Oleh pada 12 Apr 2023 kategori

    

Musim kelima pertandingan nyanyian bakat-bakat muda 'BBNU' (Budak Baru Nak Up), Big Stage kembali dengan pembaharuan dan elemen baharu.

Program realiti kompetitif ini akan menyajikan barisan juri, pengacara dan pemilihan peserta yang baru dan lebih segar bagi penonton.

      

big stage 518

    

Elly Mazlein atau lebih dikenali dengan nama Kak Lina Pom Pom bersama pelawak Rina Nose bakal menjadi hos dan pengemudi rancangan dalam program ini. Bersama beliau, penyanyi Aina Abdul dan komposer Ajai merupakan juri tetap.

         

big stage musim 5

    

'Big Stage' kali ini memberikan lebih banyak ruang kreativiti dan versatiliti dengan memperkenalkan peserta berkumpulan dan duo. Sepuluh peserta dipilih datang dari Malaysia, manakala tiga peserta dari Korea Selatan, Indonesia dan Singapura akan turut berentap dalam persaingan dan bakal membuat kemunculan pada konsert sulung nanti.

Big Stage 5 akan ditayangkan secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam pada setiap hari Ahad bermula 7 Mei 2023 pukul 9 malam secara eksklusif di Astro Ria (saluran 104). Selain itu, anda juga boleh menonton secara dalam talian (online) menerusi platform On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro Go.

Sebagai persiapan awal sebelum bermula konsert sulung, program khas 'Big Stage 2023 Bootcamp' akan disiarkan pada 29 dan 30 April jam 1 petang sempena bulan Syawal. Program ini akan memaparkan sesi latihan intensif peserta di The Big House, sebuah rumah besar yang dijadikan pusat latihan untuk para bintang sebelum memasuki pentas pertandingan.

Big Stage terdahulu telah melahirkan empat juara sepanjang perjalanan anjurannya yang terdiri daripada Sarah Suhairi (2018), bintang Korea Selatan Hanbyul (2019), Azzam Sham (2020) dan Elica Paujin (2022).

Berikut merupakan senarai peserta yang terlibat dalam menjayakan penganjuran edisi ini:-

    

Naufal Azrin

peserta big stage 2023 859

Baca: Biodata Naufal Azrin

     

Puteri Khareeza

puteri khareeza 37

Baca: Biodata Puteri Khareeza

     

Nadeera Zaini

nadeera 54

Baca: Biodata Nadeera Zaini

    

Meer Nash

meer nash 389

Baca: Biodata Meer Nash

    

Firdaus Rahmat

konsert big stage 2023 139

Baca: Biodata Firdaus Rahmat

    

Isaac Voo

isaac voo

Baca: Biodata Isaac Voo

    

Aufahanie

aufahanie 144

Baca: Biodata Aufahanie

    

Putera Muhammad

putera muhammad

Baca: Biodata Putera Muhammad

    

Kumpulan COEX

coex

Dianggotai Mikaela Qistina, Amy Loh, Dalini, Eyqa Shahidan dan Elysha Khan.

    

Baca: Biodata Kumpulan COEX

    

Dem Lepak Boyz (Duo)

dem lepak boyz

Baca: Biodata Dem Lepak Boyz

    

HoonDoo (Duo Korea Selatan)

hoondoo

Baca: Biodata HoonDoo

       

Waode (Indonesia)

waode

Baca: Biodata Waode

        

Farhan Shah (Singapura)

farhan shah

Baca: Biodata Farhan Shah

    

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

           

Baca: Akademi Fantasia (AF) Kembali Di Tahun 2023?

     

Kredit video: [LANGSUNG] Sidang Media Big Stage I 11 April 2023

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)