Oleh pada 23 Jun 2021 kategori

  

Kredit foto: Instagram Respected Citizen Production

'Sabda Kekasih' merupakan sebuah filem Malaysia 2021 bergenre romantik islamik arahan oleh sutradara Azhari Zain.

Bakal ditayangkan di saluran Astro First pada 24 Jun 2021, naskhah ini menampilkan pelakon Aeril Zafrel, Wawa Zainal dan Sharifah Husna.

sabda kekasih movie

Kredit foto: Instagram Respected Citizen Production

    

Sinopsis  

Di hari pertunangan, Kasih Murni (Wawa Zainal) telah ditinggalkan oleh bakal suaminya, Sabda Bukhary (Aeril Zafrel).

Sabda merupakan seorang pemuzik jalanan yang berpura-pura cacat penglihatan.

Namun selepas mengenali Alya Sufiah (Sharifah Husna), gadis yang baru pulang dari pengajian di Mesir, Sabda mula berubah menjadi lelaki yang lebih baik, dengan bimbingan daripada bapanya.

Di luar pengetahuan Sabda, Alya yang bakal dikahwininya itu rupanya adalah sepupu kepada Kasih!

   

filem sabda kekasih

Kredit foto: Instagram Respected Citizen Production

  

Pelakon / Cast

Membariskan pelakon Aeril Zafrel, Wawa Zainal, Sharifah Husna, Fauziah Nawi dan Sabri Yunus.

   

Baca: Biodata Aeril Zafrel

Baca: Biodata Wawa Zainal

Baca: Biodata Sharifah Husna

Baca: Biodata Fauziah Nawi

   

pelakon sabda kekasih

Kredit foto: Instagram Respected Citizen Production

  

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Sebuah filem arahan Azhari Zain, terbitan oleh produksi Respected Citizen Production. 

Skrip oleh Abban Namus.

      

sinopsis sabda kekasih

Kredit foto: Instagram Respected Citizen Production

Lagu Tema (OST)

Kredit video: Sabda Kekasih - Daqmie (OST Film Sabda Kekasih)

Tajuk: Sabda Kekasih

Penyanyi: Daqmie feat. Alfa, Rumie Booty

Komposer: Daqmie, Alfa Booty

Penulis lirik: Aeril Zafrel, Abban Namus

sabda kekasih astro first

Kredit foto: Instagram Respected Citizen Production

Tarikh Tayangan

Bermula 24 Jun 2021, tonton di Astro First (saluran 480) dengan harga langganan RM15 untuk tayangan secara berulang-ulang selama 48 jam (2 hari).

Alternatif lain, anda boleh sewa filem ini di aplikasi Astro Go dan platform On Demand.

Cara Langgan Astro First

Pilih filem di saluran 480. Turuti langkah-langkah yang dipaparkan di kaca televisyen.

Kemudian kirimkan kod langganan dinyatakan dengan menggunakan perkhidmatan pesanan ringkas (SMS) atau aplikasi Whatsapp.

Kredit video: TRAILER SABDA KEKASIH | 24 JUN 2021 | ASTRO FIRST 480 #AerilWawa #SabdaKekasih

Sumber:

1. Astro Gempak

2. TRAILER SABDA KEKASIH | 24 JUN 2021 | ASTRO FIRST 480




Hakcipta iluminasi.com (2017)