Oleh pada 28 Apr 2021 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

  

Seandainya Kau Ada merupakan sebuah filem Malaysia 2021 bergenre romantik Islamik yang memasuki tayangan saluran Astro First mulai 29 April 2021.

  

Adaptasi novel popular, Seandainya Kau Ada, karya Hajah Kamsiah Abu ini membariskan para pelakon terkenal seperti Fendy Bakry, Raysha Rizrose, Aidit Noh, Ruhanies, Haris Ismail (PU Riz), Scha Elinnea dan ramai lagi.

  

sinopsis seandainya kau ada

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

  

Sinopsis

Syahirah (Raysha Rizrose) menyulam cinta dengan Fazlur (Fendy Bakry) sejak zaman kanak-kanak. Ketika Fazlur berangkat untuk melanjutkan pengajian di Uzbekistan, dia sudah berjanji untuk mengahwini Syahirah kelak.

   

Rancangan mereka untuk bersatu bagaimanapun bertukar sebaliknya apabila Fazlur ditangkap khalwat dengan Rozita (Ruhanies) ketika hari dia sepatutnya dinikahkan dengan Syahirah. Akhirnya Fazlur menerima Rozita sebagai isterinya.

   

Hati Syahirah tertutup, lantas membawa diri ke Uzbekistan selama lima tahun. Di sana Syahirah didekati Iskandar (Aidit Noh), jejaka Malaysia yang kembali membawa cinta ke hatinya. 

  

Syahirah nekad mengahwini Iskandar kerana percaya lelaki itu adalah jodohnya. Begitupun Syahirah dikejutkan pula dengan punca sebenar cinta pertamanya, Fazlur memutuskan pertunangan mereka suatu ketika dahulu.

   

Rupanya Fazlur menyimpan satu rahsia besar yang tidak diketahuinya selama ini, seterusnya membuatkan hati Syahirah serba salah dan berbelah bahagi.

    

filem seandainya kau ada

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

  

Pelakon

Watak-watak dijayakan pelakon Fendy Bakry, Raysha Rizrose, Ruhanies, Aidit Noh, Haris Ismail, Scha Elinnea, Daler Yusuf, Ali Reza, Shah Iskandar, Azhan Rani, Fahrin Ahmad, Rozita Che Wan, Fauziah Nawi dan Fendi Seman.

  

Baca: Biodata Fendy Bakry

Baca: Biodata Raysha Rizrose

Baca: Biodata Ruhanies

Baca: Biodata Aidit Noh

Baca: Biodata Haris Ismail (PU Riz)

Baca: Biodata Scha Elinnea

Baca: Biodata Daler Yusuf

Baca: Biodata Azhan Rani

Baca: Biodata Rozita Che Wan (Che Ta)

Baca: Biodata Fauziah Nawi

  

pelakon seandainya kau ada

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

  

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Sebuah karya arahan Haji Zeel dan Chad Abdul Rahman, hasil kerja produksi Zeel Production.

  

seandainya kau ada movie

Kredit foto: Instagram Fendy Bakry

  

Lagu Tema (OST)

Kredit video: OST SEANDAINYA KAU ADA - KUASA CINTAMU (MUSIC VIDEO)

  

Tajuk: Kuasa Cintamu

Penyanyi: Dato Sri Siti Nurhaliza

Komposer: Melly Goeslaw

Penulis lirik: Melly Goeslaw & Datuk Sri Siti Nurhaliza

  

Lain-lain lagu yang dimuatkan sebagai runut bunyi termasuk Perpisahan nyanyian Khai Bahar, Cinta Sejati (Raysha Rizrose) dan Empati (Jasper Supayah).

  

novel seandainya kau ada

Kredit foto: Instagram Fendy Bakry

   

Tarikh Tayangan

Menjengah saluran pawagam rumah, Astro First mulai 29 April 2021 (saluran 480). Anda juga boleh sewa di Astro Go atau On Demand.

  

Harga langganan RM15 untuk tontonan selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.

  

Cara Langgan Astro First

Langgan di saluran 480. Pilih filem dan ikuti langkah-langkah yang tertera di skrin televisyen. Hantarkan kod langganan yang dinyatakan dengan menggunakan perkidmatan SMS atau aplikasi Whatsapp.

  

Kredit video: SEANDAINYA KAU ADA - OFFICIAL TRAILER [HD]

   

Sumber:

1. Saksikan Seandainya Kau Ada Di Pawagam Rumah Anda Beberapa Hari Sahaja Lagi!

2. Astro Gempak

3. Novel Seandainya Kau Ada

      




Hakcipta iluminasi.com (2017)