Oleh pada 12 Jun 2023 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

    

Bagi meneruskan perjuangan mereka di Konsert Big Stage 2023, sembilan penyanyi digelar 'BBNU' (Budak Baru Nak Up) akan mempersembahkan lagu-lagu tugasan baharu yang berkaitan dengan tema "Playlist Kaki Wayang".

Para peserta akan membawakan lagu-lagu runut bunyi filem yang merupakan pilihan lagu dari selebriti popular untuk mereka.

Para bintang yang masih ditampil bersaing ialah Putera Muhammad, Nadeera Zaini, Puteri Khareeza, Aufahanie, Firdaus Rahmat, HoonDoo (Korea Selatan), Waode (Indonesia), Dem Lepak Boyz (duo) dan kumpulan COEX.

Di bawah ini adalah senarai lagu yang akan mereka perjuangkan pada hujung minggu ini.

      

big stage 99579

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

     

Senarai Lagu Peserta Konsert Big Stage 2023 (Musim 5) Minggu Ketujuh

1. Waode - Menyesal (Ressa Herlambang)

2. Nadeera Zaini - Kembali Terang (Marsha Milan Londoh)

3. Putera Muhammad - Hasrat (Amir Jahari)

4. HoonDoo - Bunga (Ara Johari)

5. Puteri Khareeza - Skyfall (Adele)

6. Dem Lepak Boyz - Sorry Sorry (Super Junior)

7. Coex - Cupid (Fifty Fifty)

8. Aufahanie - Cinta Sejati (Bunga Citra Lestari)

9. Firdaus Rahmat - Sembah (Naim Daniel feat. Man Keedal)

      

Baca: Senarai Lagu Tugasan Peserta Konsert Big Stage 2023 Minggu 8 (Suku Akhir) Musim 5

Baca: Keputusan Markah Peserta Konsert Big Stage 2023 Minggu 6 (Musim 5)

Baca: Cara Undi Peserta Big Stage 2023 (Konsert Mingguan Dan Akhir)

Baca: Biodata Hoondoo, Peserta Big Stage 2023 (Musim 5)

Baca: Biodata Farhan Shah, Peserta Big Stage 2023 (Musim 5)

       

Penilaian persembahan musim ini dilakukan oleh juri profesional tetap yang terdiri daripada penyanyi popular semasa, Aina Abdul dan komposer berpengalaman Ajai. Selain itu, akan ada seorang juri jemputan mingguan yang bakal diumumkan kemudian untuk memberikan bantuan.

Posisi 'Presiden Netizen', yang berperanan mewakili suara-suara netizen di media sosial Twitter, akan dipegang oleh seorang selebriti terkenal tempatan.

Lebih maklumat mengenai format penjurian, hadiah dan butiran penuh rancangan Big Stage Musim 5, rujuk artikel: Info Penuh Program Big Stage Musim 5 (2023)

Penyiaran secara langsung Big Stage 2023 memeriahkan malam Ahad penonton di Astro Ria (saluran 104) pada pukul 9 malam bermula 7 Mei 2023. Program ini disiarkan dari Auditorium MBSA, Shah Alam, dengan pasangan pengacara Elly Mazlein (Kak Lina Pom Pom) dan Rina Nose sebagai hos.

Penonton juga dapat menyaksikan rancangan ini melalui aplikasi Astro Go dan platform On Demand untuk siaran secara online, memberikan pilihan yang lebih fleksibel kepada mereka.

      

Kredit video: BIG STAGE 2023 LIVE + MINGGU 6

     




Hakcipta iluminasi.com (2017)