Biodata

Nama penuh: Mohd Affandi bin Nor Bakri

Nama popular: Fendy Bakry

Tarikh lahir: 11 Ogos 1988

Umur: 30 tahun

Kelahiran: Beseri, Perlis, Malaysia

Pekerjaan: Pelakon dan model

Media sosial: Instagram @fendybakry

Fakta Menarik

1. Membesar di tempat kelahirannya di Beseri, Perlis.

2. Bekas peserta pertandingan Hero Remaja 2011/12 yang turut disertai Fattah Amin, Syafiq Kyle, Hafidz Roshdi, Saharul Ridzwan, Ben Amir dan Hafreez Adam.

3. Berketinggian 1.75 meter.

4. Kerjaya seninya disokong kelab peminat yang digelarkan sebagai 'Fendynisme'.

5. Meledak dengan drama Kerna Syurga Bukan Percuma dan Mr. Grey. Selain itu, beliau pernah membintangi Dilema, Kiah The Spy, Besan Tiga Segi, Eksperimen Cinta, BIB, Kak Marr, Destinasi Ukhuwah dan Kan Kukejar Cinta Kamu.

6. Pembabitan dalam filem pula menerusi Amir Dan Loqman Pergi Ke Laut dan Langit Cinta. Juga filem pendek, Syaitan: Apabila Hati Telah Hitam (turut terlibat sebagai Penolong Pengarah) dan Bangkit.

7. Tidak ketinggalan telefilem Mati Hidup Semula, Jatuh Cinta Buta, Salam Cinta Buat Ustazah Husna, Kuntom, Teksi Love, Kahwin-Kahwin dan 30 Hari Membunuh Cinta.

8. Juga berlakon dalam teater Aladdin dan penampilan menerusi iklan Jom Balik Raya terbitan BDB Land Sdn Bhd dan Cashless Society terbitan SMART Selangor.

9. Tentang pencapaian dalam karier, Fendy merangkul trofi kategori Artis Baru Lelaki Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017, selain tercalon dalam senarai Top 5 Artis Baru Meletop menerusi drama Kerna Syurga Bukan Percuma di Anugerah MeleTOP Era 2018.

10. Pada April 2018, peminat dikejutkan dengan khabar mengatakan beliau menghidap penyakit misteri hingga terpaksa berubat di kampung. Dikatakan, Fendy mula mendapat sakit itu sewaktu berada di penghujung penggambaran drama Mr. Grey di mana beliau tiba-tiba berasa penat di lokasi.

Foto

biodata fendy bakry pelakon drama kan kukejar cinta kamu 2

biodata fendy bakry pelakon drama kan kukejar cinta kamu 4 638

biodata fendy bakry pelakon drama kan kukejar cinta kamu 3

biodata fendy bakry pelakon drama kan kukejar cinta kamu 6

biodata fendy bakry pelakon drama kan kukejar cinta kamu 5

Video

Kredit:

1. Wikipedia

2. BH Online

3. Instagram Fendy Bakry 




Hakcipta iluminasi.com (2017)