Oleh pada 06 Jan 2021 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

   

10 Tips Tipu Bini arahan Azizi 'Chunk' Adnan merupakan sebuah filem komedi 2021 yang mengetengahkan barisan pelakon dan pelawak popular seperti Datuk Awie, Ropie, Khir Rahman dan Joey Daud.

Ke udara di saluran Astro First mulai 7 Januari 2021.

   

10 tips tipu bini pelakon

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

   

Sinopsis

Raffi, Kay dan Jepp merupakan tiga kenalan rapat yang berkhidmat sebagai pengarah kreatif di bawah Datuk Dean selaku bos di Grand Poyo Advertising & Events, sebuah syarikat pengiklanan di ibu kota.

Di pejabat, mereka adalah pekerja yang komited, namun bila tiba di rumah, masing-masing tunduk kepada isteri.

Pun demikian, mereka mempunyai kelab motor berkuasa besar Harley Davidson menerusi nama kelab ’Dubuk Liar’.

Ketika dilanda 'krisis pertengahan usia', ketiga-tiga sahabat ini ingin bangkit dalam kehidupan dan melakukan sesuatu, namun masih 'takut-takut'.

Kemunculan 3 gadis ’intern’ (pelatih) di syarikat mereka telah mengubah segalanya!

   

10 tips tipu bini movie

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

   

Pelakon

Lakonan Datuk Awie, Ropie, Joey Daud dan Khir Rahman.

Turut gamat dengan penampilan Elizabeth Tan, Atu Zero, Azlee Senario, Vicha, Nasir Bilal Khan, Jehan Miskin dan Nazia Mustafar.

   

Baca: Biodata Elizabeth Tan

   

sinopsis 10 tips tipu bini

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

   

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Karya syarikat Rumah Produksi Merah dengan menggunakan khidmat arahan Azizi 'Chunk' Adnan.

     

10 tips tipu bini astro

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

   

Lagu Tema (OST)

Single OST sentuhan sepenuhnya oleh Datuk Awie berjudul Sang Kekasih dan Dubuk Liar yang menampilkan kumpulan Wings.

   

Tarikh Tayangan

Bermula 7 Januari 2021 di saluran pawagam rumah, Astro First (saluran 480).

Harga langganan RM15 untuk tayangan berulang-ulang selama 48 jam (2 hari).

Juga tersedia di platform Astro GO atau On Demand.

   

Cara Langgan Astro First

Pilih filem yang ingin disewa di saluran 480, kemudian turuti langkah-langkah yang dinyatakan di kaca televisyen.

Hantarkan kod langganan yang tertera di skrin TV menerusi SMS atau Whatsapp.

Selain itu boleh juga dilanggan menerusi perkhidmatan Astro Go atau On Demand.

   

Kredit video: 10 TIPS TIPU BINI - OFFICIAL TRAILER [HD]

    

Sumber:

1. “Tipu Bini Memang Berlaku, Para Isteri Boleh Jadikan Filem Ini Rujukan" - Joey Daud Pernah Tipu Bini?

2. Astro Gempak

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)