Kredit foto: Instagram Aufahanie

     

Aufahanie atau nama penuhnya, Nur Aufahanie Mokhtar merupakan peserta dalam rancangan realiti muzik terkenal, Big Stage Musim 5 yang turut disertai 13 bintang lain.

    

peserta big stage 2023 534

     

Beliau akan berhadapan dengan pesaing-pesaing sengit seperti Naufal Azrin, Nadeera Zaini, Meer Nash, Firdaus Rahmat, Puteri Khareeza, Isaac Voo, Putera Muhammad, Kumpulan Coex dan Dem Lepak Boyz (duo).

Terdapat empat lagi peserta yang mewakili Korea Selatan, Indonesia, Singapura dan Brunei Darussalam yang masih belum diumumkan pada masa ini. Apapun, Big Stage musim 5 bakal disiarkan di Astro Ria dan Astro Go bermula pada 7 Mei 2023, setiap hari Ahad pada pukul 9 malam.

     

Biodata

Nama sebenar: Nur Aufahanie binti Mokhtar

Nama komersial: Aufahanie

Umur: 20 tahun (2023)

Tarikh lahir: 5 Mei 2003

Tempat lahir / Asal: Shah Alam, Selangor

Keluarga: Anak keenam daripada tujuh adik beradik

Pendidikan: Jurusan Seni Persembahan di Universiti City

Kerjaya: Penyanyi

Instagram (IG): @aufahaniee

      

Latar Belakang

1. Beliau telah ditemui bakatnya semasa menyertai rancangan I Can See Your Voice Malaysia Musim 3 (ICSYVMY3) pada tahun 2020, di mana beliau berpasangan bersama abangnya, Nidza Afham atau nama penuhnya Muhammad Nidza Afham Mokhtar yang juga merupakan penyanyi.

2. Juga pada tahun 2020, beliau menyertai program realiti nyanyian Vokal Mania yang mana pertandingan tersebut melibatkan penyertaan beberapa penyanyi yang dikenali seperti Aisha Retno, Danial Chuer dan Tuah Azmi dari kalangan bintang BBNU.

3. Selaku artis rakaman, beliau telah melancarkan single pertamanya yang berjudul "Geming Jiwa" yang dicipta sepenuhnya oleh Amylea Azizan. Lagu itu turut dipilih sebagai lagu selingan dalam drama bersiri popular Dendam Seorang Isteri.

4. Selain itu, beliau juga pernah dijemput sebagai penyanyi 'featuring' dalam lagu berjudul "Mungkir" nyanyian penyanyi seangkatan iaitu Syahmi Irfan.

5. Menerusi Anugerah Industri Muzik ke-23 (AIM23) tahun 2022, beliau telah disenaraikan sebagai salah seorang finalis Top 5 untuk kategori Artis Baru Terbaik. Walau bagaimanapun, anugerah tersebut dimenangi oleh Vanessa Reynauld, manakala tiga lagi pesaingnya ialah Ahmad Syafiq, Iss Arffan dan Rian Shain.

6. Impian untuk berentap di pentas Big Stage telah diidamkan sejak usia 15 tahun olehnya yang merupakan peminat setia rancangan itu. Walau pernah menerima undangan ke ujibakat musim keempat, namun beliau tidak berjaya memenuhi kriteria kelayakan iaitu jumlah tontonan sekurang-kurangnya 500 ribu bagi mana-mana video nyanyian.

     

Fakta Menarik

1. Aktif dalam dunia seni hiburan sejak tahun 2020.

2. Pernah mendapat perhatian ramai apabila menyanyikan lagu 'cover' Peluang Kedua yang dirakamkan oleh Nabila Razali.

3. Namun beliau juga pernah menghadapi kritikan netizen atas vokalnya yang dianggap sumbang semasa menyertai Vokal Mania, dalam penyampaian lagu Gundah rakaman asal Ernie Zakri dan Semua Jadi Satu (3 Diva) sebagai duet bersama Indah Ruhaila. Beliau bagaimanapun menjelaskan bahawa masalahnya berpunca daripada rasa gugup yang dihadapi.

4. Beliau merupakan peminat nombor satu kepada penyanyi senior, Dayang Nurfaizah.

      

Baca: Akademi Fantasia (AF) Kembali Di Tahun 2023?

       

Baca: Biodata Penyanyi Nadeera Zaini, Peserta Big Stage 2023 (Musim 5)

Baca: Biodata Penyanyi Naufal Azrin, Peserta Big Stage 2023 (Musim 5)

Baca: Biodata Penyanyi Puteri Khareeza, Peserta Big Stage 2023 (Musim 5)

Baca: Biodata Penyanyi Meer Nash, Peserta Big Stage 2023 (Musim 5)

Baca: Biodata Penyanyi Firdaus Rahmat, Peserta Big Stage 2023 (Musim 5)

Baca: Biodata Penyanyi Putera Muhammad, Peserta Big Stage 2023 (Musim 5)

Baca: Biodata Penyanyi Isaac Voo, Peserta Big Stage 2023 (Musim 5)

Baca: Biodata Penyanyi Kumpulan Dem Lepak Boyz, Peserta Big Stage 2023 (Musim 5)

Baca: Biodata Penyanyi Kumpulan Coex, Peserta Big Stage 2023 (Musim 5)

Baca: Biodata Penyanyi Waode (Indonesia), Peserta Big Stage 2023 (Musim 5)

Baca: Biodata Penyanyi Farhan Shah (Singapura), Peserta Big Stage 2023 (Musim 5)

Baca: Biodata Penyanyi HoonDoo (Korea Selatan), Peserta Big Stage 2023 (Musim 5)

      

Baca: Biodata Rina Nose, Pengacara Big Stage 2023 (Musim 5)

      

Maklumat mengenai format penjurian, hadiah dan butiran penuh rancangan Big Stage Musim 5, rujuk artikel: Info Penuh Program Big Stage Musim 5 (2023)

       

Gambar

aufahanie ig

aufahanie big stage

peserta big stage 622

aufahanie 717

big stage 119

aufahanie umur

big stage 2023 814

aufahanie lagu

Bersama abangnya, Nidza Afham

aufahanie wikipedia

Di sisi bapanya

big stage musim 5 574

konsert big stage 2023 653

Kredit foto: Instagram Aufahanie

      

Video

Kredit video: Penyanyi Sebenar Atau Penyamar - Nur Aufahanie Mokhtar & Muhammad Nidza Afham Mokhtar | #ICSYVMY

     

Sumber:

1. Geming Jiwa pertaruhan pertama Aufahanie

2. Mahu terus bersinar

3. Aufahanie Pernah Dapat Undangan Uji Bakat Big Stage, Tapi Tak Dapat Sebab

4. Vokal Mania: “Betul Apa Yang Mereka Cakap..” – Rookie Aufahanie Alami Stage Fright, Akui Salah Sendiri

     




Hakcipta iluminasi.com (2017)