Kredit foto: Instagram Putera Muhammad , Instagram @aqilahmaria_

     

Putera Muhammad telah terpilih sebagai peserta dalam program realiti Big Stage Musim 5 edisi 2023 yang berkonsepkan pertandingan nyanyian bagi para penyanyi muda 'BBNU' (Budak Baru Nak Up). Dalam rancangan ini, Nadeera Zaini, Naufal Azrin, Aufahanie, Meer Nash, Puteri Khareeza, Firdaus Rahmat, Isaac Voo, Kumpulan Coex dan Kumpulan Dem Lepak Boyz turut terlibat sebagai pesaing-pesaing yang lain.

Selain bintang dari Malaysia, program itu turut menyertakan empat peserta yang mewakili Korea Selatan, Indonesia, Singapura dan Brunei Darussalam. Namun, identiti mereka masih dirahsiakan hingga kehadiran mereka dalam konsert minggu pertama nanti.

Big Stage Musim 5 dijadualkan bersiaran di saluran Astro Ria dan Astro Go mulai 7 Mei 2023 setiap hari Ahad pada pukul 9 malam.

       

Biodata

Nama sebenar: Putera Muhammad bin Shamshull Kamar

Nama komersial: Putera Muhammad

Umur: 31 tahun (2023)

Tarikh lahir: 21 Ogos 1992

Tempat lahir / Asal: Kuala Lumpur

Keluarga: Anak sulung daripada empat orang adik beradik

Pendidikan: Jurusan Komunikasi Massa daripada Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam

Kerjaya: Penyanyi

Instagram (IG): @puteramuhammad_

     

Latar Belakang

1. Mula merintis kerjaya dalam bidang muzik ketika berusia 18 tahun, namun serius dalam bidang ini pada tahun 2014 melalui penyertaannya dalam program realiti "Mentor Legend" sebagai anak didik kepada Mentor Ella. Walaupun hanya berjaya melangkah ke peringkat pemilihan protege Top 2, tetapi ia menjadi titik permulaan dalam kerjayanya.

2. Berjaya mengukir nama dalam karier nyanyian solo menerusi deretan lagu yang dirakamkan seperti Ada Kamu, Putus dan Punca (bersama Lil J) serta turut mendendangkan lagu-lagu istimewa iaitu Kita (bersama Ernie Zakri, Usop, Ara Johari) dan Keluarga Malaysia (bersama Masya Masyitah, Ara Johari, Sufi Rashid).

3. Pada saat hampir berasa putus asa terhadap kemajuan kerjayanya sebagai penyanyi solo, berkat keputusannya untuk menyertai kumpulan Madam sebagai vokalis pada tahun 2020, namanya mula hangat diperkatakan. Bersama Madam, beliau turut bergabung dengan pemuzik-pemuzik berbakat seperti Fadhil Qayyum (pemain gitar), Azuan Tarmizi (pemain bes) dan Herman Kamal (pemain dram).

4. Lagu Luka menjadi single pengenalan yang membawa kejayaan kepada Madam dengan jumlah tontonan mencecah 7.6 juta tayangan di laman Youtube hingga kini. Single ini telah diikuti dengan rakaman studio mereka seperti Musnah, Kekasihku, Nona dan Dengan Sempurna (bersama Imagi).

     

Fakta Menarik

1. Madam, yang dikenali dengan lagu-lagu berunsur rock, merupakan band pertama yang bernaung di bawah syarikat rakaman Rocketfuel Entertainment.

2. Nama 'Madam' merupakan singkatan bagi ayat ‘man of another day another music’.

3. Madam pernah dikaitkan dengan Akim & The Majistret kerana dianggap sebagai klon kumpulan tersebut, namun Putera menyifatkan bahawa persamaan itu disebabkan oleh penerbit lagu-lagu mereka yang sama iaitu Zimi Sofazr.

4. Pada tahun 2021, Putera telah dipilih sebagai penyanyi pengganti bagi Usop untuk membawakan lagu Lenyap yang tersenarai dalam pencalonan Separuh Akhir Muzik Muzik 36 (SFMM36).

5. Tahun 2020 menyaksikan perkahwinan Putera dengan seorang pengurus artis.

     

Baca: Akademi Fantasia (AF) Kembali Di Tahun 2023?

     

Baca: Biodata Penyanyi Nadeera Zaini, Peserta Big Stage 2023 (Musim 5)

Baca: Biodata Penyanyi Naufal Azrin, Peserta Big Stage 2023 (Musim 5)

Baca: Biodata Penyanyi Puteri Khareeza, Peserta Big Stage 2023 (Musim 5)

Baca: Biodata Penyanyi Meer Nash, Peserta Big Stage 2023 (Musim 5)

Baca: Biodata Penyanyi Firdaus Rahmat, Peserta Big Stage 2023 (Musim 5)

Baca: Biodata Penyanyi Isaac Voo, Peserta Big Stage 2023 (Musim 5)

Baca: Biodata Penyanyi Aufahanie, Peserta Big Stage 2023 (Musim 5)

Baca: Biodata Penyanyi Kumpulan Coex, Peserta Big Stage 2023 (Musim 5)

Baca: Biodata Penyanyi Kumpulan Dem Lepak Boyz, Peserta Big Stage 2023 (Musim 5)  

Baca: Biodata Penyanyi Waode (Indonesia), Peserta Big Stage 2023 (Musim 5)

Baca: Biodata Penyanyi Farhan Shah (Singapura), Peserta Big Stage 2023 (Musim 5)

Baca: Biodata Penyanyi HoonDoo (Korea Selatan), Peserta Big Stage 2023 (Musim 5)

      

Baca: Biodata Rina Nose, Pengacara Big Stage 2023 (Musim 5)

      

Maklumat mengenai format penjurian, hadiah dan butiran penuh rancangan Big Stage Musim 5, rujuk artikel: Info Penuh Program Big Stage Musim 5 (2023)

       

Gambar

putera muhammad instagram

putera muhammad big stage

peserta big stage 889

senarai peserta big stage 2023

peserta big stage 2023 586

putera muhammad umur

putera muhammad wikipedia

putera muhammad 257

big stage 270

big stage 2023 18

madam band

putera muhammad lagu

big stage musim 5 915

Kredit foto: Instagram Putera Muhammad , Instagram @aqilahmaria_

      

Video

Kredit video: MADAM - Luka [Official Music Video]

     

Sumber:

1. Putera Muhammad belum mengalah

2. Rock selama-lamanya Madam

3. Madam syukur 'Luka' dapat sambutan

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)