Oleh pada 05 Jun 2023 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

    

Tiada peserta yang dikeluarkan dari program realiti Big Stage 2023 pada minggu kelima, seperti yang diumumkan dalam siaran yang ditayangkan baru tadi.

Konsert di Auditorium MBSA, Shah Alam berakhir dengan semua peserta terselamat setelah produksi memutuskan untuk mengekalkan semua penyertaan ke minggu hadapan.

Dalam perkembangan sama, persembahan Hoondoo dengan lagu This Love yang dipopularkan oleh Davichi telah membawa mereka ke tangga teratas pada minggu ini dengan pencapaian markah sebanyak 85.33%.

Pertandingan yang melibatkan para bintang daripada kelompok 'BBNU' (Budak Baru Nak Up) itu turut menyaksikan penyanyi-penyanyi seperti Nadeera Zaini, Putera Muhammad, Firdaus Rahmat, Aufahanie, Puteri Khareeza, Waode (Indonesia), Farhan Shah (Singapura), Dem Lepak Boyz (duo) dan kumpulan COEX.

Musim ini, pengadilan program dikemudi oleh juri tetap, penyanyi popular Aina Abdul dan komposer berpengalaman Ajai, dengan sokongan daripada pengarah muzik Datuk Ramli MS yang mengisi kerusi juri jemputan.

Sementara itu, posisi 'Presiden Netizen' mendapat perhatian dengan kehadiran pelakon dan model terkenal, Amir Ahnaf yang membacakan komen-komen netizen yang diterima dari laman Twitter.

Berikut adalah senarai markah peserta sebagaimana penilaian oleh barisan juri profesional.

      

big stage 2023 698

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

     

Carta Kedudukan Dan Markah Peserta Konsert Big Stage 2023 (Musim 5) Minggu Kelima

1. HoonDoo (This Love) - 85.33%

2. Putera Muhammad (Bintang Di Syurga) - 78.00%

3. Dem Lepak Boyz (Benci Bilang Cinta) - 75.67%

4. Nadeera Zaini (Engkau Bagaikan Permata) - 73.00%

5. Waode (Janji Manismu) - 65.33%

6. Puteri Khareeza (Never Say Never) - 64.33%

7. Aufahanie (Ikut Rentakku) - 58.33%

8. Firdaus Rahmat (Cuba) - 47.00%

9. Farhan Shah (Tenda Biru) - 46.67%

10. Coex (G.I.G) - 41.67%

     

Peserta tersingkir - Tiada Penyingkiran

    

Baca: Keputusan Markah Peserta Konsert Big Stage 2023 Minggu 6 (Musim 5)

Baca: Cara Undi Peserta Big Stage 2023 (Konsert Mingguan Dan Akhir)

Baca: Biodata Penyanyi Waode Heni Andraini, Peserta Big Stage 2023 (Musim 5)

    

Dem Lepak Boyz telah dipilih sebagai penerima Anugerah Dominasi Persembahan Terbaik oleh juri profesional. Mereka layak menerima hadiah wang tunai berjumlah RM3000. Sementara itu, Coex meraih Anugerah Persembahan Paling Pa-Wa berdasarkan undian penonton. Pengiktirafan ini diberikan oleh WAWA Kosmetik, berserta hadiah wang tunai berjumlah RM1000.

Untuk maklumat lanjut mengenai format penjurian, hadiah dan butiran penuh rancangan Big Stage Musim 5, rujuk artikel: Info Penuh Program Big Stage Musim 5 (2023)

Gabungan Elly Mazlein (Kak Lina Pom Pom) dan Rina Nose sebagai pasangan pengacara memeriahkan konsert Big Stage 2023.

Rancangan siaran langsung yang ditayangkan di Astro Ria (saluran 104) itu memenuhi jadual tayangan setiap hari Ahad, pukul 9 malam bermula 7 Mei 2023. Selain itu, pengguna juga boleh menontonnya secara fleksibel melalui aplikasi Astro Go dan platform On Demand untuk tontonan dalam talian.

     

Kredit video: BIG STAGE 2023 LIVE + MINGGU 5

      




Hakcipta iluminasi.com (2017)