biodata dan latar belakang pelakon ruhainies 1

Kredit foto: Instagram @ruhainies7

Biodata

1. Nama penuhnya, Nur Ruhainies Farehah binti Zainul Ilyas.

2. Kelahiran Kepala Batas, Pulau Pinang pada 27 Julai 1992.

3. Berusia 27 tahun.

4. Kediamannya di Kuala Lumpur.

5. Anak kepada pasangan Zainul Ilyas Zainul Abidin (bapa) dan Che Bunga Salleh (ibu).

6. Anak ketiga daripada lima beradik.

7. Adik kepada pelakon Risteena Munim.

8. Bekas pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam jurusan Pengurusan Pelancongan.

9. Merupakan pelakon dan model yang mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2014.

10. Mula mendapat perhatian menerusi drama 'Hello, Mr. Perfect!' sebagai watak Alya Adriana dan Nurul Ain.

11. Antara lain, beliau pernah membintangi drama Si Montel, Menantu Ting Tong, Bagaikan Kelip-Kelip, Jejak Karmila, Menantu Bilal dan Cinta Lemon Madu.

12. Juga telefilem Sopeah Jin, Karlisa, Pujaan Malaya, Bedah Motor, Luna Elvira, Cikgu Dina Pakai Prada, Jatuh Cinta Buta, Katakan Tidak Pada Cinta, Cik Misi, Oops Terlajak Nikah dan Matilahnak.

13. Bakal muncul dalam filem Musyrik arahan sutradara Arjin Uppal.

     

Fakta Menarik

  • Wajahnya dikatakan mirip pelakon Nora Danish.
  • Suka belajar memasak. Berkebolehan menyediakan juadah ayam masak merah, sup sayur, udang kunyit, sotong masak kunyit, sotong goreng tepung, nasi goreng dan banyak lagi.
  • Mengakui sukar menangis kecuali ketika menonton filem hindustan!
  • Antara tabiat buruknya ialah cepat moody, cepat marah, merajuk walaupun tidak berlanjutan lama. Juga tidak suka orang yang bercakap kasar.
  • Pantang jika lelaki tidak tahu menjaga kebersihan serta tidak berpakaian kemas. Juga bencikan lelaki yang curang terhadap teman wanitanya.
  • Tidak pandai meluahkan kata-kata cinta terhadap yang tercinta, kecuali hanya mampu memberi isyarat dengan harapan si dia menyedarinya.

Foto

biodata dan latar belakang pelakon ruhainies 2

biodata dan latar belakang pelakon ruhainies 3

biodata dan latar belakang pelakon ruhainies 4

biodata dan latar belakang pelakon ruhainies 5

biodata dan latar belakang pelakon ruhainies 6

Kredit foto: Instagram @ruhainies7

Video

Kredit video: Youtube Mstar Online Malaysia

Sumber:

1. Wikipedia

2. Utusan

3. Youtube URTV Online



Hakcipta iluminasi.com (2017)