Kredit foto: Instagram @schaelinnea

    

Drama bersiri terbaharu, 'Tuan Danial' membuka ruang untuk pelakon Scha Elinnea terus membuktikan nilai bakat lakonan dimiliki, sekaligus menjadi antara pelakon muda berpotensi yang hadir dengan pakej lengkap.

Karya adaptasi novel nukilan Azizah Ami itu antara lain menampilkan Idris Khan, Intan Najuwa, Luqman Hafidz, Scha Elinnea, Atikah Suhaime, Afifah Nasir, Mathni Razak dan ramai lagi.

Jom kenali dengan lebih dekat pelakon dan model wanita yang memulakan langkah kariernya sebagai 'instafamous' ini.

    

Biodata

1. Pemilik nama penuh, Natasha binti Mohamed Mubeen. Menggunakan nama komersial, Scha Elinnea. Juga mesra dipanggil Scha dan Tasha.

2. Kelahiran Sungai Petani, Kedah pada 23 Jun 1999. Kini berusia 20 tahun.

3. Kediamannya terletak di Kuala Lumpur.

4. Bekas penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM).

5. Bergiat aktif sebagai pelakon dan model sejak tahun 2017.

6. Bernaung di bawah syarikat pengurusan, Prokuya Studios milik pelakon Fadzil Zahari yang juga merupakan pengurus kariernya.

7. Memulakan langkah awal sebagai pelakon menerusi drama sulungnya, Mr. Grey, memegang peranan sebagai 'Nurul Jannah'.

8. Selain itu, beliau pernah membintangi drama Pencuri Cinta Kelas Satu pada tahun 2018, Cik Reen Encik Ngok Ngek (2018), Voice Note (2019) dan Tuan Danial (2019).

9. Meletakkan pelakon tempatan, Nabila Huda dan Yana Samsudin, selain bintang Hollywood, Kristen Stewart sebagai rujukan dalam bidang lakonan.

    

Fakta Menarik

  • Juga bergelar ‘instafamous’ yang gemar membuat demonstrasi solekan di Instagram sejak umur 17 tahun. Kini akaun Instagramnya yang menggunakan nama @schaelinnea sudah mengumpul lebih 370,000 pengikut.
  • Selain lakonan, beliau turut meminati bidang fesyen dan solekan.

    

Baca: 10 Fakta Pelakon Scha Elinnea Yang Ramai Tak Tahu!

    

Foto

scha elinnea agama

scha elinnea ig

scha elinnea wikipedia

scha elinnea instagram

scha elinnea umur

Kredit foto: Instagram @schaelinnea

    

Sumber:

1. Wikipedia

2. Harian Metro [1, 2, 3]

     




Hakcipta iluminasi.com (2017)