Oleh pada 22 May 2023 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

      

Persembahan konsert minggu keempat Big Stage musim kelima (2023) akan diadakan Ahad ini dengan kehadiran 11 bintang yang akan membawakan tema 'Hari Jiwa Galau'.

Senarai lagu tugasan telah diumumkan buat peserta yang masih berjuang, iaitu Putera Muhammad, Nadeera Zaini, Aufahanie, Firdaus Rahmat, Puteri Khareeza, Meer Nash, Waode (Indonesia), HoonDoo (Korea Selatan), Farhan Shah (Singapura), Dem Lepak Boyz (duo) dan kumpulan COEX.

Dalam cabaran tema ini, bintang-bintang 'BBNU' diminta untuk menghidupkan pentas dengan nyanyian lagu-lagu yang mengusik jiwa. Berikut adalah senarai lagu tugasan untuk minggu keempat.

     

big stage 266

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

      

Senarai Lagu Peserta Konsert Big Stage 2023 (Musim 5) Minggu Keempat

1. Waode - Hurt (Christina Aguilera)

2. Putera Muhammad - Kini (Feminin)

3. Nadeera Zaini - Bunga-Bunga Cinta (Misha Omar)

4. HoonDoo - Tak Ingin Usai (Keisya Levronka)

5. Aufahanie - Sisa Rasa (Mahalini)

6. Farhan Shah - Di Pintu Syurga (Dayang Nurfaizah)

7. Puteri Khareeza - Saat Hilang Cintamu (Siti Sarah)

8. Coex - Pulang (Insomniacks)

9. Firdaus Rahmat - Galau (Five Minutes)

10. Meer Nash - Rapuh (Nastia)

11. Dem Lepak Boyz - Hingga Tua Bersama (Rizky Febian)

    

Baca: Senarai Lagu Tugasan Peserta Konsert Big Stage 2023 Minggu 5 (Musim 5)

Baca: Keputusan Markah Peserta Konsert Big Stage 2023 Minggu 3 (Musim 5)

Baca: Cara Undi Peserta Big Stage 2023 (Konsert Mingguan Dan Akhir)

Baca: Biodata Rina Nose, Pengacara Big Stage 2023 (Musim 5)

Baca: Senarai Lagu Tugasan Peserta Konsert Big Stage 2023 Minggu 1 (Musim 5)

      

Dua juri profesional tetap, iaitu Aina Abdul dan Ajai, akan bersama dengan seorang juri undangan mingguan dalam menjalankan penilaian terhadap persembahan peserta.

Seorang selebriti jemputan bakal memegang tugas sebagai 'Presiden Netizen', di mana dia akan membacakan komen-komen daripada netizen yang dipetik dari laman Twitter.

Konsert Big Stage 2023 disiarkan secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam. Tayangan ini berlangsung setiap hari Ahad, pukul 9 malam di Astro Ria (saluran 104) dengan kolaborasi pengacara Elly Mazlein (Kak Lina Pom Pom) dan Rina Nose.

Rancangan ini telah mula ditayangkan pada 7 Mei 2023 dan anda juga boleh menontonnya secara dalam talian (online) melalui platform On Demand di Astro Box atau aplikasi Astro Go.

Untuk perincian mengenai format penjurian, hadiah dan butiran penuh rancangan Big Stage Musim 5, rujuk artikel: Info Penuh Program Big Stage Musim 5 (2023)

      

Kredit video: BIG STAGE 2023 LIVE + MINGGU 3

     




Hakcipta iluminasi.com (2017)