Oleh pada 25 Feb 2021 kategori

Kredit foto: Instagram GSC Movies

   

Selamat Hari X Jadi merupakan sebuah filem seram komedi Malaysia 2021 yang menampilkan lakonan Janna Nick, Danial Zaini, Eyka Farhana, Aaron Aziz dan ramai lagi.

Karya sentuhan sutradara berpengalaman, Professor Dr. A. Razak Hj. Mohaideen ini bakal memasuki tayangan pawagam rumah, saluran 480 Astro First mulai 25 Februari 2021.

selamat hari x jadi movie

Kredit foto: Instagram GSC Movies

Sinopsis

Hani dan beberapa sahabat sekolejnya, Aiden, Parpu, Boboi dan Didi terkenal dengan sikap nakal kerana sering menghasilkan rakaman video ‘prank’ rakan-rakan.

Puteri yang menjadi mangsa ‘prank’ terbaru mereka, bagaimanapun berasa malu hingga nyaris membunuh diri. Hani langsung tidak berasa bersalah asalkan videonya 'trending'!

Kejadian ‘prank’ Puteri membawa kepada kemunculan seorang pembunuh misteri yang sering mengganggu Hani dalam beberapa siri insiden menakutkan di rumahnya, sehinggalah suatu hari pembunuh yang tidak diketahui identitinya itu bersemuka dengan Hani dan rakan-rakannya menjelang sambutan hari jadi Hani yang ke-25.

sinopsis selamat hari x jadi

Kredit foto: Instagram GSC Movies

Pelakon

Dibintangi Janna Nick, Danial Zaini, Eyka Farhana, Issey Fazlisham, Aaron Aziz, Nasha Aziz, Adibah Noor, Zalif Sidek dan Nasz Sally.

Baca: Biodata Janna Nick

Baca: Biodata Danial Zaini

Baca: Biodata Eyka Farhana

Baca: Biodata Issey Fazlisham

Baca: Biodata Aaron Aziz

Baca: Biodata Zalif Sidek

pelakon selamat hari x jadi

Kredit foto: Instagram GSC Movies

   

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Daripada pengarah filem Syif Malam Raya, Dato' Profesor TS. DR. A. Razak Hj. Mohaideen menerusi terbitan produksi Multimedia Film Productions Sdn Bhd.

selamat hari tak jadi

Kredit foto: Instagram GSC Movies

   

Tarikh Tayangan

Tersedia di pawagam rumah, Astro First (saluran 480) bermula 25 Februari 2021 dengan harga langganan RM15 untuk tayangan secara berulang-ulang selama 48 jam (2 hari).

Juga boleh distrim di platform digital - Astro Go dan On Demand.

selamat hari jadi movie

Kredit foto: Instagram Janna Nick

    

Cara Langgan Selamat Hari Tak Jadi Di Astro First

Pilih filem 'Selamat Hari X Jadi' di saluran 480, turuti beberapa langkah mudah seperti yang tertera di kaca televisyen. Kemudian hantarkan kod langganan yang dinyatakan dengan menggunakan SMS atau aplikasi Whatsapp.

   

Kredit video: SELAMAT HARI X JADI (Official Trailer 1) - Di Pawagam Rumah Anda 25 Feb 2021

Sumber:

1. GSC Movies

2. Astro Gempak




Hakcipta iluminasi.com (2017)