Oleh pada 21 May 2021 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

Hanya Namamu Laila merupakan sebuah filem Malaysia 2021 yang ditayangkan di saluran Astro First mulai 15 Mei 2021.

Karya arahan Datuk Seri Eizlan Yusof ini mengetengahkan lakonan Diana Danielle, Ikmal Amry, Ropie, Cat Farish dan Douglas Lim.

hanya namamu laila movie

Kredit foto: Instagram Diana Danielle

Sinopsis

Borhan, Nathan dan Ah Cheng merupakan tiga orang sahabat 'sehidup semati' yang telah berkawan sejak kecil.

Mereka juga meminati gadis yang sama bernama Laila. Kepulangan gadis itu ke kampung telah memberi peluang untuk mereka menemuinya kembali.

Namun selepas itu, mereka mula diselubungi misteri kemunculan entiti alam ghaib yang sekaligus mengaitkannya dengan Laila.

hanya namamu laila astro

Kredit foto: Instagram Ikmal Amry

Pelakon

Dibarisi pelakon Diana Danielle, Ikmal Amry, Ropie, Cat Farish, Douglas Lim, Salih Yaacob, Sathiya, Lim Hui Hong, Sasi Kumar, Sri Kumaran dan Phoon Chi Ho.

Baca: Biodata Diana Danielle

Baca: Biodata Ikmal Amry

filem hanya namamu laila

Kredit foto: Instagram Diana Danielle

     

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Arahan oleh Datuk Seri Eizlan Yusof. Terbitan rumah produksi Screen Studio Sdn Bhd.

sinopsis hanya namamu laila

Kredit foto: Instagram Diana Danielle

     

Tarikh Tayangan

Hanya Namamu Laila menjengah pawagam rumah anda di saluran Astro First bermula 15 Mei 2021 dengan harga langganan RM15 untuk tayangan selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.

Juga dimuatkan dalam kandungan aplikasi Astro Go dan On Demand.

Cara Langgan Astro First

Pilih filem yang ingin ditonton di saluran 480, ikuti langkah-langkah yang tertera di skrin televisyen, kemudian kirimkan kod langganan yang dinyatakan menerusi perkhidmatan SMS atau aplikasi Whatsapp.

Kredit video: HANYA NAMAMU LAILA Official Movie Trailer 2021

Sumber:

1. Astro Gempak

2. Novel Dekatnya Cinta




Hakcipta iluminasi.com (2017)