Kredit foto: Instagram Aidit Noh

    

Siapa Aidit Noh? Ahmad Aidit bin Noh atau nama popularnya, Aidit Noh merupakan antara pelakon yang bakal menjayakan drama rantaian terbaharu, Tak Sempurna Mencintaimu.

Siri arahan Pyan Screw itu antara lain menampilkan Redza Rosli, Intan Najuwa, Rita Nadira, Ali Reza, Nafiez Zaidi dan ramai lagi.

    

Biodata Dan Latar Belakang

  • Nama sebenarnya, Ahmad Aidit bin Noh.
  • Menggunakan nama komersial, Aidit Noh.
  • Berumur 27 tahun (2020).
  • Kelahiran Kuala Lumpur pada 29 Oktober 1993.
  • Bekas penuntut Universiti Kuala Lumpur (UniKL) dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Teknologi Pesawat yang mana tempoh pengajiannya selama enam tahun.
  • Berkecimpung dalam bidang hiburan sebagai seorang pelakon, model dan pengacara yang mula aktif sejak tahun 2015.
  • Mula bergelar selebriti selepas merangkul gelaran juara dalam pertandingan pencarian model Him for Hatta yang berlangsung pada April 2014 ketika usianya baru mencapai 21 tahun.
  • Antara drama dibintanginya seperti Sweetie Nanie, Meh Sandar Pada Aku, Girlfriend Aku Dari Neraka, Kelip Kelip Di Kota London, Cerita Hantu Asrama, Rindu Yang Terlarang dan Tak Sempurna Mencintaimu.
  • Termasuk telefilem Dosa Perempuan, Renjana, Cinta Praktikal, Kipas Belum Mati, Satu Bertiga, Rudy VS Jolie dan banyak lagi.
  • Laman sosial Instagramnya atas nama akaun @aiditnoh sehingga kini mengumpul lebih 182,000 pengikut.

    

Fakta Menarik

  • Anak kedua daripada empat adik-beradik.
  • Membesar di Kuala Lumpur.
  • Namanya melonjak naik selepas menjayakan drama TV3, Sweetie Nanie yang bersiaran pada 2016, membawa watak sebagai Zafree Khalis bergandingan bersama Nadia Brian.
  • Turut berkecimpung dalam bidang keusahawanan menerusi perniagaan baju Melayu, produk kosmetik dan minyak wangi.
  • Wajahnya dikatakan mirip penyanyi Indonesia, Afgan gara-gara aset lesung pipit yang dimiliki. Manakala auranya pula dikatakan bak pelakon Aaron Aziz.
  • Asalnya merupakan seorang model yang kemudiannya terjun ke bidang lakonan.
  • Menanam cita-cita ingin menjadi aktor sejak usia kecil.
  • Antara aktres yang pernah digosipkan bercinta dengannya termasuk Dynas Mokhtar, Ruhainies dan Ayda Jebat, namun semua dinafikan kerana menganggap perhubungan yang terjalin tidak lebih daripada sekadar sahabat.
  • Ingin mencuba pelbagai watak lakonan tanpa terhad kepada karakter tertentu.

    

Foto

siapa aidit noh 910

drama aidit noh

aidit noh 886

wikipedia aidit noh

instagram aidit noh 743

pelakon tak sempurna mencintaimu

tak sempurna mencintaimu 425

umur tak sempurna mencintaimu

aidit noh profile

Kredit foto: Instagram Aidit Noh

    

Sumber:

1. Tahniah Aidit Noh

2. 'Jangan samakan saya dengan artis lain'

3. 'Janganlah begitu, kami tak bercinta'

4. Ayda Jebat Ada Hubungan Dengan Aidit Noh?

5. Aidit aktif berlakon semula

6. Wikipedia Aidit Noh

       




Hakcipta iluminasi.com (2017)