Kredit foto: Instagram Azhan Rani

Biodata

1. Pemilik nama penuh, Azhan bin Abdul Rani. Dikenali sebagai Azhan Rani.

2. Lahir pada 24 Januari 1976 di Tanjung Karang, Selangor, Malaysia. Membesar di Kuala Kubu Bharu.

3. Kini berusia 43 tahun.

4. Anak kepada pasangan Abdul Rani Sabri dan Salmah Budin.

5. Bapanya meninggal dunia pada 21 Ogos 2016 di usia 71 tahun kerana mengalami sesak nafas.

6. Bergelar pelakon sejak tahun 2004.

7. Bakatnya dicungkil sebagai pelakon drama radio dengan sebanyak 100 buah drama radio sudah dibintanginya seperti Tuah Si Pandir, Kesetiaan Seorang Pahlawan, Istiqamah Sebuah Cinta dan Nilam Satria.

8. Kemunculannya di layar lebar menerusi filem Kotak, KL Zombi, Balada Pencinta, Aku Pilih Kamu, Kolumpo, Anak Jantan, Lelaki Harapan Dunia, Hantu Rumah Sakit Jiwa dan Kalla: Hidup Atau Mati.

9. Turut menghiasi kaca televisyen antaranya menerusi drama Sesuci Cinta Soffiya, Sumpah Orang Minyak, Spa Q, Ku Milikmu, Tower 13, Wasiat, Gemilang, Supermak, Mana Hilangnya Juwita, Budak Ijat, Dekatkan Jarak Kita, Halalkan Hati Yang Ku Curi, Nur, KL Gangster: Underworld, Mencari Qiblat dan Nur 2.

10. Termasuk telefilem Ego, 7 Hari Di Neraka, Teratak Shamsiah, Saloma, Spaghetti Masak Lodeh, Rindu Dari Pencipta, Aku Tak Marah, Psikopat, Kapur Kuning Buat Puteh, Hijrah Di Ufuk Senja, Kitab Sijjin, Apabila Terbit Fajar, Viral Alam Maya dan banyak lagi.

11. Pembabitannya dalam teater pula menerusi Lantai T. Pinkie pada 2004.

12. Meraih trofi kategori Antagonis Pilihan di Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2019 dan Pelakon Pembantu Terbaik di Anugerah Tribute P. Ramlee 2015.

13. Belum berumah tangga biarpun sudah berusia. Begitupun, ia tidak menjadi tekanan buatnya yang sibuk menggalas tanggungjawab menjaga ibu selepas pemergian bapanya ke rahmatullah.

14. Sahabat rapat kepada pelakon dan sutradara, Datuk Farid Kamil.

Foto

biodata azhan rani pelakon drama nur 2 2

biodata azhan rani pelakon drama nur 2 3

biodata azhan rani pelakon drama nur 2 4

biodata azhan rani pelakon drama nur 2 5

biodata azhan rani pelakon drama nur 2 6

Kredit foto: Instagram Azhan Rani

Video

Kredit video: Youtube Mstar Online Malaysia

Sumber:

1. Wikipedia

2. Kosmo

3. Mstar




Hakcipta iluminasi.com (2017)