Kredit foto: Instagram Fauziah Nawi

   

Fauziah Nawi merupakan pelakon senior Malaysia yang memulakan kariernya sejak tahun 1970.

Sepanjang terbabit sebagai anak seni, beliau turut aktif bekerja dalam beberapa cabang hiburan termasuk nyanyian, pengarahan dan dunia penyiaran.

   

Biodata

1. Kelahiran Perak pada 26 Jun 1953. Kini berusia 66 tahun.

2. Mula aktif dalam dunia seni sejak tahun 1970 sebagai pelakon, penyanyi, pengarah, penari dan juruhebah radio.

3. Antara drama dibintanginya seperti Dia Bukan Untukku, Surat Dari Langit Biru, Mencari Qiblat, Curi-Curi Cinta dan Semua Salahku.

4. Termasuk telefilem Rumah Di Tengah Sawah, Ampunkan Dosaku, Ombak Laut China Selatan, Pendosa Ingin Ke Syurga dan banyak lagi.

5. Pembabitannya di layar perak, antaranya menerusi filem Mawar Merah, Berlari Ke Langit, The Red Kebaya, Khurafat, Hoore Hoore dan Ratu Kala Jengking: Puteri Kekanda.

6. Juga menduduki kerusi sutradara untuk drama bersiri Baju Kak Long, Sahabat, Azlina, Sebening Kasih dan Pantai Berbisik. Termasuk pementasan teater Dari Bintang Ke Bintang 1 & 2, Opera Ayu Cendana & Muzikal Tok Rimau 1, Salina, Angin Kering, Malam Gelap Bukit Damansara, Korporat, Si Bereng Bereng, Jiwa, Pulang dan Tali.

7. Sebagai penyanyi, beliau pernah merakamkan single Hitam Manis Berseri pada 1974 dan Kasihku Kasihmu (1975).

8. Antara rancangan kendaliannya sewaktu bertugas di konti radio termasuk Radio 4 - Selamat Pagi Malaysia, Morning Show, Your Host, "Non Stop Music and Before We Say Goodnite", Radio 3 Ibu Kota - Fascinating Malaysia dan Radio 1 - Manis-Manis Garam.

9. Mendirikan rumah tangga dan bergelar isteri kepada Mohd Hanif Gedek pada tahun 1975 hingga 1996. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua orang zuriat yang mana salah seorangnya merupakan penulis skrip dan pengarah, Pitt Hanif.  

10. Anaknya, Pitt Hanif meninggal dunia pada Oktober 2019 akibat mati lemas apabila bot dinaiki sewaktu memancing, karam selepas merempuh tiang sebuah jambatan.

    

Fakta Menarik

  • Pemegang trofi Anugerah Pelakon Pembantu Terbaik menerusi filem Sayang Salmah dan drama Mendung Tidak Berarak Lagi.
  • Pernah menjadi tenaga pengajar program realiti, Akademi Fantasia musim keempat (AF4) pada tahun 2006 dan musim keenam (AF6) pada 2008.
  • Penerima anugerah SMP, PPN, dan PPT.
  • Mendapat jolokan 'Most Versatile Broadcaster RTM'.

      

Foto

fauziah nawi

fauzi nawi fauziah nawi

pitt fauziah nawi

wikipedia fauziah nawi

pitt hanif

instagram fauziah nawi

anak anak fauziah nawi

anak fauziah nawi

latar belakang fauziah nawi

Kredit foto: Instagram Fauziah Nawi

   

Video

Kredit video: Pitt Hanif Ditemui Dalam Keadaan Sangat Elok, Kata Fauziah Nawi

   

Sumber:

1. Wikipedia Fauziah Nawi

2. 'Pitt... Maafkan Mama' - Fauziah Nawi [METROTV]

   




Hakcipta iluminasi.com (2017)