Oleh pada 07 Jun 2023 kategori

Kredit foto: Instagram Lee Seung Hoon , Instagram Doo Jin Soo

    

Siapa Hoondoo? Sebagai sebahagian daripada peserta yang tersenarai dalam program realiti Big Stage 2023 (Musim 5), Hoondoo, penyanyi duo dari Korea Selatan yang mencipta nama sebagai bintang Kpop ini turut menjadi antara saingan pertandingan itu.

Rancangan yang menampilkan bakat-bakat penyanyi muda 'Budak Baru Nak Up' (BBNU) tersebut turut melibatkan Putera Muhammad, Nadeera Zaini, Puteri Khareeza, Naufal Azrin, Firdaus Rahmat, Isaac Voo, Aufahanie, Meer Nash, Waode (Indonesia), Farhan Shah (Singapura), Dem Lepak Boyz (duo) dan kumpulan COEX, sementara konsert Big Stage musim kelima yang ditayangkan di saluran Astro Ria dan Astro Go telah memulakan siarannya pada 7 Mei 2023, setiap hari Ahad, pukul 9 malam.

    

Biodata Hoondoo

Nama Kumpulan: Hoondoo

Nama Ahli: Hoon dan Doo

Asal: Korea Selatan

Instagram (IG): @hoondoo_official

    

Biodata Lee Seung Hoon (Hoon)

Nama sebenar: Lee Seung Hoon

Nama komersial: Hoon

Umur: 33 tahun (2023)

Asal: Korea Selatan

Pendidikan: Lulusan Muzik Dan Vokal

Pekerjaan: Penyanyi Opera

Instagram (IG): @hooniverseon

    

Biodata Doo Jin Soo (Doo)

Nama sebenar: Doo Jin Soo

Nama komersial: Doo

Umur: 33 tahun (2023)

Tarikh lahir: 14 Disember

Asal: Korea Selatan

Pekerjaan: Penyanyi, Komposer, Guru Vokal

Instagram (IG): @doojinsoo

     

Latar Belakang

1. Doo merupakan seorang penyanyi dan penggubah lagu. Beliau mengajar sebagai guru vokal kepada beberapa penyanyi Kpop. Beliau juga merupakan komposer untuk title song Super Junior Sungmin dan U-Kiss Jun.

2. Manakala Hoon adalah lulusan dalam bidang muzik dan vokal. Beliau muncul sebagai penyanyi opera yang berpengalaman dalam persembahan di pentas. Beliau sering terlibat dalam pertandingan dan rancangan di Korea seperti Immortal Song dan Fantastic Duo.

3. Duo ini mendapat perhatian peminat hiburan Malaysia apabila mereka kerap menyampaikan lagu-lagu cover dalam bahasa Melayu yang dimuat naik di saluran YouTube rasmi mereka, HoonDooTV.

4. Antara lagu Malaysia yang pernah mereka rakamkan seperti Semalam yang dipopularkan oleh Aina Abdul, Hutang (Floor88), Kesetiaan (Siti Sarah), Peluang Kedua (Nabila Razali) dan Malam Semakin Dingin (Afieq Shazwan dan Tajul Arif).

5. Akaun YouTube HoonDooTV terus menyerlah dengan mempunyai 122,000 pelanggan hingga kini.

6. Berkaitan dengan penyertaan mereka di Big Stage musim kelima yang sedang berlangsung, lagu-lagu yang telah mereka persembahkan sebagai pertaruhan sejauh ini (sehingga minggu keenam) termasuk I Will Go To You Like The First Snow yang dipopularkan oleh Ailee, Kudrat (SOG feat Naim Daniel), Can't Help Falling In Love (Elvis Presley), Tak Ingin Usai (Keisya Levronka), This Love (Davichi) dan Ghazal Untuk Rabiah (Datuk Jamal Abdillah dan Datuk M Nasir).

     

Fakta Menarik

1. Aina Abdul telah menginspirasi Hoondoo untuk menyampaikan lagu-lagu Melayu. Selepas mendengar Aina menyanyikan lagu Korea di YouTube, mereka terpikat dengan lagu-lagu kebangsaan kita dan akhirnya menemukan lagu-lagu asal yang dinyanyikan oleh Aina.

