Oleh pada 22 May 2023 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

     

Konsert Big Stage 2023 pada minggu ketiga telah berlangsung meriah di Auditorium MBSA, Shah Alam malam tadi.

Dalam suasana tema 'Asmaraloka', 12 bintang peserta telah bersaing untuk mengekspresikan persembahan lagu yang telah ditugaskan kepada mereka.

Kali ini, persaingan menyaksikan Waode diberikan kedudukan pertama berdasarkan penilaian keseluruhan oleh juri profesional yang terdiri daripada dua juri tetap, iaitu penyanyi Aina Abdul dan komposer Ajai, serta juri undangan, penyanyi dan guru vokal, Ernie Zakri.

Sementara itu, Naufal Azrin telah mencapai penghujung perjuangannya sebagai peserta kedua yang tersingkir dari pentas, setelah menduduki tiga tangga tercorot dan tidak mendapat sokongan undian yang memberangsangkan dari penonton di rumah.

Di samping Waode, peserta lain yang berjaya melangkah ke konsert minggu depan ialah Putera Muhammad, Nadeera Zaini, Aufahanie, Firdaus Rahmat, Puteri Khareeza, Meer Nash, HoonDoo (Korea Selatan), Farhan Shah (Singapura), Dem Lepak Boyz (duo) dan kumpulan COEX.

Berikut adalah kedudukan penyanyi berdasarkan markah daripada juri profesional.

      

big stage 2023 577

     

Carta Kedudukan Dan Markah Peserta Konsert Big Stage 2023 (Musim 5) Minggu Ketiga

1. Waode (Sang Dewi) - 90.67%

2. Putera Muhammad (True Love) - 86.67%

3. Nadeera Zaini (Rahmatun Lil'Alameen) - 79.33%

4. HoonDoo (Can't Help Falling In Love) - 76.00%

5. Farhan Shah (Dari Mata) - 71.00%

6. Puteri Khareeza (Satu) - 66.33%

7. Aufahanie (Anugerah Terindah) - 65.00%

8. Dem Lepak Boyz (Inikah Cinta) - 64.67%

9. Firdaus Rahmat (Diari Seorang Lelaki) - 64.00%

10. Naufal Azrin (Only) - 62.33%

11. Coex (Touch) - 58.33%

12. Meer Nash (Hari Ini) - 57.33%

     

Baca: Keputusan Markah Peserta Konsert Big Stage 2023 Minggu 4 (Musim 5)

Baca: Senarai Lagu Tugasan Peserta Konsert Big Stage 2023 Minggu 4 (Musim 5)

Baca: Cara Undi Peserta Big Stage 2023 (Konsert Mingguan Dan Akhir)

Baca: Biodata Rina Nose, Pengacara Big Stage 2023 (Musim 5)

     

Putera Muhammad telah diumumkan sebagai pemenang Anugerah Dominasi Persembahan Terbaik berdasarkan pilihan juri. Beliau berjaya membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM3000. Sementara itu, Anugerah Persembahan Paling Pa-Wa yang ditentukan melalui undian penonton telah diberikan kepada HoonDoo. Penghargaan ini dibawakan oleh WAWA Kosmetik bersama dengan hadiah wang tunai berjumlah RM1000.

Dalam pada itu, pelakon dan model, Mierul Aiman ditampilkan sebagai 'Presiden Netizen' pada minggu ini.

Untuk butiran mengenai format penjurian, hadiah dan butiran penuh rancangan Big Stage Musim 5, rujuk artikel: Info Penuh Program Big Stage Musim 5 (2023)

Konsert Big Stage yang dikendalikan oleh pasangan pengacara Elly Mazlein (Kak Lina Pom Pom) dan Rina Nose, ditayangkan secara langsung setiap hari Ahad, pukul 9 malam di Astro Ria (saluran 104).

Untuk fleksibiliti, program ini juga disajikan dalam talian melalui platform On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO.

      

Kredit video: BIG STAGE 2023 LIVE + MINGGU 3

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)