Kredit foto: Instagram Puteri Khareeza

  
Siapa Puteri Khareeza? Penangan Kerana Cinta Itu Ada, nama Puteri Khareeza hangat menerusi watak Dahlia Rizal dalam siri slot Akasia bersama pelakon Aedy Ashraf dan Nabila Razali itu.
  
Bersiaran mulai 28 Disember 2022, adaptasi novel karya Sophilea yang mengisi tayangan TV3 ini turut memperlihatkan pengemudi watak daripada bakat terkenal tempatan seperti Alvin Chong, Syazuwan Hassan, Raden Zaharatul, Syaffiq Sahli, Husna Mustaffa, Saidah Kamarudin, Anas Ridzuan, Nick Naem. Mas Anizan dan ramai lagi.
  

Biodata Puteri Khareeza

Nama sebenar: Puteri Aszfaryna Khareeza binti Arif
Nama komersial: Puteri Khareeza, Puteri Khareeza Aris
Umur: 24 tahun (2022)
Tarikh lahir: 17 April 1998
Asal: Kuala Lumpur
Keluarga: Anak bongsu daripada tiga orang adik beradik
Pendidikan: Jurusan Undang-Undang, Universiti Teknologi Mara (UiTM)
Kerjaya: Pelakon, Penyanyi
Instagram (IG): @puterikhareeza
  

Latar Belakang

1. Menyanyi sejak usia tujuh tahun.
2. Mendapat pendidikan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pandan Jaya, Selangor.
3. Aktif dalam bidang hiburan sejak tahun 2008.
4. Menyumbangkan suara dalam runut bunyi drama bersiri, Melur Untuk Firdaus berjudul Duka Sebalik Tawa dan berjaya mendapat 3.5 juta tontonan di laman Youtube.
5. Juga bergerak secara berkumpulan bersama band Venus yang dikenali dengan lagu-lagu popular seperti Sakitnya Hati dan Maafkan Aku. Band ini terdiri daripada Puteri (vokalis), Adi (pemain gitar), Ayoy (pemain bes), Hafis Dot (pemain dram) dan Lan (pemain gitar utama).
6. Berjaya meloloskan diri ke peringkat akhir Lagu Cinta Kita musim ketiga (LCK3) 2021 bersama rakan duet, Pasya (Faizul Ashraf) lantas meraih tempat ketiga.
7. Sebagai aktres sejak alam persekolahan, beliau membuktikan bakat lakonan yang dimiliki menerusi drama dan telefilem seperti Kapten Boleh, Diari Ramadhan Rafique Reunion, Anugerah Cinta Aisyah, Mimpi Sabrina, Alergi Mamat Romantik, Hari Kita Jatuh Cinta, Air Mata Allisya, Cinta Hilang Kata, Kerana Cinta Itu Ada, Bini Aku Dari Neraka, Kampung Arena Panggang, Syurga Tanpa Cinta dan Kalimah Cinta.
  

Fakta Menarik

1. Merupakan pemenang naib juara pertandingan Idola Kecil Musim 3, bersaing dengan penyanyi-penyanyi muda berbakat besar seperti Elica Paujin, Harris Alif dan Hadi Mazlan.
2. Bakat seni Puteri turut dikesan melalui pertandingan nyanyian, Bintang Kecil RTM.
3. Sewaktu kecil dia pernah mengangkat tagline yang berbunyi "Puteri selalu steady".
4. Kebolehannya yang lain merangkumi dalam bidang tarian dan bermain piano.
5. Mencontohi mutu lakonan aktor Remy Ishak dan Nabila Huda yang dijadikan sebagai rujukan dan idolanya.
6. Bulan lalu, dia menggantikan Hafiz Suip bagi menyanyikan lagu Takluk Cinta pada Separuh Akhir Muzik Muzik (SFMM) Ke 37.
7. Pernah ditampilkan sebagai model dalam muzik video lagu nyanyian usahawan kosmetik yang viral, Ahmad Iqbal Zulkefli berjudul Hujan.
  
  

Gambar

Puteri bercita-cita ingin menjadi seorang peguam
Sewaktu membintangi muzik video Iqbal Zulkefli berjudul Hujan
Kerana Cinta Itu Ada turut boleh ditonton dalam talian (online) di layar penstriman, Disney+ Hotstar
      
Sumber:
  



Hakcipta iluminasi.com (2017)