2. Hoondoo mempunyai pemahaman dalam Bahasa Melayu yang diungkapkan secara lisan, tetapi masih dalam proses pembelajaran untuk menuturkannya kembali.

3. Di Korea, mereka bergantung pada Google Translate untuk mempelajari bahasa Melayu, namun di Malaysia mereka mendapatkan bantuan dari Cikgu Shafi agar dapat memahaminya dengan lebih baik.

4. Kehadiran Isaac Voo sebagai peserta Big Stage memberikan mereka keselesaan dalam rancangan tersebut. Isaac banyak menghulur bantuan dalam mengatasi masalah komunikasi mereka, termasuk membantu mengalih bahasa.

5. Hoondoo bersedia menerima cabaran untuk menyampaikan lagu dalam genre irama tradisional sebagai tugasan di Big Stage, walaupun mereka mengakui bahawa ini sedikit mencabar kerana perlu menguasai lenggok irama tradisional yang harus dilantunkan dengan betul.

     

Baca: Akademi Fantasia (AF) Kembali Di Tahun 2023?

    

Baca: Biodata Penyanyi Nadeera Zaini, Peserta Big Stage 2023 (Musim 5)

Baca: Biodata Penyanyi Waode (Indonesia), Peserta Big Stage 2023 (Musim 5)

Baca: Biodata Penyanyi Farhan Shah (Singapura), Peserta Big Stage 2023 (Musim 5)

Baca: Biodata Penyanyi Firdaus Rahmat, Peserta Big Stage 2023 (Musim 5)

Baca: Biodata Penyanyi Aufahanie, Peserta Big Stage 2023 (Musim 5)

Baca: Biodata Penyanyi Kumpulan Dem Lepak Boyz, Peserta Big Stage 2023 (Musim 5)

Baca: Biodata Penyanyi Putera Muhammad, Peserta Big Stage 2023 (Musim 5)

Baca: Biodata Penyanyi Puteri Khareeza, Peserta Big Stage 2023 (Musim 5)

Baca: Biodata Penyanyi Meer Nash, Peserta Big Stage 2023 (Musim 5)

Baca: Biodata Penyanyi Isaac Voo, Peserta Big Stage 2023 (Musim 5)

Baca: Biodata Penyanyi Naufal Azrin, Peserta Big Stage 2023 (Musim 5)

Baca: Biodata Penyanyi Kumpulan Coex, Peserta Big Stage 2023 (Musim 5)

    

Baca: Biodata Rina Nose, Pengacara Big Stage 2023 (Musim 5)

      

Maklumat mengenai format penjurian, hadiah dan butiran penuh rancangan Big Stage Musim 5, rujuk artikel: Info Penuh Program Big Stage Musim 5 (2023)

     

Gambar Hoon

siapa hoondoo

hoondoo korean

hoondoo songs

biodata hoondoo

Kredit foto: Instagram Lee Seung Hoon

    

Gambar Doo

hoondoo age 537

hoondoo wikipedia

hoondoo big stage

hondoo

Kredit foto: Instagram Doo Jin Soo , Facebook Jinsoo Doo

    

Gambar Hoondoo

peserta big stage 2023 793

hoondoo 861

big stage 2023 190

big stage 112

big stage astro 241

Kredit foto: Instagram Hoondoo , Facebook Hoondoo

    

Video

Kredit video: ‘Malam Semakin Dingin(‘SPIN’)’ - Tajul & Afieq Shazwan🇲🇾 | Cover by. HoonDoo🇰🇷 (Male Duet ver.)

    

Sumber:

1. Big Stage 2023: Hoondoo jatuh cinta dengan lagu Melayu kerana Aina Abdul

2. Bukan senang peserta ‘Big Stage’ Hoondoo nak nyanyi lagu bahasa Melayu… Tertarik selepas tonton video Aina Abdul

3. Big Stage 5: Kemunculan Hoon Doo buat peminat histeria

4. #BIGSTAGE5: Faham Bahasa Melayu & Komposer Super Junior, Ini 7 Trivia Menarik Hoondoo

     




Hakcipta iluminasi.com (2017)