Oleh pada 16 May 2021 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

Dekatnya Cinta merupakan sebuah filem 2021 bergenre romantik yang ditayangkan mulai 13 Mei 2021 di saluran pawagam rumah, Astro First (saluran 480).

Kesinambungan drama berepisod Adam & Hawa yang juga adaptasi novel karya Aisya Sofea ini menggandingkan pelakon Aaron Aziz, Nadiya Nisaa dan Farah Nabilah.

dekatnya cinta movie

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

Sinopsis

Ain Hawani (Nadiya Nisaa) dan Adam Mukriz (Aaron Aziz) kembali menemui cinta selepas 11 tahun berpisah.

Mereka melayari kehidupan alam rumah tangga yang bahagia dengan diserikan kurniaan seorang anak perempuan, Arissa.

 

Namun kebahagiaan mereka diuji lagi, kali ini kerana konflik kepercayaan, cemburu dan 'orang ketiga'.

Adam, lelaki yang ego, namun penyayang itu telah berpaling tadah selepas kehadiran Zulaika (Farah Nabilah).

Semuanya gara-gara kesibukan Ain melunaskan tanggungjawab kerjaya dan pengajiannya hingga tidak mampu memberi komitmen pada keluarga.

Sejambak bunga ros yang diserahkan ke tangan Ain daripada Profesor Yusoff (Datuk Fazley Yaccob) juga pantas menimbulkan kemarahan dan prasangka buruk Adam.

Ain ingin bersuara tentang apa yang berlaku, namun penjelasannya tidak diendahkan Adam.

Adam tergesa-gesa melafazkan talak, lalu merampas Arissa daripada Ain hingga membuatkan Ain hilang arah.

Bermulalah dugaan mereka dalam menempuhi cabaran perhubungan selepas perkahwinan.

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Adam Dan Hawa (Astro)

   

novel dekatnya cinta

Kredit foto: Instagram Aaron Aziz

Pelakon

Watak-watak dilakonkan barisan bintang terkenal seperti Datuk Aaron Aziz, Nadiya Nisaa, Farah Nabilah, Nadya Syahera dan Datuk Fazley Yaakob.

Baca: Biodata Aaron Aziz

Baca: Biodata Farah Nabilah

Baca: Biodata Nadya Syahera

sinopsis dekatnya cinta

Kredit foto: Instagram Aaron Aziz

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Sentuhan pengarah Feroz Kader bersama produksi Global Station Sdn Bhd.

adam dan hawa 2

Kredit foto: Instagram Husna Mustaffa

Lagu Tema (OST)

Kredit video: [MV] Hafiz & Dato' Siti Nurhaliza - Muara Hati (OST Adam & Hawa)

Tajuk: Muara Hati

Penyanyi: Datuk Seri Siti Nurhaliza & Hafiz Suip

Komposer: Adi Priyo Sambodo (Adi 6ixth Sense)

Penulis lirik: Adi Priyo Sambodo (Adi 6ixth Sense)

adam dan hawa

Kredit foto: Instagram Aisya Sofea

   

Tarikh Tayangan

Saksikan filem Dekatnya Cinta hanya di saluran pawagam rumah anda, Astro First mulai 13 Mei 2021.

Caj langganan RM15 untuk tayangan selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.

Anda juga boleh sewa filem ini di aplikasi Astro Go dan On Demand.

Cara Langgan Astro First

Menerusi saluran 480, pilih filem yang ingin dilanggan, kemudian turuti langkah-langkah dinyatakan di kaca televisyen.

Hantar kod langganan diberikan dengan menggunakan medium perkhidmatan SMS atau aplikasi Whatsapp.

    

dekatnya cinta cast

dekatnya cinta pelakon

Kredit foto: Instagram Astro Gempak & Instagram Aznah Hamid 

Kredit video: DEKATNYA CINTA - TEASER ( 13 MEI DI PAWAGAM RUMAH ANDA)

Kredit video: DEKATNYA CINTA - SPECIAL CLIP

Sumber:

1. Astro Gempak

2. Novel Dekatnya Cinta




Hakcipta iluminasi.com (2017)