Oleh pada 12 Jun 2023 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

      

Penyanyi Farhan Shah telah menjadi mangsa penyingkiran terbaru dalam program realiti, Big Stage 2023, pada minggu keenam melalui siaran yang baru disiarkan tadi.

Walaupun duo Dem Lepak Boyz sepatutnya disingkirkan kerana menerima undian yang rendah dalam kalangan 'bottom three', juri telah bersepakat untuk memberikan 'Imuniti X' kepada mereka dan memilih Farhan sebagai pengganti untuk dikeluarkan.

Konsert yang diadakan di Auditorium MBSA, Shah Alam itu menyaksikan penampilan Farhan menyanyikan lagu berjudul Fighter, yang dibawakan asal oleh Christina Aguilera, dengan mendapat markah sebanyak 64%.

Pada masa yang sama, Waode mencapai tempat teratas minggu ini dengan prestasi cemerlang dalam nyanyian lagu Ikan Dalam Kolam, yang dikenali menerusi rakaman El Corona, dengan memperoleh markah sebanyak 95.67%

Pertandingan yang menghimpunkan bintang-bintang daripada kalangan 'BBNU' (Budak Baru Nak Up) itu turut melibatkan para penyanyi seperti Putera Muhammad, HoonDoo (Korea), Nadeera Zaini, Puteri Khareeza, Aufahanie, Firdaus Rahmat dan kumpulan COEX.

Manakala Aina Abdul yang merupakan penyanyi terkenal pada masa kini dan Ajai, seorang komposer berpengalaman, telah dipilih sebagai juri tetap untuk penilaian profesional, dengan bantuan Datuk Seri Rossa sebagai juri jemputan bagi minggu ini.

Sementara kehadiran pelakon dan usahawan Aeril Zafrel yang membacakan komen-komen netizen di laman Twitter telah memanaskan kerusi 'Presiden Netizen'.

Berikut adalah senarai markah setiap peserta seperti yang telah diputuskan oleh juri-juri.

      

big stage 2023 12145

      

Carta Kedudukan Dan Markah Peserta Konsert Big Stage 2023 (Musim 5) Minggu Keenam

1. Waode (Ikan Dalam Kolam) - 95.67%

2. Putera Muhammad (Cintaku 100%) - 95.00%

3. Nadeera Zaini (Hati Kama) - 93.33%

4. HoonDoo (Ghazal Untuk Rabiah) - 87.67%

5. Puteri Khareeza (Sangkar Cinta) - 82.67%

6. Coex (Selamat Jalan Romeo) - 82.33%

7. Aufahanie (Bring Me To Life) - 71.67%

8. Dem Lepak Boyz (Apa Khabar) - 70.67%

9. Farhan Shah (Fighter) - 64.00%

10. Firdaus Rahmat (Shinunoga E-Wa) - 61.33%

         

Peserta tersingkir - Farhan Shah

      

Baca: Keputusan Markah Peserta Konsert Big Stage 2023 Minggu 7 (Musim 5)

Baca: Senarai Lagu Tugasan Peserta Konsert Big Stage 2023 Minggu 7 (Musim 5)

Baca: Cara Undi Peserta Big Stage 2023 (Konsert Mingguan Dan Akhir)

Baca: Biodata Hoondoo, Peserta Big Stage 2023 (Musim 5)

Baca: Biodata Farhan Shah, Peserta Big Stage 2023 (Musim 5)

      

Penerima Anugerah Dominasi Persembahan Terbaik minggu ini jatuh kepada Putera Muhammad, yang dipilih oleh juri profesional, dan beliau layak menerima hadiah wang tunai berjumlah RM3000 sebagai penghargaan. Malah beliau turut dihadiahkan wang tunai sebanyak RM1000 melalui Anugerah Persembahan Paling Pa-Wa yang dibawakan oleh WAWA Kosmetik.

Untuk perincian mengenai format penjurian, hadiah dan butiran penuh rancangan Big Stage Musim 5, rujuk artikel: Info Penuh Program Big Stage Musim 5 (2023)

Big Stage 5 adalah rancangan secara langsung di Astro Ria (saluran 104), yang disiarkan setiap hari Ahad, pukul 9 malam bermula 7 Mei 2023. Program pengacaraan Elly Mazlein (Kak Lina Pom Pom) dan Rina Nose ini juga boleh dinikmati melalui aplikasi Astro Go dan platform On Demand untuk pengalaman menonton yang lebih fleksibel.

     

Kredit video: BIG STAGE 2023 LIVE + MINGGU 6

      




Hakcipta iluminasi.com (2017)