Oleh pada 07 Jul 2021 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

'Jangan Takut: Kau Takut Aku Pun Takut' merupakan sebuah filem Malaysia 2021 yang bakal menemui penonton bermula 8 Julai 2021 di saluran Astro First.

Arahan Nazir Jamaluddin ini merupakan naskhah yang membawa penceritaan bergenre komedi seram dengan penampilan para pelakon popular seperti Amerul Affendi, Shuk Sahar, Mark Adam, Tasha Shilla, Bell Ngasri, Ropie, Syaiful Zero dan Delimawati.

jangan takut

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

Sinopsis

Tiga sahabat baik, Sarip (Mark  Adam), Dol (Amerul Affendi) dan Leman (Shuk Sahar) terkenal dengan sikap kenakalan mereka yang gemar mencuri dan menyakat orang kampung hinggakan mendatangkan malu kepada keluarga masing-masing.

Suatu hari, selepas mereka gagal dalam 'misi' mencuri di rumah Tok Bomoh, keluarga mereka yang sudah tidak dapat menanggung malu, menghalau mereka dari rumah.

Mereka nekad berhijrah ke Kuala Lumpur dengan menumpang kereta seorang wanita yang dikenali sebagai Malaika (Tasha Shilla).

Sepanjang perjalanan, mereka bermain permainan kongsi kisah seram lalu terjadi pelbagai peristiwa aneh.

Dalam permainan itu, setiap seorang perlu menceritakan kisah seram dan sekiranya ada yang berasa takut, orang itu perlu keluar daripada kereta dan ditinggalkan di tengah jalan!

Baca: Info Dan Sinopsis Filem Hutang 2D (Astro First)

Baca: Info Dan Sinopsis Filem Mat Bond Malaya (2021) Astro First

Baca: Info Dan Sinopsis Filem Antaramasa (Astro First)

   

jangan takut movie

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

Pelakon / Cast

Menampilkan Amerul Affendi, Shuk Sahar (Shuk Balas) dan Mark Adam sebagai gandingan utama.

Ia turut dibintangi oleh Bell Ngasri, Syaiful Zero (Melati), Tasha Shilla, Ropie, Delimawati, Azlee Senario, Jasmin Hamid, Wan Hanafi Su, Donna Muslim, Ucop Cecupak, Aiyuni Hashim, Along Eyzendy dan Kamarool Haji Yusoff.

Baca: Biodata Shuk Sahar

Baca: Biodata Tasha Shilla

sinopsis jangan takut

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Mendapat sentuhan Nazir Jamaluddin yang bertindak selaku pengarah. Terbitan produksi CMA Media dan Astro Shaw.

jangan takut kau takut aku pun takut movie

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

Tarikh Tayangan

Filem ini akan berada di pawagam rumah anda, Astro First mulai 8 Julai 2021. Untuk melanggan caj RM15 akan dikenakan bagi tayangan selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.

Juga boleh distrim menerusi aplikasi Astro Go dan On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Bahasa: Melayu

Sarikata: Inggeris dan Melayu

Durasi: 97 minit

Cara Langgan / Beli Astro First

Sila ke saluran 480 dan pilih filem yang ingin disewa. Turuti langkah-langkah mudah yang dipaparkan di skrin TV, kemudian hantarkan kod langganan menerusi perkhidmatan pesanan ringkas (SMS) atau aplikasi Whatsapp.

Kredit video: JANGAN TAKUT:KAU TAKUT AKU PUN TAKUT - OFFICIAL TRAILER [HD]

Sumber:

1. Jangan Takut: Kau Takut...Aku Pun Takut Tampilkan Gandingan Pertama Kali Mark Adam, Amerul Affendi & Syuk Sahar!

2. Astro Gempak

   




Hakcipta iluminasi.com (2017)