Biodata

1. Nama lengkapnya, Daler Yusuf Khamrokulov bin Muhammad.

2. Pelakon kelahiran Tashkent, Uzbekistan pada 31 Disember 1992. Kini berusia 27 tahun.

3. Warganegara Malaysia-Uzbekistan.

4. Abang kepada model Sherzod Yusuf.

5. Mempunyai darah kacukan Uzbekistan dan Malaysia.

6. Memiliki kelulusan dalam bidang Pengurusan Perniagaan daripada Westminster International College.

7. Turut mencipta nama sebagai model.

8. Merealisasikan impian menjadi selebriti sejak 2015.

9. Segalanya bermula apabila Daler 'terbang' ke Malaysia pada 2010 untuk meneruskan pengajian, lalu mula mempelajari bahasa Melayu dan budaya tempatan rentetan hubungan ibunya dengan Malaysia.

10. Seawal karier di usia 19 tahun, beliau bergelar model untuk beberapa iklan popular seperti Maxis, Samsung, dan Baskin-Robbins.

11, Beliau dan adiknya, Sherzod terlibat dalam Minggu Fesyen Kuala Lumpur pada tahun 2015.

12. Membintangi drama Tuan Anas Mikael, Lip Lap Raya, Titian Cinta, Encik Suami Mat Salih Celup, Sebenarnya Omputih itu Isteri Aku, DM Hati Awak, Terima Aku Seadanya dan Encik Iman Ekspres.

Foto

biodata daler yusuf pelakon drama encik imam ekspres 2

biodata daler yusuf pelakon drama encik imam ekspres 3

biodata daler yusuf pelakon drama encik imam ekspres 4

biodata daler yusuf pelakon drama encik imam ekspres 5

biodata daler yusuf pelakon drama encik imam ekspres 6

Kredit foto: Instagram Daler Yusuf

Video

Kredit video: Youtube Mstar Online Malaysia

           

Info drama Encik Imam Ekspres

  • Diadaptasikan daripada novel hasil karya Cik Tet.
  • Bergenre drama dan cinta.
  • Drama arahan Mohd Fazli Yahya, hasil tulisan Eja Lorena.
  • Menyaksikan penampilan para pelakon seperti Nelydia Senrose, Fikry Ibrahim, Ben Amir, Isaac Iman, Elisya Sandha, Sherry Ibrahim, Anne Abdullah, Nafiz Muaz, Daler Yusuf dan ramai lagi.
  • Bidadari dendangan Ismail Izzani dipilih sebagai runut bunyi drama rantaian ini.
  • Bersiaran di slot Megadrama mulai 11 Mac 2019, sebanyak 14 episod, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di Astro Ria.
  • Di bawah penerbitan syarikat Suhan Movies & Trading.

       

Sumber:

1. Wikipedia [1, 2]

2. BH Online

3. Mstar




Hakcipta iluminasi.com (2017)