aufahanie, Peserta Big Stage 2023 (Musim 5)

Baca: Biodata Penyanyi Putera Muhammad, Peserta Big Stage 2023 (Musim 5)

Baca: Biodata Penyanyi Kumpulan Coex, Peserta Big Stage 2023 (Musim 5)

Baca: Biodata Penyanyi Kumpulan Dem Lepak Boyz, Peserta Big Stage 2023 (Musim 5)  

Baca: Biodata Penyanyi Waode (Indonesia), Peserta Big Stage 2023 (Musim 5)

Baca: Biodata Penyanyi Farhan Shah (Singapura), Peserta Big Stage 2023 (Musim 5)

Baca: Biodata Penyanyi HoonDoo (Korea Selatan), Peserta Big Stage 2023 (Musim 5)

       

Baca: Biodata Rina Nose, Pengacara Big Stage 2023 (Musim 5)

      

Maklumat mengenai format penjurian, hadiah dan butiran penuh rancangan Big Stage Musim 5, rujuk artikel: Info Penuh Program Big Stage Musim 5 (2023)

      

Baca: 10 Fakta Penyanyi Nuha Bahrin Yang Ramai Tak Tahu!

Baca: Biodata Nuha Bahrin, Penyanyi Lagu Casablanca

       

Gambar

keluarga naufal azrin

naufal azrin

siapa naufal azrin

naufal azrin umur

naufal azrin ig

casablanca

zayne nasyid

naufal azrin wikipedia

adik beradik naufal azrin

casablanca nuha bahrin

Kredit foto: Instagram Naufal Azrin

Video

Kredit video: Nuha Bahrin, Naufal Azrin - CASABLANCA (Official Music Video)

Sumber:

1. Rupanya Pemuda Kacak Ini Anggota Kumpulan Nasyid… Jom Kenali Naufal Azrin, Penyanyi Lagu Casablanca!

2. Siapa Nuha & Naufal | Siapa Tu?!

3. Ya Badratim versi Zayne

4. Zayne Pelapis Baru Kumpulan Nasyid Inteam

5. Cari Rezeki Untuk Keluarga Jadi Keutamaan, Naufal Azrin Teringin Nak Sambung Belajar

6. Seronok rakam lagu sesuai jiwa

7. [VIDEO] Casablanca Viral Di TikTok, Nuha Bahrin Belajar Sebutan Bahasa Arab Dengan Kawan Dari Syria




Hakcipta iluminasi.com (2017)