Oleh pada 30 Jun 2021 kategori

Kredit foto: Instagram Josiah Hogan

 

Antaramasa merupakan sebuah filem sains fiksyen Malaysia 2021 yang mengetengahkan konsep pengembaraan masa, lakonan oleh Josiah Hogan, Kaka Azraff, Adam Shahz, Tania Hudson dan Aziz M.Osman.

Tayangan mulai 1 Julai 2021 di saluran Astro First.

filem antaramasa

Kredit foto: Instagram Josiah Hogan

 

Sinopsis

Asri (Josiah Hogan), seorang sarjana dalam bidang sains fizik telah mencipta sebuah mesin yang mampu menjana tenaga tanpa had, tanpa menggunakan bahan mentah.

Lebih menarik apabila mesin itu berjaya menunaikan impian Asri untuk kembali ke masa lampau bagi meraih kembali cinta bekas kekasihnya, Malisa (Kaka Azraff).

Setiap percubaan Asri mengubah nasibnya di masa silam, tanpa disedari turut memberi impak kepada seluruh garis masa alam yang membawa perubahan kepada dunia sekeliling.

Bagi melenyapkan kesan buruk yang mula berlaku, dia kini cuba kembali ke masa hadapan untuk memastikan teknologi mesin yang dicipta, tidak wujud.

Baca: Info Dan Sinopsis Filem Hutang 2D (Astro First)

Baca: Info Dan Sinopsis Filem Mat Bond Malaya (2021) Astro First

Baca: Info Dan Sinopsis Filem Jangan Takut: Kau Takut Aku Pun Takut (Astro First)

       

antaramasa movie

Kredit foto: Instagram Josiah Hogan

 

Pelakon / Cast

Dibintangi Josiah Hogan, Kaka Azraff, Tania Hudson, Adam Shahz, Aziz M.Osman, Indi Nadarajah, Aleeza Kasim, Riezman Khuzaimi, Livonia Ricky dan Adam Corrie.

Baca: Biodata Josiah Hogan

Baca: Biodata Kaka Azraff

Baca: Biodata Adam Shahz

Baca: Biodata Aleeza Kasim

pelakon antaramasa

Kredit foto: Instagram Josiah Hogan

 

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Sebuah karya arahan sutradara Ramdan Che Hassan, terbitan oleh produksi Lux Ambiance Media Production.

sinopsis antaramasa

Kredit foto: Instagram Josiah Hogan

 

Tarikh Tayangan

Menemui penonton di saluran pawagam rumah, Astro First mulai 1 Julai 2021.

Langgan dengan harga RM15 untuk tayangan selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.

Juga dimuatkan di aplikasi Astro Go dan platform On Demand.

Cara Langgan Astro First

1. Pergi ke saluran 480.

2. Pilih filem yang ingin disewa.

3. Ikuti langkah-langkah mudah yang dinyatakan.

4. Hantarkan kod langganan yang dipaparkan dengan menggunakan perkhidmatan pesanan ringkas (SMS) atau aplikasi Whatsapp.

   

Kredit video: ANTARAMASA OFFICIAL TRAILER 2021

Sumber:

1. Astro First

2. Instagram Josiah Hogan

   




Hakcipta iluminasi.com (2017)